Wednesday, March 25, 2009

Kisah Di Hati 31

Hatinya masih sebal dengan sikap lelaki itu. Kan ke dah pesan dulu, kalau dah sampai harinya, jangan lupa jemput? Apa..ingat aku main-main ke? Ni tak, tengok-tengok dah bersanding pun! Nasib baik tak pengsan kat situ..

“Lia, are you ok?” Teringat lagi masa tu. Saat matanya berpinar. Terasa nak rebah. Entah mengapa cepat saja tangannya mencapai lengan Kamil yang berdiri di sebelah. Menggeletar dia seketika.

“Lia..hey..” Perasan jugak la muka cemas Kamil masa tu.

Akhirnya dia bersuara, “Bagi kunci keta awak. Tiba-tiba rasa nak demam..” Tanpa banyak tanya, Kamil menyerahkan kunci keretanya kepada Aliah.

Aliah duduk diam-diam dalam kereta. Enjin dihidupkan. Air-cond dengan radio dibiarkan terpasang. Bagi sejuk sikit hati yang sedang.. entah, tak tahu nak cakap macam mana. Marah ke dengan Fauzi? Geram ke? Jeles ke?

Aliah mengeluh sendirian. Dia cepat-cepat sedar yang dia dengan Fauzi sudah jadi sejarah. Sekarang dia tunangan orang. Tunang Kamil. Ya, Kamil yang bakal jadi suaminya..

Jie, aku ikhlas doakan kau. Moga kau bahagia Jie.. Mukanya ditekur ke bawah. Tak lama selepas itu, dia mengangkat muka dan menoleh ke tingkap. Kamil sedang mengetuk cermin tingkap. Memberi isyarat supaya pintu dibuka. Ops, lupa! Tadi Aliah mengunci pintu. Well..safety first!

“Kenapa ni, Lia?” Kamil duduk di driver seat. Matanya tak lepas memandang Aliah yang nampaknya tengah sedih.

“Erm, sorry ye. Tak sempat tolong awak ambik gambar tadi..”

“Tak pe.. Tu tak penting lagi dah. Lia, ok ke tak ni? Kenapa tiba-tiba je macam tu tadi?”

“Err, kalau Lia bagitau something, awak jangan fikir lain pulak ye?”

Kamil mengerutkan kening.. Aik, lain macam saja bunyinya..

“Tadi tu yang kawen tu kawan awak ek?”

Kamil hanya mengangguk. Tak sabar menanti butir bicara seterusnya.
“Actually, he was my past..” Pantas Aliah menundukkan wajahnya sekali lagi.

Sepi seketika. Aliah berkira dalam hati. Mesti Kamil akan marah dia. Tapi..

“Kenapa awak gelak? Ingat saya main-main?” Itu yang Aliah tanya selepas mendengar tawa dari Kamil. Blur.

“Lia ni, lambat betul la.. ” Kamil masih dengan tawanya. Aliah pulak makin blur. Apa yang lambatnya?

“I dah tahu la Lia.. Bulan lepas masa dia datang rumah nak jemput kami sekeluarga..” Kamil membuka hikayat. “Entah macam mana, Kamalia terbuka cerita yang I dah bertunang. Beria-ia nak tengok gambar tunang I. Nak tak nak, kena la tunjuk. Dia pun terperanjat macam Lia jugak. Lia nak tahu dia cakap apa?”

Aliah menanti penuh sabar. Apa yang Fauzi bagitau Kamil pasal aku?

“Dia pesan suruh I bersabar dengan Lia. Dia kata Lia ni banyak songeh..”
Bulat mata Aliah. Kamil di hadapan nampak mengecil, muat-muat mulut untuk ditelan!
“Lagi dia kata Lia ni degil. Keras kepala. Kepala batu. Semua laa..” Kamil semakin galak menggiat. Seronok melihat mulut yang dah melopong tu.. Tapi..

“Adui, auw, auww. Hisy, sejak bila pandai ni?” Tak sempat dia menambah cerita, Aliah dah mencubit lengannya.

Huh, padan muka! Puas hati. Seronok. Dari dulu dia rasa nak cubit-cubit dia ni..

“Buat la cerita lagi.” Aliah diam semula..“Lia minta maaf. Tiba-tiba terkenang pulak. Kiranya perempuan tadi tu pilihan parents dia ek?”

“Ha’a. Syarifah Zaharah Syed Zahari. Tak silap I, bapak diorang tu kawan lama..”

“Ooo.. Hm, kita dah takde hal kan? Jom la balik..” Aliah mengajak. Tak sanggup lagi dah nak dengar cerita pasal pasangan tu. Biar la. Asalkan diorang bahagia. Harap-harap aku pun akan bahagia jugak..

Kamil hanya menurut. Di hatinya ada pelbagai rasa..

“Tapi kan, awak.. hmm, apa nama Fauzi sebenarnya?”

Kamil berpaling ke sebelah? Loh, nama ex-bf sendiri pun tak tau?

3 comments:

nurhakim said...

aduh...
mati2 ingat yg kwen 2 mmbr lma kamil..
rupa2nya fauzi..
tpi tg lwaknya blh plk aliah xthu nm pnuh fauzi...hahahahaha
lwaklah aliah nie..
cpat2 smbng tau kak mie..

Hafia Hana said...

hu.h.u..

bila kamil ngan lia plak nk kawin!

::cHeeSeCaKe:: said...

lawakla lia ni..name penuh ex pon xtau..cpatla lia n kamil kawin..!