Saturday, April 5, 2014

My Suami, MINE -END-

"Maksu, Ain minta maaf...."

Akhirnya, dia kembali!

Ain memeluk erat tubuh maksu. Terhinjut-hinjut dia menangis di bahu maksu melepaskan kerinduan. Sudah lapan tahun dia berjumpa dengan wanita dan keluarga yang membesarkan dia.  Semasa di rumah tok wan minggu lepas, dia sudah berbincang dari hati ke hati dengan Amar. Lelaki itu mahu mulakan hidup baru dengan Ain. Tetapi bagi Ain, dia akan buat keputusan setelah Amar menuruti syaratnya.

Syaratnya, sebelum Ain buat keputusan, kena balik Melaka dulu.

"Ain, Ain... Apalah nasib Ain ni. Maksu ingatkan Ain bahagia. Maafkan maksu ya sebab dah lepaskan Ain pergi. Kalau maksu tahu Ain terseksa, maksu tak benarkan Ain kahwin. Maksu minta maaf banyak-banyak."

"Semua dah jadi, maksu. Ain ok. Ada hikmah semuanya ni..."

Berjam-jam mereka di dalam bilik. Ain ceritakan semuanya kepada maksu. Tiada satu pun yang disembunyikan. Memang maksu rasa bersalah sangat. Pada masa pinangan itu datang, memang maksu rasa ada yang tak kena. Ain bukannya gadis yang hidup pada zaman dulu yang mana pasangan hidup orang tua pilihkan. Tetapi mengingatkan kesungguhan orang tua Amar yang datang pada hari itu, maksu rasakan mereka benar-benar ikhlas terutama sekali bakal suami Ain. Rupa-rupanya ada agenda yang tersembunyi. Kasihan sungguh anak saudaranya yang malang ini.

"Jadi, sekarang Ain macam mana?" tanya maksu.

"Ain sayangkan dia maksu. Dia suami Ain. Ain tak ada niat nak berpisah dengan dia. Cuma pada hari Ain lari tu, Ain rasa sedih sangat. Ain rasa sabar Ain dah hilang. Ain buat keputusan tanpa fikir panjang maksu. Ain pernah cakap pada diri sendiri, kalau dia datang cari Ain, Ain akan terima semua keputusan dia. Ingatkan dia datang cari Ain untuk lepaskan Ain, tapi dia nak mulakan hubungan baru...." jelas Ain.

"Maksu doakan Ain bahagia. Kalau ada masalah, datang cari maksu. Jangan lari jauh-jauh lagi."

Ain memeluk maksu lagi. Matanya masih basah.

~~~~~~END~~~~~~~

p/s: Oke. Ini adalah cerita entah hape2. Arghhh, tak layak buat cerpen. Die! Die!

8 comments:

NickheRe said...

jgn end lgi pliss...x puas ati ag ngan Amar..


hasiza bt abdullah said...

ending dia tak lengkap lah. ain balik tak dengan amar. apa syarat ain.

IVORYGINGER said...

betul2x mn lengkap lg... sila samb. lg plz

Kak Sue said...

janganlah macam ni... x puas lagi... macamna dgn Amar... tentu nenek dia ada cakap apa-apa... dan kenapa Amar boleh jadi baik sangattt... huraikan lah sikit .....

Unknown said...

mcm.... tiba2xx ending.... xbest bnyk yg tak terungkai... tlalu pantas sngt2xx.... harap baiki lagi... kalu mahu bjaya.... tq n sorry kalu trasa...

onda said...

Alaaa..xkan abih cenggitu ja? Lama tunggu ni...huhu....

onda said...

Alaaa..xkan abih cenggitu ja? Lama tunggu ni...huhu....

zuezakry said...

pembaca yang dikasihi,
eh serius saya tak perasan komen2 anda di sini.
ni baru tengok, ish..ish..
haah kan cerita ni tak tahu la kona baring macam mana.. tahu2 dah habis. sorry ya. nnt ada masa, si ain buat comeback.

tq NickheRe, hasiza bt abdullah, IVORYGINGER, kak sue, wella age dan onda :P