Friday, February 20, 2015

STUPIDO IMPIANA ~3~

Pada malam itu, aku dan Rin pakat-pakat malas untuk masak untuk makan malam. Kami setuju untuk makan di luar sambil cuci mata apa yang patut. Rin cakap dia pun ada benda yang perlu dibeli. Kebetulan aku pun nak cari sesuatu.

Rin memandu keretanya ke basement parking. Sebelum naik ke tingkat 1, Rin ajak aku makan ais krim dulu di tingkat bawah. Disebabkan dia yang nak belanja, aku on ajelah! Tingkat bawah ni sekali dengan parking tu. Pada masa kami lalu di sebelah kedai kain, ternampak sebuah kereta dengan bonet depan terangkat. Mungkin ada masalah. Aku nampak seorang pakcik sedang bercakap dengan seseorang dalam telefon. Kemudian ada makcik tersandar keletihan di badan kereta.

Rin dan aku saling berpandangan. Bagai mengerti kata hati masing-masing, laju langkah kami menuju ke arah kereta tersebut.

"Assalamualaikum, pakcik." Saat aku menyapa pakcik, dia sudah pun mematikan talian telefon.

"Waalaikummussalam."

"Ada masalah ke ni?"

"Tak boleh hidup. Bateri agaknya ni."

"Minyak ada?" tanya Rin.

"Tiga bar lagi."

"Bateri la kut. Kami ada jumper kalau pakcik nak. Nanti saya pergi ambil." Aku minta kunci kereta dari Rin.

"Terima kasih la banyak-banyak. Pakcik dah telefon anak. Dalam 10 minit lagi sampai."

"Tak apa. Biar kami tolong mana yang mampu. Saya tengok makcik pun penat ni.."

Makcik senyum.

"Dia demam sikit. Ingat nak datang shopping barang dapur la sikit kat sini. Elok aje nak masuk, dia dah mengadu macam nak pitam. Tu yang patah balik. Tiba-tiba kereta tak boleh start pula."

Aku pandu kereta Rin yang diparkir tidak jauh dari kereta pakcik. Kebetulan sebelah kereta pakcik kosong, terus aku berhenti di situ. Aku matikan enjin kereta Rin dan tarik picu untuk buka bonet depan. Jumper aku sambungkan dari bateri kereta Rin ke bateri kereta pakcik.

Macam terror sangat aku ni, kan?

Rin masuk kereta dan hidupkan enjin keretanya.

Tak lama kemudian, setelah beberapa kali mencuba, kereta pakcik dah boleh hidup. Alhamdulillah, ada sebab kenapa Allah gerakkan hati kami untuk makan di luar. Rupanya nak tambah pahala.

Pakcik ambil telefon untuk hubungi anaknya. Dia bercakap seketika. Dalam perbualannya, dia terangkan ada orang yang tolong hidupkan enjin dan dia bersedia untuk pulang. Aku ingatkan semuanya dah selesai, tetapi bila pakcik hulurkan telefonnya kepada aku....


"Hello," sapaku.


"Hello. Terima kasih banyak tolong ayah," katanya di hujung sana.


"Err, tak apa. Kebetulan kawan saya memang ada jumper dalam keretanya. Nanti encik tengokkanlah bateri kereta ni kalau-kalau perlu tukar, ya."

"Iya, baiklah. Terima kasih ya."

"Sama-sama."


Aku pulangkan semula telefon kepada pakcik.

"Terima kasih banyak-banyak ya."

"Sama-sama pakcik. InsyaAllah, semuanya selamat. "



Aku dan Rin bergerak dari tempat parking. Baru dua tiga langkah, aku berhenti.


"Dah kau ni kenapa tiba-tiba macam nampak lampu merah?" tanya Rin.


Aku pandang Rin dengan muka semacam. Darah tiba-tiba menyerbu ke muka.

"Aku rasa macam pernah dengarlah suara anak pakcik tadi tu...."

2 comments:

noorule schafienazs said...

Sape lh sianak pakcik ek...hehe...tk sabar nk tau...

noorule schafienazs said...

Sape lh sianak pakcik ek...hehe...tk sabar nk tau...