Monday, March 7, 2011

JTO ~ 1

Alamak, alamak. Dah lambat. Dah lambat.

Widyan memandang jam di tangan. Entah bila masa jarum jam yang baru dibeli sebulan lepas mati tidak bergerak. Diketuk-ketuk kepala jam bulat berwarna hijau dengan harapan jarum jam tersebut berubah walau sedetik.

Tapi, “Huh, nilah padahnya jam 10 ringgit. Asal bawak mandi aje, die. Asal kena air aje, die.” Widyan masih lagi mengetuk kepala jam tanpa memerhati keadaan sekeliling. Peduli hape dia, yang penting luahan perasaan pada jam barunya disampaikan. Biarpun jam tu tak didesign dengan sepasang telinga.

“Nab! Apasal lambat ni?” Satu suara mencuit Widyan dari belakang. Widyan yang baru sahaja menurunkan autograph pada senarai kedatangan berpaling. Kelihatan muka kawannya yang sedikit gelisah berdiri di situ.

“Sorry la, Wi. Jam mati. Ralit kat library.” Widyan berjalan ke belakang. Memberi laluan kepada peserta lain yang lambat sepertinya untuk mengabadikan autograph mereka.

“Mati lagi?” Surya yang dipanggil Wi tadi menunjuk jalan. Ada dua tempat di barisan hadapan telah di’cop’nya. Dia segera mengangkat fail yang diberi petugas seminar dari kerusi lalu diletak ka atas meja. Widyan pula mengambil tempat di sebelah kanan Surya. Ada satu lagi tempat kosong di sebelah kanan Widya. Dia mengambil peluang untuk melandingkan beg galas VAIOnya.

“Nak buat macam mana. Dah tercatat kat Loh Mahfuz hayat dia panjang tu aje.” Serius. Widya menanggalkan jamnya. Dibelek keadaan benda yang banyak berjasa kepadanya selama sebulan yang lalu.

Surya menggeleng melihatkan kelakuan si teman di sebelah. Seminar dalam beberapa saat lagi akan bermula. Dia menoleh ke arah Widyan, bertanya. “Dah tu nak kebumi kat mana pulak kali ni?” Senyum.

“On the way tadi punya besar tong sampah MPSP. Aku campak aje lah nanti. Hihi..” Segera arwah jam di tangan dicampak ke dalam pencil case besarnya.

Kelihatan pengerusi majlis telah mengambil tempat untuk memulakan sesi kedua selepas tea break. Widya telah tertinggal satu sesi. Tak apa laa.. Surya Widuri ni kan ada. Boleh risik-risik nanti.

Prof Georgios telah memulakan sesi. Widyan dan Surya masing-masing menumpukan sepenuh perhatian. Slide presentation yang telah disediakan secara hardcopy oleh organizer membolehkan mereka mencatat beberapa maklumat tambahan.

Sebelum lunch nanti, ada satu lagi sesi yang akan disampaikan oleh professor yang sama. Dalam pada masa take 5, seorang peserta mencari tempat duduk.

“Excuse me. May I sit here?” Tanyanya sopan.

Alah, mamat Melayu ni. “Boleh..boleh. Sila..sila.” Widyan mengangkat beg galasnya lalu disandarkan pada kaki meja. Peserta tadi mengucapkan terima kasih lalu melabuhkan punggungnya di situ. Surya memandang Widyan. Bahasa matanya bagai mahu memberitahu ada lagi lambat dari kau! Widyan hanya sengih.

Setelah selesai sesi ini, pengerusi majlis mengumumkan lunch telah disediakan. Dan sesi akan disambung semula pada 2.30 petang.

“Nab, aku nak gi toilet jap. Kau tunggu tau. Kita lunch sama.” Surya meminta diri.

“Iyelah. Jangan lama sangat..” Widyan menjawab tetapi masih leka dengan handout di depan mata.. Allah, signal processing ni…buat aku migraine aje la!

Peserta yang lagi lambat di sebelah Widyan mengerling dengan ekor mata catatan yang dibuat oleh Widyan. Dia cuba membuka mulut.

“Erm, memang suka tulis jawi ke?” Tegurnya, perlahan.
Widyan yang tekun dengan notanya mengangkat muka. Eh, suara siapakah yang menegur? Laa, cik abang ni rupanya. “Suka. Tapi tak berapa cantik sangat.” Dia menjawab ikhlas.

“Oo.. ok.” Dia segera bangun. “Erm, saya turun lunch dulu la..”

“Ha, yelah. Sila..sila. Saya tunggu kawan saya.” Widyan mengukir sengih.

Dia memerhati lelaki tadi beredar. Mencebik bibir. Suka jawi? Suka laaa.. ish, Astaghfirullah. Widyan menggeleng perlahan. Tak pernah ada orang tegur aku nak tulis jawi ke, mandarin ke, tamil ke…

Pelik ini orang.

“Nab, jom! Nasi habis kang.”

“Yelah-yelah. Jom.” Lapar jugak ni. Dalam pada perutnya bergurindam, Widyan sempat berfikir. Design macam mana pulak jam tangan murahnya kali ni ye?

Yea yea, jam baru!

Yea yea, jam baru!

No comments: