Friday, March 18, 2011

JTO~3

Dari satu design ke satu design dia pegang. Banyak sangat yang cantik. Entah mana satu bakal jadi pilihan hati. Dia memang macam tu. Tak pernah nak pegang kata-kata atok nenek moyang alah membeli menang memakai. Bagi dia, yang penting ringgit Malaysia.

Akhirnya, matanya tajam merenung sesuatu. Ya, itu la yang bakal jadi pilihan hati.

“Pakcik, bagi saya yang tu!”

~~~

Widyan bergaya dengan jam baru hari ni. Baju kurung Pahang berwarna hitam kelabu sangat padan dengan kulitnya yang cerah. Kontra antara pakaian dan jam yang baru dibeli bagai menonjolkan lagi penampilannya hari ni.

Surya menyinggah ke ofis Widyan. Kelihatan temannya itu sedang sibuk mencari sesuatu di dalam laci meja. Tanpa dipelawa Surya telah pun duduk di hadapan Widyan. “Kau cari apa?” Dia menegur. Widyan yang sudah perasan dengan kehadiran Surya segera menutup laci.

“Ada satu fail pasal calon-calon yang nak datang interview. Entah mana pulak aku campak..”
Widyan mencari di cabinet pula. Tangannya yang digawang-gawang telah menarik perhatian Surya.

"Makcik striking!" Surya menggelengkan kepala. Keduan tapak tangannya dibawa ke mata. Apa la nak jadi pada budak ni. Tak pernah dia jumpa dengan orang yang serupa macam orang tu.

"Jam baru." Bagai mengerti sahaja Surya menujukan ayat itu untuk jam barunya. Dia ketawa dan kemudian menyambung, “Semalamkan ada pasar malam kat taman tu.”

"Uuu.." Itu sahajalah yang dia mampu ucapkan. “Berapa pulak yang ni?”

"Kali ni tak macam selalu. 20 ringgit." Segera jari telunjuk dan jari hantu ditegakkan.

"Mahal tu.." Surya menopang dagu. Kawannya ni, kut la gaji dua tiga ribu. Nak belanja dalam seratus aje untuk jam tak boleh ke? Beli la yang elok sikit. Yang tahan lasak. Ni tak, jam pasar malam aje lah kesukaan dia.

Widyan pula hanya sengih. Bangga dengan diri sendiri yang sentiasa bertukar jam baru. Alah, dia tak kisah. Surya dah banyak kali bising. Asyik-asyik jam dia aje yang mati. Susah nak tepati masa. Pernah sekali Surya bagitau nak hadiahkan dia jam pada hari jadinya nanti, tapi dia tak mau. Balas Widyan, dia nak tunggu seseorang yang hadiahkan. Special punya.

~~~

Jam di tangan di pandang lama. Lagi lima minit ke pukul dua. Selepas lunch bersama Surya tadi, dia tergesa-gesa balik ke ofis. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum dia bercuti. Surya yang baru tahu tentang cutinya ternyata terkejut.

“Seminggu Nab? Kau nak pergi mana?”

Widyan hanya mampu senyum. Dia tak mampu nak terangkan pada Surya. Walaupun Surya tu kawan baiknya, dia yakin Surya takkan faham dengan masalah yang dihadapi. Tak siapa tahu dia tunangan orang. Dan tak siapa tahu apa di hatinya.

Dia kenal Daim sebagai anak majikannya. Kalau cakap bekas majikan lagi tepat, kut. Sungguh, dia takde niat langsung nak masuk campur urusan mereka sekeluarga. Di saat Puan Aishah memintanya menghantar beberapa jenis kuih ke rumah, sebab katanya ada majlis sikit, dia yang sebagai pekerja hanya menurut. Tanpa sedar, takdir hidupnya 183 darjah telah berubah.

Dia tak tahu kenapa dia yang terpilih. Sedangkan orang yang sepatutnya bergandingan dengan Daim jauh lebih baik. Memang terbaikk! Tapi tulahh, sampai ke hari ni dia masih tak dapat jawapan dari Daim.

Setelah cincin disarung ke jari, Daim segera menarik dia keluar. Merah tangannya diseret begitu. Masuk ke dalam kereta Daim, dia terus dibawa pergi.

“Sorry. Aku takde niat nak buat Widyan macam tu.” Daim bersuara setelah menjeling Widyan di sebelah yang sedang mengusap tangannya sendiri.

“Apa dah jadi sebenarnya? Kenapa?”

“Nanti aku terangkan.”

Daim memberhentikan kereta di depan restoren mamanya. Widyan turun. Belum sempat cakap apa-apa, Daim dah memecut pergi.

“Oit, cincin ni nak bagi sape?” Widyan melaung dengan kuat sambil melambai tangannya.

3 comments:

WITHOUT A SOUND said...

kejam nya Daim..huhuh

sinichies_girl88 said...

hope daim jumpa widyan...
pastu dapat teruskan hubungan yang terjalin...
heheheh
macam sweet couple je diaorang heheh
sambung lagi...
:)

MizaEija said...

hadoiyai..k0mpom blur widyan tu