Friday, April 24, 2009

Kisah Di Hati 44

“Ma, kenapa pulak dengan Ali tu?” Pinggan yang bersabun di tangan dibilas hati-hati. Memandang Mama di sebelah yang sedang menyusun gelas di rak sekilas lalu.

“Entah.. Tak tau la pulak. Balik dari tadi memang dia tak banyak cakap macam selalu. Sepatah Mama tanya, sepatah jugak yang dia jawab. Tension dengan kerja agaknya..”

“Kerja apanya, Ma.. Ma dah lupa prinsip dia? Ofis for kerja, rumah for manja-manja, bukan tension-tension..

“Ha’a la.. Lupa pulak..” Tawa Kamalia dan Mama bergabung seketika. Masing-masing teringat kata-kata pujangga yang entah dari mana dikutip oleh Ali.

“Masalah dengan Lia tu, Ma..” Kamalia mengagak. Sebabnya memang dah lama tak dengar mulut tu kecoh berkicau pasal tunang dia.

“Tak habis lagi ke? Dah lama dah ni. Buatnya Lia cari lain...”

“Berani la dia, Ma!!” Satu suara di belakang memotong cakap Mama..

Kus semangat!!
Nak terlepas pinggan dari tangan Mama dan Kamalia kerana terkejut. Tercegat manusia yang di‘umpat’ di belakang. Mereka sendiri tak pasti sejak bila ‘dia’ masuk dapur. Secara tak langsung, terhenti perbicaraan tadi.

“Kau ni, dik. Bagi la salam dulu. Terperanjat kitorang tau..” Air paip yang mengalir di singki dipercik-percik ke muka Ali. Ali menepis dengan muka tak puas hati. Kamalia menggeleng kepala sahaja melihat perangai Ali yang entah bila nak ‘matured’ tu. Kalau ikut rasa hatinya, nak je dia ‘basuh’ Ali macam dia basuh pinggan-pinggan tu semua.

“Assalamualaikum.. Ma, nak karipap. Tension laa..”

Terhenti tangan Mama dari mengelap pinggan. Kamalia dekat singki pun dah terkaku. Tak salah dengar ke?

“Ma, adik tunggu ye...” Sesudah itu, Ali berlenggang meninggalkan dapur.

“Dia tension?” Serentak Kamalia dan Mama bersuara sambil,“Ish..ish..ish..”, kepala mereka digeleng ke kanan, kiri dan kanan..

***

Mama meninggalkan Ali dan Kamalia bersama sepinggan karipap yang dibuat tadi. Nasib baik dohnya dah diuli. Tak ada la lama sangat orang yang mengidam nak makan.

“Mama naik dulu. Habiskan tu..” Mama pantas memanjat anak tangga. Meninggalkan anak-anak di bawah. Sekali lagi mengamanahkan Kamalia untuk mengorek cerita pasangan sejoli Ali dan Aliah.

“Kau kenapa ni? Tak setel lagi dengan Lia?” Dipandangnya Ali di depan mengunyah karipap kegemarannya perlahan-lahan. Muka keruh. Tak ceria langsung. Entah fikirannya ke mana tu...

“Kak, aku sedih ni..” Ali menghabiskan sebiji karipap. Dia mengalih tempat duduk ke sebelah kakaknya.

“Kaakkk..” sedikit sedih nadanya. Dia mengambil kusyen kecil sofa. Ditepuk beberapa kali dan diletakkan di atas peha Kamalia. Seterusnya kepala dia ‘landing’ ke situ.

Kamalia hanya melihat sambil menggeleng. Parah dah ni. Dah faham sangat perangai Ali. Kalau la Abah yang sedang menemaninya sekarang, perkara yang sama jugak dia akan buat. Dan semua orang akan faham dengan kelakuannya yang satu itu. Yang membawa maksud ‘kesedihan’. Memang budak manja bertempat.

“Apasal kau ni dik?”

“Lia, kak...”

***

Pat pat siku lipat betul la mamat tu! Masuk la rapat dekat lagi! Kalau berani cuba laa ngorat! Hangin! Hangin!

Dinding menjadi mangsa tumbukan melepaskan geram. Sakit yang ditanggung dek mata bila melihat kemesraan si tunang dengan lelaki lain tadi dah menurun ke hati. Paling dalam! Dah rasa nak meletup. Nak pecah. Nak terburai.

Tau sakit hati? Yang ego sangat tu kenapa? Bukannya Aliah tak pernah mencari. Walaupun bukan untuk memujuk, Kamil sedar yang Aliah sangat terdesak mahukan penjelasan. Sekiranya dia tak diam membisu, Aliah takkan berlalu meninggalkan dia begitu sahaja..

Kamil meraup muka. Sakit matanya. Sakit lagi hatinya. Dia yang sepatutnya lunch dengan Kujik untuk celebrate sempena Kujik bakal bergelar ayah, terpaksa dibatalkan last minute.

Liaaa!! Di dalam hati, dia menjerit meraung memanggil satu nama yang memang dah terpahat kukuh dalam sanubarinya. Entah sampai bila hubungan yang dah semakin berkembang dulu akan kembali baik .. Kamil cuba bertenang. Dia menarik nafas. Sedalam-dalamnya. Degupan jantung dah kembali normal. Kalau tadi rasanya macam dah nak tercabut dari tangkai.

Menyebut nama ‘Lia’, ada rindu bertamu di hati. Dah lama dia tak dengar suara itu. Dah lama dia tak tengok wajah comel itu. Dah lama dia tak bertanya khabar Aliah. Dan tak pernah bertanya perihal kerja baru tunangnya. Dah lama. Sangat lama rasanya. Baru sekarang dia sedar.

How I miss you, Lia..

***

“Tu la kau. Jual mahal. Sekarang siapa yang susah?” hanya itu yang mampu Kamalia luahkan setelah mendengar cerita Ali. Bermula dari Ali dapat tahu yang Aliah dapat kerja, Aliah datang ke ofisnya, Aliah bersama lelaki lain.. Yang boleh dirumuskan, Kamalia memang nampak ini semua salah dari pihak Ali.

“Aku rindu dia la, kak…”

“Kalau rindu, call la.. Mana tau Lia pun tengah rindu dekat kau jugak. Tapi kau tu laa. Jual mahal. Ego sangat..” ditolak-tolak bahu adiknya yang sedang baring mengiring di pehanya.

“Aku nak call. Tapi kalau dia tak nak angkat macam mana?”

“Hek eleh.. Aku sekeh jugak budak ni karang. Lia tu tak macam kau. Dia budak baik. Dia takkan buat macam tu. Sebab akak tau Lia sayangkan kau..”

Sebab Aliah pernah bagitau, "Kak Aiman, Lia sayangkan Kamil. Lia nak bahagia dengan dia.." Semasa Aliah mengucapkan kata-kata itu, Kamalia perasan matanya melirik ke arah Ali yang sedang bergelak ketawa bersama Mama dan Abah. Dan Kamalia tahu, lirikan mata Aliah itu sarat dengan perasaan kasih dan sayang yang menggunung kepada adiknya.. beserta satu harapan..

5 comments:

aNa-FanA- said...

call la cepat..^_~

misz nana said...

"Kak Aiman, Lia sayangkan Kamil. Lia nak bahagia dengan dia.."

kalau la benda ni Aliah cakap direct kat Kamil kan bagus.. huhu..

::cHeeSeCaKe:: said...

comel tol prinsip ali..
ofis for keje..umah for manje2..kekeke..mmg anak mnje tol..

aqilah said...

ngok tul lah ali ni. takkan itu pun nak ajar kot. ooh, merajuk tau, call tak tau lak. pi.......rah! he...he.... best! best! hari2 akak check, kot2 ada new n3 tau! apapun i follow...........

aqilah said...

bila nak sambung ni dik? akak tgh tunggu ni.............