Tuesday, March 17, 2009

Kisah Di Hati 27

Dia sedang berehat di biliknya ketika itu. Menyelesaikan beberapa tugas yang ditinggalkan Azman sebelum ke Dubai sebulan yang lalu. Sibuk meneliti beberapa kertas kerja, handset di sebelah berbunyi nyaring. Melihatkan nama si pemanggil, dia mengukir senyum. Rindula tu.. Alhamdulilah, di sangat bersyukur kerana sejak akhir-akhir ini, hubungan mereka dah bertambah baik.

“Assalamualaikum. Hai..” Dia memberi salam dan menyapa. “Waalaikummussalam. Tengah buat apa? Lia kacau ke?” Kedengaran lembut suara di hujung sana menjawab.

“Ermm, ada kerja sikit.. Tak de ganggu pun. Nape Lia? Rindu?” Sekarang dia dah berani mengusik. Bercanda dengan si tunang di sana. Manakala orang di hujung talian hanya mencebik. Dah faham sikit-sikit perangai si tunang yang kat sinun..

“Rindu-rindu tak main ek.. Lia ada hal sikit nak tanya and nak minta tolong la…” Baik straigt to the point. Tak de la kredit membazir begitu sahaja.

“Hmm, apa dia?”
“Lia ada participated dalam satu conference ni. Isnin dan Selasa depan kat KL. Lia ingat nak ke KL awal sikit. Sabtu ke. Lia nak mintak tolong awak tunjukkan tempatnya.. ”

“Ok, no problem. Kat mana?” Dia bertanya.
“Equatorial Hotel..”

“Ohh.. senang je tu. So, Lia stay mana nanti?” Satu lagi soalan.
“Rumah abang je rasanya. Malas nak stay hotel. Lagipun, dah lama tak jenguk rumah abang..”

“Ermm.. Ok jugak tu. So, Lia datang Sabtu nanti terus pergi rumah Azman atau Lia nak singgah rumah I dulu?” Lagi pertanyaan..
“Tengok keadaan. Kalau Lia sampai dah lewat malam sangat, Lia terus balik rumah abang. Kalau awal lagi, boleh la singgah rumah awak dulu..”

“Orait. Tak de masalah.. Lia nak drive ke macam mana?” Last..
“Lia naik bas je. Senang sikit kut. Dah dekat dengan LRT.”

Setelah berbual beberapa patah perkataan lagi, talian diputuskan. Kamil tersenyum sambil memandang handset di tangan. Sempat dia berbisik memanggil nama Aliah. Arghh, sudah..sudah.

Dia kembali menatap kertas-kertas yang sedikit berselerak di atas meja. Baru beberapa baris ayat dibaca, dia tersenyum lagi.. Masih kurang percaya gadis itu kini bersamanya. Walau masih belum sah menjadi haknya, namun dia berdoa semoga jodoh mereka berpanjangan..


“Aku dapat surat ni. Dihantar ke Dubai. Pasal construction kat sana. Abah kau suruh aku pergi supervise..”

“So, apa masalahnya? Ok la tu. Dapat peluang gi sana. Sape lagi yang Abah hantar?”

“Team yang pergi Sarawak dulu..”

“Ohh. Dah tu yang penting sangat ni apanya?”

“Kam. Kau dengar elok-elok ye. Aku tak paksa kau. Tapi aku berharap sangat..”

“Amboi.. aku nak dengar pun takut. Awatnya ni?”

“Pasal Lia... Aku kena stay dua tahun kat sana. Ikut kata surat ni la, kan..” Lambat-lambat Azman menjawab.

“So?”

“Kau pun tahu.. Kami hanya dua beradik je kat dunia ni. Dah tak de sedara mara lain. So, Kam.. aku harap kau dapat tengok-tengokkan adik aku tu. Jaga dia sementara aku tak de kat sini..”

“Setakat tengok-tengok tak ada masalah la.. Apa pulak kau nak risau?” Kamil gelak. Itu je..

“Memang la aku risau. Aku nak tanya kau sungguh-sungguh ni.. Kau sayangkan dia kan?”

“Memang la aku sayang. Tapi dia kan dah reject aku dulu..”

“Kam..kau kena tolong aku. Lia tu setiap dua minggu sekali dia pasti balik rumah aku. Dia memang macam tu sejak dari degree lagi. Sebab kami tak pernah duk jauh. Itu pun kalau boleh, tiap-tiap minggu nak balik..”

“So, apa kena-mengenanya dengan aku?”

“Kau gantikan tempat aku jadi abang dia untuk dua tahun. Boleh?”

“Eh, gila! Aku mana boleh Man. Dia adik kau, kan?”

“Kau ni, aku tak habis cerita lagi la.. Aku minta kau masuk meminang dia.”

“Man!! Kau tak ingat ke yang aku ni pernah kena reject?”

“Aku tau. Tapi kau sayang dia kan? Kau tolong la aku ye..”

Permintaan Azman yang sangat tak munasabah. Bagi Kamil, dia tak ada masalah. Sebab dia memang sukakan Aliah. Aliah cinta pertamanya. Cuma, dia risau dengan jawapan Aliah. Kalau dulu dia dah tolak, apatah lagi sekarang. Dan jawapannya pada masa itu..

“Kau kena tanya Lia, Man.. Dia tuan punya badan.. Aku ikut saja keputusannya nanti.”

“Pasal Lia, kau jangan risau. Aku akan uruskan. Thanks Kam.”


Siapa sangka, kan? Aliah menerimanya dalam terpaksa. Tapi tak kisahla.. sebab sekarang nampaknya Aliah dah mula belajar menerima dirinya sebagai bakal teman hidup..

5 comments:

Hafia Hana said...

hu..h.u..

nak lg..x sbr nk tgk dia btol2 fal in love kt si kam nehh?

Hafia Hana said...

kak cepat ckit upload ehh...

x sbr nk bace next n3!

zuezakry said...

ifah..cite ni dah nak habis dah pun. tak lama dah ;)

akimsensei said...

haha, bukan aku yg tulis la zu. ni kutip dari novel chef by zul desa. kan aku dh p/s kt bawah tu. rooftop rant baru baca setengah kt blog hlovate. igt nk gi beli kt minerva ahad nak mai ni. weh, hg still buat master kt utm ka? abis aug ni ek? pandai hg mengarang, aku baru nk start baca..

zuezakry said...

kau nak tau tak akimsensei.. aku ade beli tau RR dengan JS. online la gtu.. hampeh tul posmen.. entah mana dia letak. slh rumah ke hape ke.. tapi, bgus tak bgusnya JS ni, dia ganti balik buku tu.. eheh..mmg tabik la kat dia.tp lum bc baca la lagi. buku tu kat kuantan. hehe..
haa..ngaji lagi ni.. bukan ogos, mgkin dec la..hehe.