Tuesday, June 23, 2009

Kisah Di Hati ~ Terakhir

Pintu bilik ditolak. Aliah segera menerpa katil dan tilamnya yang dirindui. Dah seminggu kat rumah mertua, baru boleh balik rumah abangnya. Lagipun memang takdek sape kat apartment tu. Azman dah lama pindah duduk rumah sewa Kak Mawar sebelum berpindah ke rumah baru mereka bulan depan.

Kamil turut landing di sebelah isterinya. Nafasnya dihembus kuat-kuat. Penat! Dia memandang isterinya di sebelah yang sedang menggomol bantal busuk. Amboi, sayang bantal lebih nampak? Dengan penuh perasaan dengki dan iri hati, bantal yang dipeluk oleh Aliah dirampas dan dilempar ke depan muka pintu.

“Ehh..bantal Lia!!” Jeritan Aliah tak dihiraukan. Kamil hanya sengih lalu merangkul kemas pinggang isterinya. “Oo, jumpa bantal, buat-buat tak nampak suami ye?” Mendengarkan jawapan Kamil, Aliah senyum. Bahagia. Ok la walaupun jeles Kamil tak bertempat!

Masa duk romantik-romantik dengan Aliah, Kamil teringat sesuatu, “Lia, I nak tunjukkan sesuatu pada Lia..” Kamil mendapatkan dompetnya di poket belakang. Dah lama dia nak bagitau Aliah pasal perkara ni. Tapi asyik lupa saja. Sekarang, kebetulan..free, kan..

“Apa dia?”

“Cuba tengok gambar ni..” Sekeping gambar bersaiz 1R dikeluarkan dari dompet lalu dihulur kepada ALiah. Melihatkan gambar itu, Aliah terus bangun. Gugup dan terperanjat. Maunya tak? Gambar ..

“Kenapa..kenapa dengan budak ni?” Soalan Aliah dibiarkan seketika. Kamil mengambil masa menyusun kata, “Lia tau tak, dulu masa I dengan Kujik jual goreng pisang kat tasik kan, budak ni selalu lepak dengan kawan-kawan dia kat satu bangku tak jauh dari gerai kitorang. I tengok dia ni tak la secantik kawan-kawan dia yang lagi dua orang tu. Dia ni biasa-biasa je, tapi comel. I nak bagitau satu rahsia kat Lia… ” Kamil senyum. Sudah tiba masanya untuk berkongsi dengan Aliah.

Gulp. Terasa pahit untuk Aliah menelan air liur. Rahsia apa la pulak kali ni? Cukup la dulu dia dah tau yang suaminya adalah Alinya dulu. Sekarang, entah apa yang bakal dikatakan oleh Kamil mengenai budak di dalam gambar tersebut.

“Lia tau tak, I tak pernah berkenalan pun dengan dia. Gambar ni I snap masa dia tengah lepak sorang-sorang lepas kawan-kawan dia pegi mana entah.. I suka tengok dia sebab dia ni ada satu habit yang buat I suka tengok dia..” Kamil terus membuka hikayat.

Jeng..jeng..jeng.. “Apa yang awak suka pasal dia?” Aliah berlagak biasa. Teringin sangat nak tahu kisah di hati suaminya. Mana la tau yang mereka berkongsi rasa yang sama, kan?

“Entah ye. Tiap kali dia raup muka dia, dia nampak cute sangat. Tak tau la kenapa I boleh suka dia dengan sebab itu aje.. ” Hehehe..Kamil ketawa geli hati.

“So, awak tegur dia? Cuba berkawan dengan dia?”
“Tak.. ”

“Hermm…”
“Tu la. Sebenarnya I dah lama lupa pasal budak ni. Tapi tiba-tiba teringat pulak..”

“Teringat? Awak ada jumpa dia ke?”
“Bukan itu maksud I. Memang I tak jumpa dia. Even muka dia pun I tak ingat and tak tahu macam mana. Gambar ni snap dari sisi je. I jadi teringat kat dia kalau I tengok Lia tutup muka.. I don’t know. But your style and her.. macam misteri aja..” Kamil memandang Aliah. Awat merah semacam dah muka bini aku ni?

“Maksud awak?” Aliah masih lagi dengan selambanya yang dibuat-buat.
“Herm..biasanya orang lain kalau malu ke hape ke.. bila time nak tutup muka dia akan buat macam ni..” Kamil menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Posisinya macam selalu orang lain buat, iaitu kesepuluh jari akan tegak ke atas. Hujung jari mengenai dahi. “Tapi.. budak ni tutup muka dia macam ni…” Kamil memusingkan tangannya 90 darjah. Hujung jari kanan mengenai pipi kiri manakala hujung jari tangan kiri mengenai pipi kanan. “Which is gaya korang sangat sama. Yang peliknya, I cuma jumpa dua orang sahaja yang buat macam tu..”

“So, apa kesimpulan awak?” Aliah dah tersenyum. Suamiku..
“I tak tau.. Just musykil tau..”

“Ooo, entah-entah awak beria-ia sangat nak kawen dengan Lia pasal budak perempuan tu kot? Awak rasa Lia sangat mirip dengan dia.. Sebenarnya awak bukanlah sayang kan Lia.. kan? Awak cuma..” Berlakon jom..

“Lia.. please. Jangan salah sangka tau. I simpan ni dah lama. I just nak kongsi dengan seseorang. Lia dah jadi isteri I.. Buat apa I nak cari dia pulak.. I tak tahu la macam mana nak cakap ek. Curious. Why you and her?

ALiah diam. Adakah ini masanya yang paling sesuai untuk membuka segala rahsia hati?

“Awak, Lia pun,have something to show u..” Aliah bergerak ke arah cabinet di penjuru bilik. Dia mencapai sesuatu. Selepas itu, dibawa ke katil tempat Kamil sedang berbaring sambil menatap gambar budak perempuan tadi.

“Lia nak tunjukkan ni.. Awak tengok dulu ek. Lia nak gi dapur jap. Nak tengok apa-apa yang boleh dimakan..” Aliah berlalu dengan senyum yang meleret. Harap-harap, Kamil menjumpai jawapan bagi curiousity-nya tadi..

Kamil membiarkan album gambar di sisinya. Beberapa saat kemudian, dia mengiringkan badan lalu album lama tadi dicapai. Membelek sambil lewa. Di depan album tersebut, tertulis ‘Kenangan Terindah 1996-2000’. 'Oo, zaman Lia sekolah menengah..'
Gambar yang terakam di situ menunjukkan gambar Aliah dan Azman di taman sekolah. Berpelukan. Amboi, tau la dua beradik aja.. Manjanya mengalahkan orang bercinta..
Album tadi dibelek-belek lagi. Sehinggalah mata Kamil terpaku pada gambar tiga sekawan yang sedang bergelak ketawa di sebuah tasik dengan buku rujukan di tangan masing-masing. Macam familiar saja scene ni.. Tasik ni..

Dia membelek lagi. Sampai la ke satu gambar di mana..

“Liaaa!!” dia menjerit kuat. Hampir luruh jantungnya dari tangkai. Aliah di dapur hanya tersenyum penuh mesra. Setitis dua air mata kini mengalir tanpa izin.. Kamil berlari ke dapur mendapatkan Aliah.

“Liaa.. betul ke?”
“Apa yang betulnya?”
“Lia.. pleasa. Lia tau apa yang I maksudkan, kan?”

Aliah memandang sesuatu di tangan Kamil. Mesti la gambar Kujik yang sedang diapit oleh dua kawannya dulu, Suriani dan Nurul. Pastilah Kamil tau yang selama ini orang yang dimaksudkan adalah isterinya sendiri. Kalau tak, takkan la Kujik yang masa tu masih gemuk padat bergambar di samping kawan-kawan Aliah. Of coursela jurugambar bagi gambar tersebut adalah Aliah! Logik, kan?

“So?”
“Betulkan?”
“Kalau betul kenapa, kalau salah kenapa?” Provoke..provoke..

“Kalau salah tak ada la apa-apa pun. kalau betul pun tak ada apa-apa.. Sebab I dah ada Lia sebagai isteri I..”

“Herm, kalau gitu, tak payah la Lia jawab. Jom, minum.. Ni aje yang ada.” Aliah menatang dulang berisi dua cawan air teh dan biskut marie.

“Tapi Lia, bagitau la.. Gambar Lia kan yang I snap ni?” Tetap jugak tak berpuas hati selagi Aliah tak berterus terang dengan dia.. Tapi hati dah memang sahkan Aliah adalah ‘si comel’nya. Si comel yang telah menyelamatkannya dari ganggu-godaan Si Eja dulu.

“Awak ingat lagi tak yang awak pernah tanya Lia dulu. Kenapa dua belas tahun? Ada apa dengan dua belas tahun tu?”

“Jawapannya?”

“Sebab, masa tu Lia masih pegang kata-kata seseorang. Ada la dua orang lelaki ni bukak gerai pisang goreng. Sorang gemuk, sorang kurus. Lia suka kat abang kurus ni sebab tak tersengaja ternampak dia hadiahkan belon kat seorang adik…”

“Iqbal..” Lirih suara Kamil. Lia..

“Jap la tak habis cerita lagi..” Kamil diam. Aliah meneruskan cerita, “Ada suatu hari tu, Lia teringin sangat nak rasa pisang goreng diorang. Lia pun pegila. Hajatnya nak membeli la kan. Tapi tiba-tiba aje ada sorang abang ni tengah dukung baby datang. Lia bagi laluan dulu. Sebab ingat nak ‘berkenalan’ jugak dengan abang kurus tu..Kalau ada customer malu la nak lama-lama kat situ, kan. Last-last Lia tak jadi nak gi beli sebab dah terdengar sesuatu yang buat Lia malu. Masa tu abang gemuk tanya kat abang kurus bila nak dapat anak. Then abang kurus tu jawab lagi dua belas tahun.. Lia pegang kata-kata tu dengan harapan dua belas tahun kemudian Lia dapat jumpa dia, dan dia pilih Lia..” Aliah terhenti di situ. Dia ketawa. Memang perasan!

“Dan, memang betul pun yang abang kurus tu pilih Lia..” Akhirnya, tamat jua cerita Aliah. Dia memandang Kamil yang diam tak berkutik memasang telinga.

“Lia..” Adui, aku speechless. Kebetulan ke ni?

“Eh awak ni.. Ada nafas lagi ke tak?”

“Lia ni, soklan apa tu?” Aliah gelak. “Lia, andai kata la, kan. Hari yang masa Lia nak beli pisang goreng tu, Lia dapat peluang untuk berkenalan dengan I, Lia nak panggil I apa?”

“Hermm, mestila panggil ‘abang’. Sebab Lia rasa dia dah tua..”

“Kalau gitu, Lia panggil I, abang laa.. Boleh?”

“Abang.. gitu?” Satu nada.

“Manja la sikit..”

Aliah memanggil Kamil dengan panggilan ‘abang’. Mereka ketawa sama-sama.. Masing-masing tak sangka yang jodoh mereka bermula sejak awal lagi. Aduhai, cerita ni mungkin satu dalam seribu.

"Macam mana Kujik boleh bergambar dengan korang ek?" Satu soalan tiba-tiba keluar dari mulut Kamil. Sebenarnya dia tak puas hati. Dengki. "Abang yang hensem bergaya ni masa tu gi mana eh?"

Aliah ketawa. Part tu, biar la rahsia. Hihihihihi... ;)

p/s: memang rekaan penuh khayalan..

7 comments:

comei said...

hihihi
sweet
rindu dgn meka ni terubat
thanks kak

Unknown said...

wahhh bestnyer
xsangka kan..kalau da jodoh..hehehe xsabar ni enk tgu n3 paling akhir ..tq akak sbb memahami perasaan kiteowg..hehe

kaknOOr said...

TQ ada sambungan sikit kisah lia and ali kamil he he he

Anonymous said...

haha sweet terlampau la dorg ni ;)

Bulanhijau said...

sweet bangat nih..

zuezakry said...
This comment has been removed by the author.
misz nana said...

Ingatkan dah abes..
Ada lg PALING AKHIR rupanya..
Hehehe..

Akak, upload cpt tau.. Hee..