Thursday, March 1, 2012

JH END

Tamatlah riwayat aku sebagai cleaner di Hani Holdings. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Satu pengalaman baru yang sedikit sebanyak mengajar aku tentang dunia luar. Err.. Sedikit nota tambahan. Juga telah mengajar aku erti cinta...


Malunya...



Tiba-tiba aku rasa loya pulak. Nak muntah. Uwek.


Heh. Cinta apa ke benda? Menyakitkan hati aje kalau ingat macam mana awal-awal dulu aku 'dibuli' hebat. Aku takkan lupa apa yang dia suruh aku buat. Tak perlulah aku tulis kat sini kan.. Kalau nak ingat, aku belek-belek sajalah catatan sebelum ni. Lagi panjang berjela aku tulis. Tapi, takpelah. Aku dah halalkan semuanya. Benda tu pun dah lama berlalu.


Haih, ayat baik saja tu. Adalah tu sebabnya. Hihihi..


Semuanya sebab hari ni. Dari tadi lagi aku senyum sampai ke telinga. Puan Suzie yang terpandang aku dalam keadaan macam tu hanya mampu geleng kepala. Aku rasa dia dah memang tahu apa yang bakal jadi. Sebab tu muka dia neutral tanpa ada riak terkejut bila tengok aku macam kera dapat bunga. Puan Suzie cuma cakap, "Happy dah?"


Aku sengih tak menjawab.


Kalau kera dapat bunga, aku pula dapat buku tiga lima. Haa, kena tulis terang-terang ni. Buku tiga lima.. Bukan buku lima. Lain maksudnya tu :)


Tapi… Huh, sungguh tak bertamadun. Ada ke buku yang orang duk buat tulis hutang dia boleh guna untuk buat catatan ala-ala diari macam jurnal hati aku ni jugak? Sampai tersedak-sedak aku ketawa tadi.


Kisah petang tadi bermula dengan sebuah file bertanda '5'. Sebaik sahaja file tu aku buka, ada satu kertas A4 yang diletakkan di situ bertulisan tangan. Arahan dia kali ni, "Baca betul-betul." Mula-mula aku fikir dia suruh aku 'study'. Mulalah aku mencebik. Apahal suruh aku baca dan study kerja dia pulak? Tak kuasa dan tak ada masa.


Tapi bila aku selak kertas A4 tu, dah takde kertas lain dah. Kecuali buku tiga lima yang dilekatkan pada badan file dengan sellotape. Bertambah hairan aku dibuatnya. Orang dah suruh baca, kan.. Selamba sahajalah aku tarik buku tiga lima dan start baca.


Memang terharu beb. Terkedu, tersedak, terbatuk, tersebak.. Semuanya ada petang tadi. Biarlah aku coretkan sikit apa yang dia tulis untuk tatapan aku hari ni.


Catatan dia yang pertama:


"First time jumpa gegirl yang tak blush bila pertama kali tengok aku. Impressed!"


Mana sempat aku nak blush-mlush masa tu. Otak cuma fikir macam mana dia boleh cakap BM tanpa pelat dengan cepat, tepat begitu?


Catatan dia yang kedua:


"Tak salah rasanya buli dia sikit-sikit. Buat air, makan lunch dia. 'Esok-esok' pun akan berkongsi jugak! Buli dia buat kerja dalam bilik. Rasa 'dekat' aje.."


Ooo, ada hati nak kongsi esok-esok ya!


Catatan dia yang ketiga:


"Dia datang lambat hari ni! Terus aku hangin satu badan. Tak boleh tak tengok dia pagi-pagi. Fuh, moody."


Aku ingat lagi ada sekali aku datang lambat. Masa tu muka dia kelat semacam aje. Cis, kenapa tak tulis 'rindu' aje? Kembang sikit hati aku. Ala Jiji.. Miss you, too!


Catatan dia yang keempat:


"Nampak dia dengan Zainal, staf bahagian pengurusan di depan lift semalam. Mesra. Buli dia teruk sikit. Klimaks, dia terus balik rumah agaknya lepas dia ubah kedudukan sofa. Marah nampak."


Ceh, dia nak balas dendam rupanya. Tapi bunyi macam cemburu sahaja. Dengan Zainal pun nak cemburu ke? Confirm aku pilih Jiji sepuluh kali dari Zainal. Sekarang, lah..


Catatan dia yang kelima:


"Jumpa dia kat rumah sempena majlis doa selamat. Kawan adik Tsu rupanya. Dan nama dia Che Aimy. Tak salahkan kalau aku panggil dia Che. Che? Tukar sikitlah. Panggil Cik. Perfect! Tambahan pula, dia nampak cute and sweet dengan jubah hitam. Tak 'tahan' sampai terkenyit mata :) Bulatnya mata dia!"


Tak kisah. Jangan dia panggil aku hoi, hey sudah.

Oo, tak tahan ye! Alala, aku ingat lagi masa dia kenyit mata tu. Waktu tulah aku cair. Kuch kuch hota hai!


Catatan dia yang keenam:


"Mommy cakap dia suka Amy. Aku? Akan diusahakan!"


Dah tahu. Tapi dia nak usahakan apa? Nak usahakan supaya aku suka dia? Tak payah susah-susah. Aku memang suka kau Jiji.. Alamak, ayat tak romantik langsung. Err, saya pun suka awak jugak, Jiji…


Catatan dia yang ketujuh:


"Padan muka aku. Telan 3 gelas air hari ni! Nak manja-manja sikit pun tak boleh."


Manja-manja? Heh. Migrain aku hari tu tau.


Catatan dia yang kelapan:


"Something wrong with her today. Kalut semacam"


Dia tak tahu kan masalah dalaman aku. Nantilah cerita kat dia.. Itu pun kalau dia tanya.


Catatan dia yang kesembilan:


"Adik Su masuk kerja hari ni. Dan aku terasa yang Cik lain macam. Seperti ada 'angin' cemburu. Suka!"


Dia panggil engineer muda tu Adik Su? Yang ni kena minta dia clarify. Beradik-adik pulak. Tapi dia perasan ye kecemburuan aku. Heh, aku suka juga.


Catatan dia yang kesepuluh:


"Dia pengsan. Aku risau!"


Sob, sob. Terima kasih, Jiji sebab betul-betul ambil berat pasal aku. Terharunya!


Catatan dia yang kesebelas:


"Mommy cubit aku waktu kami di rumah adik Tsu dan cakap Cik nampak cute bila dia pakai kain batik. Aku setuju. Bakal menantu Mommy, kan?"


Sungguh waktu mata aku tangkap perkataan 'bakal menantu', aku rasa tak percaya. Dia betul-betul pilih aku ke?


Catatan dia kedua belas:


"Adik Tsu selamat bertunang hari ni. Cantik. Tapi pengapitnya lagi cantik. Sampai terkedu dan tak terkata dibuatnya. Ada juga tetamu lelaki lain yang puji Cik. Jealous."


Oo, patutlah hari tu dia tak tegur aku langsung. Ada cerita rupanya. Suka, suka!


Catatan dia yang ketiga belas:


"Not in the good mood. Mommy ada cakap perkara yang mustahil."


Ahha, ada waktu yang dia langsung tak buli aku, tak jeling aku. Entah apa yang mommy dia cakap.


Catatan dia yang keempat belas:


"Adik Maria bertunang di Seremban. Cik ada sama. Hati riang. Tapi nampak sangat muka dia kelat-kelat manis bila Tsu buat seperti yang dirancang. Dan tak sangka dia akan terjatuh waktu nak turun dari kereta. Rezeki aku hari tu untuk dukung dia. Bila dah dekat macam tu, baru aku perasan yang dia ada tahi lalat dalam mata."


Seperti yang dirancang ye? Aku jeling Tsu di meja studynya. Tengah chatting dengan Hakim. It's ok Tsu. Seperti yang aku cakap, tasik UTM sana tengah tunggu kau!


Catatan dia yang kelima belas:


"Akan outstation seminggu during hers last week. You will find this, sweetheart. Study hard. Grad. I'll see your sister. Tsu dah bagitau yang Cik pun suka aku. Dia terbaca your jurnal mengenai perasaan Cik terhadap aku. Jangan marah dia, OK!"


Argh, waktu terbaca catatan dia yang terakhir ni, aku rasa nak cekik-cekik Tsu. Aku nak balas balik. Oo, dia ingat aku tak tahu dia pun ada jurnal hati juga. Tsu, kau ready aje ye.


Buku tiga lima tu ada di sebelah aku sekarang. Malam ni aku nak tidur dengan lena.

Tak sangka cempedak akhirnya jadi nangka. Ait, macam takde kaitan langsung peribahasa tu dengan kisah kami. Tak adalah.. Aku maksudkan tak tersangka sungguh dia pun rasa getaran itu. Olossss… getaran pulak dah! Apahal malam ni mood jiwang rock kapak sungguh? Ni confirm dah terpengaruh dengan ayat-ayat dia yang aku baca tadi. Adalah ayat-ayat jiwang yang dia tulis untuk aku sikit-sikit yang aku tak boleh nak tulis balik. Nanti aku boleh gelak tak berhenti.


Alamak, nampak gayanya ini adalah catatan aku yang terakhir dalam jurnal hati ni. Page dah habis. Sebelum balik Skudai, kena ajak Tsu cari jurnal baru.


Tsu jugak yang aku ajak. Tak sampai hati rasanya nak tolak dia ke dalam tasik. Dalam tu. Tak sanggup aku kehilangan kawan macam dia. Nanti, aku fikir-fikir macam mana nak kenakan dia balik. Mungkin boleh rosakkan musical box yang Hakim bagi tu. Macam tak cukup kejam pulak. Esoklah aku cuba tanya mama datin apa yang paling Tsu sayang.


Alamak.. Last-last. Di akhir kata, aku kena fikir nama yang sesuai untuk panggil dia.


Jiji pun sebenarnya sweet. Kalau nak marah, panggil aje Jijiq. Huh, mantap!

Suka, suka!!

10 comments:

aiscream cokolat said...

gilerrr sweeet!!! sukeee sangat2~ pleaseeeee post la n3 special. xpuas lorh...pleaseeeee~

kak ida said...

ala..akan dah end citer ni..akak suka amatlah sampoi citernya..tapi best..hopefully ada sambungan citernya ek..

kayniz said...

comel giler....
sweet tul la jiji 2....
mcm bdk2 buli org yg dorg suka....
x sanga jiji pu ade jurnal hati dia juga....
comel je jiji 2....
sbb jealous, x nk ckp lgsg dgn amy....
so cute....

Kak Sue said...

So Sweet jiji ni.....
malu nak berjumpa face to face ke???...
sekali keluar hikayat jiji panjang berjela....
sambung lah lagi.... x puas tau.....

muna said...

so cute...sambunglah lagi

cikpelangi said...

special entry please!!! :)

Cik Bayan said...

terima kasih datang blog mykarya...singgah sini dan baca entri. nice!

mizz acu said...

jiwang x hengatt jiji nihhh.. :)

MizaEija said...

sweettttt.....

rhuzzanna@gmail.com said...

Sukaaa laa awak semua cerpen awak. . Teruskan yaa dek non.