Thursday, April 25, 2013

My Suami, MINE -3-


Hari ini Ain parking keretanya agak jauh dari pejabat. Setelah singgah beli sarapan di gerai yang selalu dia beli, dia berjalan perlahan-lahan ke tempat kerja.

Dalam kepalanya sibuk merangka ayat tanya untuk dibicarakan dengan Kak Laili. Kak Laili bagitau lelaki tu adalah sepupunya. Sungguh, dia tak pernah tahu lelaki tu ada saudara dekat bahagian utara ni. Rasanya dia dah habis 'study' pasal si dia. Ada bab yang dia tertinggal ke?

Tapi, betul ke lelaki tu adalah lelaki yang dia kenal? Sebab itulah dia sibuk merangka ayat ni... Nak tanya Kak Laili tanpa dia syak apa-apa. Kak Laili ni sebenarnya pandai baca air muka, pandai baca hati Ain. Ain kena lebih hati-hati supaya apa yang dia rahsiakan selama ni tetap tersimpan.

Ain ingat lagi. Lima tahun bersama Amar adalah detik 'terindah' baginya. Terindah dan 'terindah'. Ain tiba-tiba senyum. Yang terindah adalah Amar tu.. ehem.. boleh tahan jugak kacaknya. Tapi, biasalah. Orang kacak paling bermasalah, kan? Sebab dia perasan dia kacak sangat. Sekali petik, sepuluh yang datang. Siapalah Ain pada matanya. Gadis kampung biasa. Tapi sebenarnya Amar silap. Ain gadis biasa yang luar biasa. Ain pernah 'berbakti' pada Amar tau. Cuma Amar aje yang buta hati tak nampak betapa Ain berbakti kepadanya.

Yang 'terindah' pula... tak apalah. Ain nak lupakan semuanya supaya dirinya tak terbeban lagi.

Untuk itu, Ain melepaskan keluhan. Langkah kakinya menjadi semakin perlahan. Dia sebenarnya rindu pada Amar. Siapa tak rindu suami, ooiii? Dapat pulak suami yang menjadi rebutan macam Amar tu. Cukup segala pakej. Dari kepala ke hujung kaki. Handsome. Latar belakang keluarga yang baik-baik. Orang bijak pandai. Berada pulak tu. Hai laa Amar. Kenapa la awak sanggup kahwin dengan Ain yang takde apa-apa macam ni? Kan dah susah?

Walaupun langkahnya perlahan, Ain tetap sampai ke pintu pejabat. Tetapi belum pun sempat pintu kaca ditolak, pergerakan Ain terhenti. Ain rasa jantungnya juga berhenti. Nafasnya seakan tersekat.

Kenapa kereta putih semalam masih ada kat sini? Bukan ke sepatutnya Kak Laili datang dengan Vios?

"Assalamualaikum.." tegur satu suara dari belakang.

Ain berdiri tegak.

"Lama tak jumpa." 

Ain terus terpaku di situ tanpa perlu menoleh lagi. Hidup bahagianya di sini bakal tamat tak lama lagi.

6 comments:

baby mio said...

CEPATLAH SAMBUNG YA.

iyads said...

ye kak..cepat la smbung.

madame iu said...

ye...cepat cepat...heheheh

madame iu said...

ye...cepat cepat...heheheh

iwana aisar said...

next plesssssssss

Kak Sue said...

Alahai... kenapa main pendek-pendek ja.... x puas lah.... sambung panjang sikit kkkk.... hehehe