Tuesday, August 18, 2009

Ini Hati, Aku Yang Punya 10~ii

Salah bilik, ye ke?

Nisa yang tengah berkemban dengan tuala dari dada ke peha kaku di situ. Matanya yang bulat menjadi semakin bulat. Makhluk apa pulak ni?(Masa ni dia konpius.. nampak orang ke anak gajah..)Sesat? Nak tanya arah? Bukan sini la tempatnya! Dah la aku tengah sexy-mexy niihhh.. Shoh..shoh.. Hee..

Debaran di dada terasa kencang. Anak matanya kini kembali berfungsi setelah dikerdipkan beberapa kali. Fokus Puan Nisa! Fokus! Saat deria penglihatannya berjaya diproses di ‘occipital region’, dia bersuara serentak dengan makhluk yang sedang dihadapnya.

“Kau!”
“Kau!”

Dan, masing-masing menelan liur.

Nisa kembali sedar tentang keadaan dirinya yang boleh diklasifikasikan di bawah ‘18SX’. Ok oww.. Setapak dua dia melangkah ke belakang. Dan dengan pantas dia menolak pintu bilik air lalu bersembunyi di dalam. Maluuu!!!

“Kau keluar!” jerit Nisa dari dalam.

“Apahal pulak? Ni bilik aku!” Hafiz yang sedikit tenang, membetulkan sila di atas katil. Anak matanya melekat pada daun pintu bilik air sambil bibirnya tersengih lebar. Agak terperanjat dengan keadaan Nisa, pada asalnya! Tapi sekarang tak la kut. Tak pernah dia ‘accident’ dengan isterinya dalam keadaan begitu. Walaupun sesekali dia datang ke Indera Mahkota dan bermalam di sana, Nisa pasti akan keluar dari bilik air dengan siap berpakaian selepas mandi. Kadang-kadang pelik jugak. Kita kan suami isteri. Apa yang nak dimalukan?

Oiii, itu engkau yang tak tau malu! Nisa ni lain...
Cis, ada pulak bahagian hatinya yang tolong memperli.

“Ni bilik aku laa!!” Hak mesti dipertahankan. Perjuangan mesti diteruskan! Dan, disebabkan itu, suara Nisa dah kedengaran meninggi. Lupa pada pangkat Hafiz sekarang.

Hafiz dah menggaru kepala. Tiba-tiba aje dia terperasan sesuatu. Sesuatu yang dirasakan sangat sweet! Teringat kata-kata maknya, “Jangan lambat sangat. Nanti terlepas peluang pulak..” Ayat yang kedua tu, hampir tak kedengaran. Tapi telinga Hafiz masih berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, berkat selalu mengorek telinga! Heheheheh...

Peluang apa yang mak maksudkan? Peluang yang ‘ni’? Telunjuknya menuding ke pintu bilik air. Dua tiga saat kemudian selepas dia membuat rumusan, dia menggeleng kepala. Mak..mak.. Idea entah apa-apa la ni.

“Ok. Aku keluar sekejap je. Dalam masa sepuluh minit, aku masuk balik.. Pakai elok-elok sikit ye sayang...” Sengaja bersuara lembut-lembut supaya dapat membeli jiwa Nisa. Harap-harap sejuk la sikit hatinya. Puh kiri, puh kanan. Moga-moga kami terus honeymoon la kat sini!

Nisa di dalam bilik air menghantukkan kepala ke dinding. Anak gajah ni tak habis-habis laa!!

Sepuluh minit berlalu. Hafiz melangkah masuk. Dilihatnya Nisa sudah lengkap berpakaian. Malah siap bertudung! Amboi, ekpresnya!

Hafiz berdehem di muka pintu. Mencari ayat yang sesuai untuk menegur isterinya.

“Takkan dalam bilik pun nak bertudung?” Ok la kut..

“Aku nak keluar la.” Jawapan Nisa dalam nada sedikit kasar. Opss..tak sengaja.

“Nak gi mana?” Hafiz kini dah menapak perlahan ke arah Nisa yang sedang memasukkan barang-barangnya ke dalam beg. Buat penat aje dia mengeluarkan satu persatu isi begnya lalu disusun kemas dalam almari. Kalau tahu la dia akan jumpa Hafiz kat sini, dia lebih rela jadi pengiring studentsnya ke Kota Kinabalu. Fobia flight pun, fobia laa. At least, hati bahagia! Nak balik Kuantan. On the dot! Jawabnya dalam hati.

Eh, tadikan tak sabar nak main air! Ahh, shut up la you, hati!

“Duk ngan mak aku kat bilik yang lagi dekat dengan pantai.” Itu pulak yang keluar? Tadi kata nak balik Kuantan? Hatinya memperli lagi.

“Ooohhh, mak ayah kau pun ada sekali?”

Hafiz tergelak. Terbeliak mata Nisa dengan tindakan suami ‘pencen’nya. Pencen sebulan. Ok la tu. Nisa tak senang hati dengan gelak Hafiz yang ni. Gelak yang meng‘huduh’kan diri sendiri.

“Aku tak tau la kau tau ke tak. Mak bapak aku pun ada kat sini. Aku pun pelik. Bila aku tanya kenapa tiba-tiba nak datang bercuti kat Cherating ni, diorang cakap diorang nak honeymoon..” tutur Hafiz membuka cerita.

“Hah? Mak ayah kau pun ada? Diorang datang honeymoon? Ehh, apasal sama je dialog mak ayah aku dengan mak ayah kau?” Nisa berhenti dari kerjanya. Berkerut dahinya memikirkan kemungkinan adanya unsur-unsur konspirasi antara orang-orang tua dari dua keluarga tu.

Hafiz jungkit bahu. “Kau tau apa yang aku sedang pikir sekarang ni?”

Nisa mengangkat kening. Menunggu sahaja jawapan Hafiz.

“Sebenarnya diorang nak kita yang honeymoon.” Hihihihi..

“Hah??? Gila!” Itu aje yang mampu Nisa luahkan. Mana boleh honeymoon kalau hati tak bahagia? Tak jadi honeymoon namanya tu. Poisonsun ada la. Tak pun, elok sikit, perang teluk!

“Aku agak je.”

Nisa dan Hafiz masing-masing diam sejenak. Berfikir. Tak ada maknanya nak suruh kitorang honeymoon..

“Nisa..aku nak minta maaf..” harap-harap masa ni sesuai untuk mintak maaf lagi.

Huh? Dia dah start balik..

“Dah la Hafiz. Tak ada apa yang perlu dimaafkan.”

“Tapi kau kena maafkan aku. Sampai bila kau nak gantung aku tak bertali ni?”

Eh eh eh... Gantung tak bertali tu? Rasa macam tak kena aje ayatnya..

“Yela. Sampai sekarang kau tak maafkan aku. Dah sebulan kita tak jumpa..” Aku rindu..

“Dah tu? Ada masalah?”

“Mesti laa..”

“Apa masalahnya? Tolong bagitau..”

“Company aku punya family day, kau tak ada. Jenuh aku nak jawab! Pastu Aida pun semacam aje dengan aku..”

Padan muka! Gatal sangat. Macam dah takde tempat lain nak berpeluk! Ee, tak sanggup nak ingat balik. Sebaik sahaja Aida membukakan pintu bilik Hafiz pada hari malang tersebut, apa yang dilihat sangat ‘menakutkan’. Mual! Ema dan Hafiz berpelukan. Jee. Tapi hati bini mana la yang tak rasa apa-apa bila tengok laki dia best-best dipeluk oleh pompuan lain. Tak ingat dosa pahala ke hape?

Daripada ayat kat atas tu, isunya sekarang, Nisa bukanlah marah pada Hafiz. Tapi pada Ema. Sesuka hati dia aje nak peluk hubby orang yang hensem tu. Tapi bila Hafiz terbuka cerita sebab musabab dia berkahwin dengan Nisa.. terus dia jadi marah. Plus sedih..Huhuhu.. Terasa diri ini hanya sandaran semata-mata. Ooo, maknanya..bila Ema dah berhenti dari mengganggu Hafiz, aku ni bakal ditinggalkan di tepi jalan agaknya!

Yeke?

Mintak jauh, Ya Allah..

15 comments:

Anonymous said...

1ST KOMEN!!!!
BLE NAK ABIS NI....
X SABO NAK TAU HEPI ENDINGNYE CAMNE...
CPT2 EK...:)

Hafia Hana said...

ha..ha...

mcm dah fall in loe je bdk b'dua nehh!!!!~

Che Sue said...

nisa masih x dpt trima lg ker explanation yg hafiz dah bg tuh..?
sian dier...

so hafiz kena la berusaha lg tuk memenangi hati nisa yg sah2 dah terguris tu...
huhuhu~~tp sweet sanagt dorg berdua tuh kan!

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
hafiz,,tackle la lgi..
huhu..
bg dorang honeymoon la..asyik gado je..
ekekee..
cpt2 smbung2..

bidadari cinta said...

tak sbr nak tau..bile diorg nak honeymoon betul2 ni..?
sian kat nisa..hafiz pun jgn la ego sgt..!

Anonymous said...

haha cepatlah hafiz tackle balik nisa ;)

misz nana said...

Usaha lebih gigih lagi Hafiz..
Hehehe..

kapten said...

Salam..zuraimi, citer nie ko buat sendiri ker? naper aku cari dalam tenet xder pun citer nie? ker aku salah taip tajuk? Aku baca chapter 10 mcm menarik...citer nie...hehe..

kapten said...

memang best la novel ko nie zuraime...tertarik plak aku untuk mengikuti nyer.. episod yang 10-i xder ker?

kapten said...

tapi aku tengok kesian pulak dekat si hafiz tue...huhuhu..sabar hafiz sabar..

ha-ra said...

la...
igt kna da stle hal 2 kt n3 nie...
lmbt agi ke??
huhuhu

zuezakry said...

kapten, cerita aku la.. ooo aku lum update kat tepi dia tu.. nanti la kap lagi aku buat ek.

dah nak setel dah sume. dont worry be happy :)

p/s: kapten, bila ko nak anta tesis?

kapten said...

thesis? hehe aku tengah tulis skrg start bab 3. Sedang boring2 saja jer aku baca blog hang..habis petang semalam aku khatam cerpen nie...tak jadi writing thesis..hehe. Tapi ko memang berbakat tulis cerpen, aku rasa kalau setakat nak tulis thesis tue bg ko mesti xder problem kan...heheh. Apa pun teruskan usaha hang..nanti aku promote cerpen ko..

aqilah said...

best apa cite ni, peluang untuk muncul di arena ini ada, cuma perlukan kesabaran dan lebihkan usaha. All the best!!!!!!!

the apple of my eye said...

saya ada hantar awak e-mail. harap sangat awak sudi baca