Wednesday, February 18, 2009

Kisah Di Hati 12

“Kena jugak ke, abang?”

“Lia, orang tengah susah. Tak salah kalau kita tolong, kan? Lagipun dia betul-betul urgent. Kalau Lia tak tolong dia, siapa lagi? Dah..dah. Dia tengah tunggu tu.”

“Tapi, abang.. Lia bukannya…”

“Lia, please. Keadaan ni betul-betul terdesak ok. Lia paham tak?! Dia memang diperlukan kat sini.” Suara Azman meninggi. Payah betul nak bercakap dengan budak ni. Adik siapa la ni? Ingat aku main-main ke apa? Yang sudah tu sudah la.. Kan?

“Yelah..yelah. Lia gerak sekarang.” Aliah mengalah. Takkan selama-lamanya nak mengelak. Dah dekat setengah tahun..

“Ok, good. Thanks Lia. Abang tahu Lia tak suka dia. Tapi yang tu tolak tepi dulu. Boleh Lia?” Terpujuk Azman mendengar pertimbangan dan tolak ansur dari Aliah.

Bila pulak aku cakap tak suka? Aku cuma tak terima je.. Abang ni.. “Ok la abang. Mana tahu hari ni hari dia. Esok-esok hari Lia pulak kan?”

Azman tersenyum di hujung talian. Dia tahu Aliah takkan menghampakannya. Bukannya direka-reka keadaan Kamil di sana. Memang Kamil betul-betul memerlukan bantuan. Dan dia memang perlu balik KL sekarang!

Dari jauh, Aliah meninjau ke sekitar car park di stesen minyak Petronas sebelum tol Skudai. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. Perlahan-lahan dia memandu myVinya. Mencari kelibat CR-V yang dikatakan rosak oleh Azman. Kereta mahal-mahal pun boleh rosak ke? Apa daaa.. Ha, tu dia..

Aliah membelok ke kanan. Dia memberhentikan keretanya di sebelah CR-V yang damai kaku tak bergerak. Matanya luas mencari kelibat Kamil. Tak ada? Gents kot. Aliah keluar dari kereta dan melangkah perlahan ke arah kereta di sebelah. Lama dia berdiri di situ menunggu tuan punya kereta.

Sepuluh minit berlalu. Kamil datang menghampiri. Dia berdehem perlahan. Aliah yang mencangkung kebosanan dengan ranting kayu di tangan mendongakkan kepala. Dia bingkas bangun dan menyapa.

“En. Kam.. Abang yang minta saya datang.” Aliah bersuara perlahan. Matanya dikecilkan menahan silau mentari. Dilihatnya hanya senyum yang terukir di bibir Kamil.

“Sorry Lia. Saya tak bermaksud nak susahkan Lia. Saya dah call cawangan kat JB, tapi kereta company semua tak ada. Saya pulak urgent nak balik KL sekarang. Try jugak tanya flight. Semua full. Tak faham betul. Tapi mungkin jugak sebab weekend, kan? Tu yang saya call Azman kot-kot dia tahu nak mintak tolong dari siapa. Alih-alih Lia pulak yang jadi mangsa. I’m sorry, but I have to.” Panjang Kamil bercerita. Aliah pula senyum bersahaja.

“Tak apa la. Tak susah apa pun. Nasib baik kena hari Sabtu ni. Boleh la saya jenguk abang jugak kat sana. Jom la. Habis tu kereta En. Kam ni macam mana?” Aliah memandang lagi CR-V di hadapan mereka. My dream car nih!! Hehe.. Sempat hatinya berbisik. Sengih sendirian.

“Nampak gayanya saya terpaksa tinggalkan kat sini. InsyaAllah tak apa-apa. Lagi pun settle je urusan saya kat KL, saya akan datang JB balik.” Aliah hanya mengangguk.

Kini, kedua-dua mereka melabuhkan punggung ke dalam myVi. Tanpa menunggu lama, myVi putih hadiah daripada Azman untuk Aliah bergerak laju meninggalkan Skudai menuju KL.

Perjalanan masih jauh. Banyak la pulak kereta hari ni. Saja je nak bagi aku lama-lama dengan Kam ni ye?!

Lagi sekali dirasakan JB-KL yang selalu memakan masa empat lima jam macam KL-UK yang memakan masa berpuluh jam. Kenapa la traffic ni lembap sangat? Kenapa banyak sangat kereta? Nak pecut-pecut pun tak boleh.. Hish!! Akhirnya, stereng dipegang erat. Gear diturunkan dari lima ke empat.. Ready? Jom cilok-cilok!!

Aliah memberhentikan kereta selepas tol Sungai Besi. Akhirnya. Sampai jugak. Aliah memandang Kamil di sebelah yang sibuk dengan handsetnya. Dari tadi.. Kamil yang terperasan dirinya diperhati menoleh memandang Aliah. Terangkat keningnya bertanya.

“Err..sebenarnya saya tak reti drive dalam KL.” Perlahan Aliah bersuara. Kemudian dia meraup muka. Malunya!! Sempat dia melihat mulut Kamil ternganga kecil. Perli ke tu? Kemudian, terhambur tawa kecil dari seat sebelah.

Seat bertukar. Kereta meluncur lagi.

“Hmm, bukan selalu ke Aliah datang KL?” Kamil memulakan perbualan setelah ‘siaran tergendala’ tadi. Bukannya nak gelak sebab ketidakretian Aliah memandu di KL, tapi ada rasa lucu yang mencuit hati. Cara Aliah meraup mukanya tadi. Mengingatkan dia pada seseorang..

“Err..datang dengan bas selalu la. Pastu abang datang ambik kat Hentian Putra..” Terasa merah mukanya. Dia gelakkan aku? Cheh..

Kamil hanya mengangguk. Namun, senyumannya masih mekar. Aliah memandang sekilas. Geram. Nasib baik bukan abang. Kalau tak, dah lama lengan tu lebam-lebam. Mujur jugak anak orang...

No comments: