Tuesday, March 22, 2011

JTO ~ 4

“Widyan!”

Kali ni dia tak kira. Suaranya dilaungkan sedikit kuat supaya orang yang dipanggil berpaling ke arahnya. Agak lama matanya memerhati Widyan ke hulu ke hilir memilih juadah sarapan pagi. Niat hati nak tunggu orang tersebut habis bersarapan dulu nampaknya terpaksa dibatalkan setelah…

Widyan menyapu-nyapu blouse yang bertompok kesan tumpahan kopi. Apala malang nasibnya pagi ni. Dah la terbangun lambat. Ditinggalkan dek Surya dan kena bersarapan sorang-sorang. Tak best sungguh. Dalam pada dia menatang mehun goreng di tangan, ada seorang makcik tertumpahkan kopi ke bajunya pula. Nasib baik la lokasi kejadian kira strategic juga. Strategic dalam erti kata, tak ada la semua orang perasan akan insiden tu.

Dalam pada masa yang sama, telinganya juga menangkap ada suara yang memanggil namanya. Macam familiar aje? Widyan mengangkat muka. Anak matanya cekap menangkap seorang lelaki. Berdiri kira-kira 2 meter di hadapannya. Macam kenal.. Alamak! Dia?

Daim semakin menghampiri. Tangan Widyan masih lagi dengan blousenya. Dalam hati sempat juga berfikir samada untuk menyapa. Samada nak buat-buat kenal atau..

“Erkk hai.. Lama tak jumpa.” Terkeluar juga ayat yang memberi hint ‘aku ingat akan dikau’. Dah terlambat. Widyan menggigit bibir. Dialog jujur sungguh.

“Ya Allah. Widyan.. Apa dah jadi ni?” Anak mata Daim memandang kesan tumpahan air minuman pada blouse Widyan. Tapi, dalam masa yang sama, Widyan mentafsir lain. Apa dah jadi? Pada blouse ni atau pada hubungan kita?

Widyan menunduk. Kembali memandang blousenya. “Kena langgar sikit.” Perlahan. Benda dah nak jadi.. Macam hari ni.. Macam dulu-dulu.

Daim semakin mendekat. “Sikit apa macam ni? Jom ikut aku.” Daim terus menapak. Tiga langkah di hadapan, dia berhenti. Dia berpaling memandang Widyan yang masih tegak di situ. Beberapa saat dia masih menunggu. Widyan masih begitu. Takde tanda-tanda untuk dia melangkah. Tanpa disuruh, Daim kembali ke kedudukan Widyan lalu menarik tangan Widyan.

Hati Widyan: Lagi sekali? Hai la tangan.. apa la malangnya nasib kau kali ni..

Dua pasang kaki melangkah menuju ke lif. Lengan Widyan masih dalam genggaman Daim. Tapi kali ni, nampaknya Daim berlembut. Dari lengan, jemari Daim turun ke jemari Widyan pula. Hati Widyan berdebar kencang. “Eh.. kita nak ke mana ni?” Widyan gugup. Langkahnya juga tiba-tiba berat.

“Ke bilik la. Kena tukar baju tu. Takkan nak present dengan baju kotor. Jom. Nanti Widyan lambat.” Pintu lif ditutup. Widyan pelik. Daim tahu dia kena present hari ni. Macam mana dia tahu?

Di tingkat 7, lif terbuka. Widyan semakin seram sejuk. Dalam hati ada pelbagai rasa. Dia kat sini buat apa? Sebesar-besar alam Allah ni, kenapa kena jumpa dia kat sini?

“Dunia ni kecik aje kan?” Daim berkata sinis sambil menunggu Widyan mengeluarkan slot key.

Widyan diam aje. Entah apa maksudnya berkata demikian. Bagai membalas kata hati aku pulak. Ish, magic betul.

Melihatkan Widyan lambat-lambat dengan kunci biliknya, dia kembali bersuara. “Apa lagi? Baju ada kat dalam kan? Tak nak masuk?” Daim berdiri betul-betul di hadapan bilik penginapan Widyan dengan Surya.

“Macam mana…”

“Jangan banyak Tanya. Lagipun Widyan tak ada masa nak dengar cakap aku sekarang. Lepas habis slot presentation tu nanti, Widyan call no ni.” Daim mengeluarkan business card dari dalam poket kot yang dipakai lalu dihulur kepada Widyan.

Selepas pintu dibuka, Daim sama-sama melangkah ke dalam. Widyan semakin kecut. Daim hari ni tak sama Daim dulu. Kenapa dengan dia ni? Dengan selamba aje Daim duduk di atas katil single Widyan.

Semasa Widyan di bilik air, loceng bilik dibunyikan. Jantung Widyan semakin kencang debarannya. Bagai mengerti aje akan ada bala yang bakal jadi seketika nanti. Dia berharap sangat agar Daim pegun di katilnya.

Tapi tidak bagi Daim. Tanpa ada perasaan bersalah atau gugup, Daim membuka pintu. Sepantas kilat jeritan seorang perempuan di muka pintu nyaring berbunyi. Widyan dah agak. Jeritan halus tu milik Surya. Milik roomatenya.

Alamak, satu bala lagi ni..

Daim ni.. tak pernah menyenangkan hidup aku!

3 comments:

Hafia Hana said...

smbung2...
ni mest kes jeles ni

cactaceous opuntia said...

haha...skali ade makhluk asing da dlm bilik...haha

MizaEija said...

selamber badak je si daim neh