Tuesday, March 4, 2014

My Suami, MINE -9-

Tok wan perhatikan mereka lagi. Kali ini dari jendela pula setelah berlalu dari pintu utama tadi. Ain dan Amar sedang menunduk mendengar Laili bersuara. Entah apa lagi la Laili tu 'membersihkan' mereka.

Dalam hati tok wan berdoa agar hubungan Amar dan Ain dapat diselamatkan. Tidak dinafikan Amar banyak buat salah sebelum ni. Mungkin hati Amar masih dibutakan dengan dendamnya terhadap Syamsul. Tapi Ain memang tak bersalah dan tak patut disabitkan dalam persengketaan dua sahabat. Hai laa Amar. Muka sahaja handsome, tapi otak mereng!

Laili menggeleng kepala buat ke sekian kalinya. "Adui, akak tak tahu la nak cakap apa Ain. Rasa malu pun ada sebab yang buat Ain macam ni adalah sepupu akak sendiri." Laili duduk di sebelah Ain lalu meraih tangan gadis itu. "Apa-apa pun keputusan Ain, akak sokong. Akak takkan salahkan Ain. Jadi, akak harap Ain fikir masak-masak. Ini melibatkan masa depan Ain."

Laili berjalan laju masuk ke dalam rumah. Biar mereka berbincang dari hati ke hati. Tok wan di tepi jendela hanya melepaskan keluhan.

~~**@@@**~~ 

"Saya ada soalan nak tanya." Ain bersuara. Dia memang perlukan kepastian sebelum membuat keputusan. Sungguh dalam hatinya dia harap dia boleh bersama Amar. Amar suaminya dan cinta pertamanya juga. Ain sangat berharap Amar menjadi lelaki terakhir dalam hidupnya. Dia sayangkan hubungan ini dan keluarga Amar yang telah menerima seadanya dia.

"Walaupun encik tak tanya, ada sebabnya kenapa saya tak teragak-agak untuk tinggalkan rumah encik." Ain memandang Amar seketika.

"Dia kena bayar dengan setiap penderitaan aku... Mungkin lima tahun lagi baru aku lepaskan dia...." Perbualan yang entah dengan siapa itu memberikan kekuatan pada Ain. Itu yang terjadi tiga tahun lalu. 

"Aku memang nak tanya. Kenapa baru tiga tahun lepas kau ambil keputusan untuk tinggalkan rumah? Sedangkan kita dah kahwin lima tahun lamanya sebelum tu. Selama lima tahun kau ada di sisi aku, bersabar dengan aku, tahan dengan perangai aku... lima tahun?" Amar beremosi.

Ain mengangkat muka. Eh, eh? Siapa yang sepatutnya beremosi dalam hal ni?

"Saya boleh tahan sampai bila-bila kalau tak ada perkara yang buat saya bertindak macam ni..." jawab Ain.

Amar pandang Ain. Memang itulah soalan yang ingin ditujukan kepada Ain. Selama lima tahun, layanan Amar terhadap Ain adalah sama. Dingin. Tapi Ain tetap di sisinya. Amar sendiri tercari-cari apakah tindakan atau kata-kata yang buat Ain lari dari hidupnya?

Tapi betullah. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Selepas Ain lari, sedikit sebanyak mengajarkan Amar supaya menghargai seseorang. Walaupun dia nampak tidak kisah dengan ketiadaan Ain, dalam hati tiada siapa yang tahu.

Sejak mendengar kata-kata amaran dari Syamsul dan juga cerita Qaisara, tiba-tiba Amar rasa bersalah sangat. Betul kata Syamsul. Ain tidak boleh dijadikan mangsa. Amar baru tersedar yang Ain sepatutnya dikasihi dan dilindungi. Bukannya Ain melindungi Amar!

Cerita Qaisara, pada malam reunion tu, Ain terhoyong-hayang di lobi hotel. Mujur Qaisara dan suaminya ada. Suami Qaisara yang bertugas sebagai doktor mengesyaki Ain mungkin terminum minuman yang dicampur dengan ubat khayal. Ain yang masih sedikit waras bercerita kepada Qaisara tentang Hana dan rancangannya.

"Saya ada terdengar encik bercakap dalam telefon yang saya kena bayar setiap penderitaan encik. Encik akan lepaskan saya dalam masa lima tahun lagi...." cerita Ain.

Amar berfikir sejenak. Dia tiba-tiba bersuara, "Kau dah salah faham la Ain. Aku tak pernah ceritakan pasal kau pada sesiapa pun. Hanya aku sahaja yang tahu kenapa aku kahwin dengan kau. Mama, orang lain semuanya ingat kita okey!"

"Dah tu, yang saya dengar tu, apa?"

"Itu pasal syarikat la."

"Takkan hal syarikat cakap pasal lepaskan pulak?"

"Yelah, lepaskan kontrak. Kau ni..."

Ain garu kepala. Sungguh dia tak faham apa yang Amar maksudkan.

4 comments:

Unknown said...

Alaaa......npe pendek sgt....nk lagi nk lagi

hasiza bt abdullah said...

assalamulaikum.bila nak sambung lagi dah lama saya tunggu nak baca

Fiza said...

Amar ni..dia lak lbh emosi..patutnya ain la yg emosi...

Tuan tanah..minta update lagi ye

Kak Sue said...

LAMA TUNGGU KENAPA PENDEK JA...
Ain kena ajar Amar dulu untuk tahu jaga hati seorang isteri serta tangggungjawab sebagai seorg suami bukan main boleh maafkan saja... hehehe..
terlebih emo pulak...