Thursday, February 19, 2009

Kisah Di Hati 14

Azman mundar-mandir di dalam ofisnya. Surat arahan itu dipandang berulang kali. Dia tidak kisah. Betul-betul tak kisah sekiranya dia dihantar ke situ. Tapi, jangka masa itu sangat panjang. Bagaimana dengan Aliah? Siapa nak tolong tengokkan dia? Mereka hanya dua beradik sahaja. Memang tak ada saudara mara lain lagi dah. Unless..

“Kam, kau free tak tengahari ni?”

“Aku ada meeting dengan klien pukul 12. Mungkin terus lunch kot. Kenapa Man? Ada hal yang tak setel ke?” Kamil di bilik sebelah mengerling jam di dinding. Baru pukul 10. Ada masa lagi kalau Azman nak jumpa dia pun..

“Hmm, aku ada hal sikit. Tapi, takpe laa. Lain kali je bincang balik. Tapi Kam, aku… hish, macam mana aku nak terangkan kat kau ni?” Azman mengeluh. Memikirkan apa reaksi Kamil nanti sekiranya perkara itu dibincangkan. Keterlaluan sangat ke…

“Kau ni kenapa, Man? Macam kenal aku baru sehari pulak. Cakap jelah. Aku kira free jugak la sekarang.”

“Macam ni, tapi sebelum tu aku mintak maaf tau. Aku dapat surat ni..."
Panjang lebar Azman bercerita. Kamil hanya diam mendengar. Diam tidak menyampuk. Entah. Terus-terang dia katakan, dia sendiri tak pasti…

No comments: