Thursday, February 19, 2009

Kisah Di Hati 15

‘Aqilah, I lupa nak inform u that I kena attend seminar @ KL next week. And, I sepatutnya jaga lab on Tues & Wed, so, could u please gantikan tempat I? 1 week tau I tak ada.’

SMS dari Dr. Faridah dibaca sekilas.
‘Orait Dr.. No hal’. Terus butang send ditekan. Pen ditangan segera membuat catatan ke dalam planner. Kang lupa! Dah la sekarang ni serba-serbi rasa tak kena. Kenapa agaknya?

Suasana di dalam makmal hari itu agak lengang. Hanya ada beberapa orang sahaja yang sedang tekun menghadap osiloskop, protoboard dan computer. Juruteknik di bahagian depan pula sedang ‘sabar’ melayan karenah pelajar. Nak pinjam itu ini. Maklum saja lah. Tersenyum Aliah melihat gelagat mereka.

Aliah masih lagi membelek-belek buku programmingnya yang tebal itu. Matanya masih terpaku pada muka surat yang sama. Dari tadi dia cuba memberi perhatian terhadap apa yang sedang dibaca. Tapi dalam hati, entah kenapa geloranya tak seperti selalu. Debarannya pula mengalahkan pasangan yang bakal akad nikah malam ni saja.

‘Abang.. Sesuatu jadi kat abang ke?’ Di hati terlintas perasaan sebegitu. Ish, minta jauh. Aliah melihat jam di tangan. Hampir ke angka 11. Dia mencapai handset di dalam porch. Niat di hati nak telefon Azman, nak selidik kot-kot la apa jadi..

Belum sempat mendail, handsetnya terlebih dahulu berdering. Tertera nama Azman..

“Assalamualaikum, abang..” Aliah menyapa.

“Waalaikummussalam, Lia.. Lia kat mana sekarang?” Nada Azman seperti biasa setiap kali dia menghubungi Aliah. Lega Aliah mendengar suara abangnya. Nampak gaya macam tak ada apa-apa yang jadi…

“Lia kat lab la abang. Kat mana lagi? Kenapa abang tanya?”

“Ooo ye? Hmm, Lia. Abang nak bagitau something ni. Jangan terkejut pulak.”

“Abang tak bagitau macam mana Lia nak terkejut. Apa dia?”

“Lepas Jumaat nanti, abang bertolak ke JB tau. Ada kerja sikit. Nanti abang tumpang rumah Lia..”

“Laa, itu je. Ingatkan apa la tadi. Abang ni, macam tak biasa je duk rumah tu..” Aliah tergelak kecil. Tapi dia tak tahu...

“Kam sekali…”

Haaaahhh?!!! Apa dia, cuba ulang sekali lagi? Kata-kata itu tersekat di kerongkong. Terkedu Aliah seketika. Memang terkejut sangat-sangat.

“Berapa hari?” Suara Aliah mengendur. Nak kata tak boleh karang, rumah tu walaupun aku duduk, tapi abang yang bayarkan sewa.. Macam mana?

“Ahad baru balik KL balik. Nanti kemas la apa yang patut ye. Kami sampai dalam pukul 8 gitu. Kita dinner sama nanti.”

Aliah termenung. Tak pernah-pernah.. Nampak gaya, memang ada apa-apa yang akan terjadi… Ternyata hipotesisnya tadi salah. Absolutely!!

No comments: