Monday, August 22, 2011

C.I.C.I [1]

Intan: Amat memalukan!


Bummm!

"Oo mak!" Intan berpaut pada lengan rakannya yang berdiri di sebelah kanan.

"Apa pulak tu, Kin?" Kepalanya yang bulat tertoleh ke sebelah kiri. Marah betul dia dengan bunyi kuat macam tu.

Kelihatan dua buah troli yang berisi dengan stok pakaian baru berlaga sesama sendiri. Astaghfirullah-al-azim, buat terperanjat aku aje, gumam Intan dalam hati.

"Buat la kerja betul-betul. Ni tak.. Bagai nak tercabut jantung aku dibuatnya. Kau bukan tak tahu aku Kin.. aku ni lemah semangat betul. Nasib baik kau ada sebel...." Intan berpaling ke kanan menjeling Syikin yang diam tak bergerak.

Eh, kenapa tiba-tiba Syikin berubah jadi tinggi pulak ni? Intan mendongakkan kepala. Bulat matanya apabila bertentang dengan anak mata yang pastinya bukan milik Syikin. Allah, anak teruna siapa pulak yang aku suka-suki pegang ni?

Pemuda tersebut menala pandangannya pada lengan yang ditaut kemas oleh lengan Intan. Membawa maksud supaya melepaskan lengannya. Intan yang bagaikan tersedar bahawa orang dipegang itu bukan Syikin, cepat-cepat melepaskan tangannya. Merah mukanya menahan malu. Kalau bukan Syikin di sebelahnya sejak tadi, habis tu dengan siapa aku bercakap? Bukan Syikin?
Patutlah..

"Kin, kau rasa ayah aku suka tak kaler ni?" Intan menarik sehelai kemeja berwarna biru berbelang hitam yang digantung.

Syikin diam.

"Erm, tapi kaler ni lagi lawa kut.. Ok tak kau rasa?" Dia menarik pula kemeja hijau lumut.

Syikin masih diam..

"Kin, kaler kuning ni pun cun laa.. Rasanya ayah aku takde lagi kemeja kaler ni.. Wah, mesti masuk punya la dengan kulit putih dia tu.." Intan mengacu-acukan kemeja kuning yang diambil ke badan sendiri. Cuba membandingkan baju tersebut dengan kulitnya. Warna kulitnya adalah warna kulit ayahnya juga. "Ok kut yang ni.. Nanti aku nak tanya salesgirl tu ada tak saiz M.." Intan meletakkan kembali kemeja yang bersaiz S ke tempat asalnya.

Syikin tetap diam.

Pada ketika itulah insiden antara dua troli terjadi. Cepat-cepat Intan berpaut pada 'Syikin' di sebelah. Di saat matanya yang terpaksa didongakkan, dia dah rasa ada sesuatu yang tak kena..
Syikin tu sama tinggi aje dengannya. Tak pernah-pernah dalam sejarah dia kena dongakkan kepala ketika bercakap dengan Syikin. Melainkan kalau waktu itu dia tengah duduk dan Syikin pula berdiri.

"Sorry. I'm not your Kin.. So, could you please..." Kepala pemuda tadi ditundukkan sedikit ke bawah. Memberi isyarat supaya dilepaskan lengannya.

Intan segera menarik tangannya. Alamak. Alamak. Apa anak ayah dah buat ni.. "M.. Maafkan saya encik. Saya tak perasan. Saya ingatkan kawan saya..." kata-kata Intan belum sempat dihabiskan. Pemuda tadi sudah mengangkat kakinya berlalu dari situ. Intan masih terkedu. Dia memandang sahaja belakang pemuda yang melangkah laju. Ish, apa aku dah buat ni?

"Intan! Oit, kau pandang siapa tu?" Syikin datang dari suatu arah lantas bertanya. Dari jauh dia lihat Intan sedang bercakap-cakap dengan seseorang. Kemudian, orang itu terus pergi. Melihatkan kawannya tercengang-cengang seorang diri, Syikin datang menghampiri.

"Ya, Allah.. Kin! Kau kat mana?" tanya Intan. Cemas wajahnya.

"Aku kat bahagian t-shirt tu tadi." Syikin menunjuk ke satu arah. "Kau kenapa Tan? Kau cakap dengan siapa tadi tu? Apa hal sebenarnya?" tanya Syikin bertubi-tubi.

"Aduh, Kin.. Sebab kau lah.. Hish, malas la aku nak cakap.." Intan kembali kepada deretan kemeja di hadapannya.

"Pulak? Dah jumpa belum? Kalau dah, jom. Aku dah lapar ni.." Syikin menilik pada jam tangannya. Oo, patutlah. Dah hampir ke pukul dua. Perutnya belum berisi lagi.

"Yelah, sekejap. Aku nak tanya saiz M baju ni.. Kau tunggu sini kejap tau.." Intan berlalu dari situ sambil menggamit seorang salesgirl. Dia mahu menghadiahkan kemeja ini kepada seorang insan yang sangat berjasa padanya selama dia hidup 25 tahun di dunia ini.

*****

"Lepas ni terus balik ke?" tanya Syikin. Dia menyuap cheezy wedges ke mulut. Matanya turut memandang sekeliling. Hujung minggu ni ramai betul orang di Sunway Carnival. Agaknya, diorang pun nak beli baju pada ayah terchenta, macam si Intan, kawan baiknya.

"Kau ada nak beli apa-apa lagi?" tanya Intan pula tanpa menjawab soalan Syikin.

"Aku memang tak plan nak beli apa-apa pun. Kau tu aje."

"Aku cuma nak beli kemeja ni aje untuk ayah aku. Kalau dah tak ada apa-apa nak beli, moh le kita balik lepas makan.."

Syikin mengangguk. Dia menghabiskan wedges di tangan. Air Milo di hadapannya disedut perlahan. Matanya yang ralit memandang sekeliling, tiba-tiba terpandangkan seseorang. Lantas dia teringatkan kelakuan Intan yang sedikit pelik tadi.

"Eh, Intan. Kau kenapa ye tadi? Kenapa yang kau tercengang-cengang tadi tu? Ada benda dah jadi ye?"

Intan ralit membelek handphone di tangan. Mendengarkan pertanyaan dari kawan baiknya, dia terdiam seketika. Akalnya masih menimbang-nimbang samada mahu bercerita atau tak pada Syikin mengenai kejadian tadi yang telah memalukan dirinya.

"Tak ada apa-apa. Cuma aku dah terpegang orang tu.." cerita Intan tanpa mengangkat muka. Mukanya yang cerah menjadi merah tatkala teringatkan insiden yang tak sepatutnya jadi tadi.

"Kau what??" tanya Syikin inginkan kepastian.

"Kau dengarkan?? Malas la aku nak ulang banyak-banyak kali. Kau jangan risau, OK.. Tadi dia berlengan panjang.. Tak tersentuh kulit pun.." Intan menambah.

Syikin terbatuk-batuk mendengar cerita Intan. Ish.. "Kau ni pun yang pergi pegang dia tu kenapa?"

"Astaghfirullah.. Kau ingat aku ni saja-saja nak pergi pegang entah anak siapa tu?" Intan mengangkat muka memandang tepat wajah temannya. "Aku ni waras lagi la Kin.."

"Dah tu, apa jadi? Ceritalah kat aku supaya aku tahu hujung pangkal cerita.." pujuk Syikin.

"Tadi tu ha.. Dua troli accident. Bunyi dia kuat sangat. Kau pun tau aku mana boleh dengar bunyi-bunyi kuat macam tu. Terkejut aku dibuatnya. Nak tercabut jantung ni haa.." Intan bercerita.

Syikin ketawa. Dan dia bagaikan dah dapat agak apa action Intan seterusnya. Tak payah ditanya. "Kira, kau terpeluk dia la??" kata Syikin yang masih ketawa. Itulah yang selalu Intan lakukan padanya kalau terkejut. Dia tahu sangat dengan perangai kawannya yang seorang ni.

"Aku terpegang tangannya OK.. Bukan terpeluk. Betulkan sikit statement tu.." Intan mendengus. Dia tak nak ingat lagi insiden tu. Malunya masih belum hilang. Tapi mengingatkan pemuda tadi yang agak 'sombong', tidak menerima maafnya, dia bertambah geram. Bukannya sengaja. Terpegang. Terrr, ok. Sekurang-kurangnya, cakaplah 'dimaafkan' ke apa ke.. Ni tak, menonong aje. Hish, macam handsome sangat!

Eh, sekejap. Handsome apa orang tu.. Dengan tubuh tinggi dan sasa, kulitnya yang tak berapa gelap dan tak berapa cerah, keningnya yang lebat dengan mata yang memukau. Hidungnya yang mancung bagai pelengkap kepada ciri-ciri tersebut. Ait, Intan.. Dalam pada terpegang tu, sempat lagi ye analisa apa yang patut!

"Hello kawan! Kalau dah, jom.." Syikin sudah pun berdiri. Intan mengambil beg plastik di sebelah kirinya. Dia turut berdiri. Mereka melangkah sama-sama ke tempat letak kereta di luar bangunan Sunway Carnival. Sebelum itu, Syikin beratur untuk melakukan pembayaran parking di Autopay machine. Intan pula berdiri di sebelah Syikin sambil membelek handphone. Dia ingin menghubungi ayahnya untuk beritahu yang dia dalam perjalanan pulang dengan Syikin.

Tiba-tiba aje ada mesej masuk. Ahha, dari ayah. 'Intan, terima kasih wish birthday ayah.. Sayang Intan jugak. Baik-baik drive ya. Malam nanti kita keluar makan. Kita bawa Syikin sekali.'

Intan senyum. Dia menggagau Syikin di sebelah. Mencubit-cubit lengan Syikin.

"Excuse me, miss.. You did it again!"

4 comments:

nOtCinDeReLLa said...

Hehehe.. Clumsy btol Si Intan tu~

aiscream cokolat said...

hahahaha...comell la~

MizaEija said...

hahaha... klako + malu ^___^

Anonymous said...

comey je intan nih..