Sunday, September 4, 2011

C.I.C.I [7]

Intan & Syafiq: Luahan perasaan

"Hah??"

Maunya Syikin tak terkejut menerima perkhabaran sebegitu. Dia tiada di Penang sekarang. Seminggu dia berkursus di Kuala Lumpur bersama beberapa orang lagi rakan sepejabat. Baru dua hari dia meninggalkan Intan, tiba-tiba hari ni Intan memberitahunya satu khabar yang sedikit sebanyak, rasa-rasanya gempar juga Pulau Pinang tu. Takde ribut takde hujan, Intan akan....

"Kau biar betul, Tan! Kau dah fikir masak-masak?" tanya Syikin kurang percaya.

"Kin, sebab tulah aku call kau ni, Kin.. Kau bagitau la aku yang ni semuanya mimpi aje. Kin... please. Aku tak boleh fikir dah ni. Jangankan masak, separuh masak pun belum tentu lagi aku boleh fikir." Intan meluahkan perasaan sambil memicit-micit pangkal tengkuk.

Syikin sempat ketawa dengan lawak bodoh Intan di saat-saat dia tengah menghadapi masalah negara ni.

"Sengallah kau ni Intan.." kata Syikin menahan ketawa.

Intan pun turut ketawa. Dia pun tak sangka akan berkata begitu. Tapi tak lama lepas tu, Intan kembali serius memikirkan masalahnya. "Macam mana ni Kin? Ayah aku tu tak nak dengar langsung cakap aku.." Sungguhlah dia tak sangka cempedak akan jadi nangka. Inilah kut yang dikata kerana mulut badan binasa. Dia cuma mahu melepaskan diri dari Amri sahaja. Dah banyak kali cuba diterangkan pada Amri yang dia tak dapat terima cinta Amri, tapi Amri masih nak cuba sampai Intan buka hati untuknya. Mana boleh! Lama-lama Intan semakin bosan dan menyampah. Dia dah cuba sebaik-baiknya untuk tolak cinta Amri dengan halus tetapi Amri masih tak berputus asa. Dengan adanya Syafiq, entah mana datangnya idea gila untuk mengaku bahawa Syafiq adalah tunangnya. Dan terlebih gila jadinya bila Ismail dan Zulkifli dah terpacak lama di belakang mereka. Segala perbualan Intan, Syafiq dan Amri sempat didengar.

Dah berbuih Intan terangkan pada ayahnya yang itu hanya salah faham. Intan juga dah berterus-terang mengenai Amri. Tapi Ismail buat tak layan. Sedih Intan bila ayahnya sendiri tak nak percaya cakapnya. Betul Intan dah menipu, tapi itukan tipu sunat? Terus mata Ismail menjadi besar. Dia bagitau Intan tipu tetap tipu. Dan itu dosa. Dalam Islam, memang takde tipu sunat! Intan terus diam, menunduk.

"Dah tu, nak buat macam mana Intan? Satu jalan yang aku nampak, kau ikut aje cakap ayah kau tu.."

"Kau gila Kin? Aku tak kenal dia kut!"

"Dah tu, kau nak buat macam mana? Benda dah nak jadi, dowh!"

Intan mendengus geram. Dia tak nak dengar kata-kata Syikin yang begitu. Dia nak dengar Syikin bagi semangat padanya. Semangat untuk lepaskan diri dari masalah yang dicipta dengan tak sengaja, dengan terpaksa!

Lama Intan dan Syikin diam. Seketika, Syikin menyambung, "Dah tu, lelaki tu macam mana?" tanya Syikin.

"Takde berita lagi. Aku pun tak tahulah apa yang dia cakap dengan umi dan abah dia malam ni.." ujar Intan lalu mengeluh.

"Berat sungguhlah problem korang ni. Macam dalam novel yang dibuat drama pulak."

"Kin, masalahnya sekarang ni, bukan macam dah tau tak. Ni betul-betul jadi. Bukan cubaan lagi dah yang macam cerita Pendekar Bujang Lapok tu.. Kin, macam mana ni.. Nak nangislah macam ni.." suara Intan kedengaran sedih.

"Kalau nangis aje, mana masalah boleh selesai. Kau cubalah bincang lagi sekali. Mana tahu pakcik terbuka hati nak dengar cakap kau kali ni.." pujuk Syikin. Kasihan pula dirinya dengan Intan.

"Kin, dah tiga kali aku cakap benda yang sama dekat ayah aku.. Ayah buat tak tahu aje."

"Dahsyatlah pakcik ek. Nampak cool aje, rupanya cool dia tu ada makna ye? Hmm, parah ni.."

"Ada idea tak, Kin?" tanya Intan betul-betul berharap.

"Kau ikut ajelah Tan.. Okey apa lelaki tu. Lagipun kau dah sentuh dia berlebih-lebih dah. Ni masanya kau 'bertanggungjawab'!" kata Syikin bersungguh. Padanya, lelaki yang bernama Syafiq tu OK. Gerak hatinya sangat positif. Mungkin pada hari 'kemalangan' di Sunway yang lepas dia nampak sombong dan ego, tapi takde aura tak baik yang Syikin rasa. Dan Syikin memang boleh percayakan gerak hatinya.

"Gila kau Kin?? Bertanggungjawab apa ke bendanya? Bukannya dia 'rosak' pun.." spontan Intan menjawab. Gila apa Syikin nih! Bertanggungjawab kebenda?

Syikin ketawa kuat.

"Kin, seriuslah sikit. Kau dahlah jauh. Kang aku naik bas pergi KL kang. Kau nak aku kacau kat sana? Aku dah lah berserabut ni.."

"Kau ni macam budak kecik laa. Umur dah boleh kahwin pun nak merengek kat aku lagi.."

"Yelah, kau tolonglah aku, please, Kin.. Please?" rayu Intan sungguh-sungguh.

Dia muda lagi. Dia tak nak menghabiskan masa dengan lelaki yang dia tak kenal. Zaman sekarang ni, orang kahwin atas dasar cinta masing-masing. Bukan sebab kebetulan atau tipu helah seperti yang jadi dalam cerita Intan & Syafiq.

Setelah memutuskan talian, Intan baring di katil. Dia berpaling memandang ke arah gambar ibunya di atas meja lampu. Apa yang perlu Intan buat, bu?

**************************

"Mi, macam mana ni?" Syafiq betul buntu. Dia dah habis daya cuba menerangkan pada abah dan umi. Memang dia dan Intan tadi sempat bertukar nombor telefon setelah menghantar Intan ke pejabat. Dan selepas solat Maghrib, mereka saling berSMS. Masing-masing setuju untuk berbincang dengan parents dan mereka bersetuju untuk berterus terang sahaja mengenai salah faham yang dah berlaku ni.

"Macam mana apanya.. On ajelah." kata Azmi setelah mendengar keseluruhan cerita. Dia tak rasa masalah ni besar sangat. Semua masalah pun ada penyelesaiannya. Baginya, kalau Syafiq dan Intan ikut aje cakap mak ayah, selesailah masalah mereka. Kan senang?

"Kau gila Mi? Nikah ni bro! Bukan benda main-main." tinggi nada suara Syafiq bila merasakan yang Azmi memandang enteng perkara ni.

"Dah tu? Memang lepas tunang, nikah laa. Aku tak suruh kau main-main pun. Aku serius ni.."

Kepala Syafiq bertambah sakit. Dahlah tadi rasa nak sekeh aje kepala Intan masa tu sebab tak pasal-pasal pula diorang 'bertunang'. Sekarang ni Azmi menyuruh mereka nikah pula. Hishh.. mana boleh!

"Apa susahnya Fiq.. Kau solo. Dia pun solo. Oklah tu. Bukannya dia tu bini orang ke, apa ke.. Lagipun kau bagitau tadi, abah kau dengan ayah dia dah setuju. Dah restu. Apa masalahnya lagi.."

"Kau ni takkan tak tahu aku. Aku malaslah nak fikir pasal ni lepas 'dia'..."

"Fiq, yang lepas tu, dah lah. Si Nadiah tu dah bahagia dah pun. Yang kau nak merana hina dina ni kenapanya? Kalau Nadiah tahu keadaan kau sekarang ni, mesti dia sedih.. Aku faham kau ni. Bukannya tak nak ke arah berkeluarga, aku tahu kau takut untuk kecewa lagi, kan? Kau pernah cakap nak cari seseorang, tapi sampai sekarang tak juga jumpa-jumpa. Dah Allah takdirkan kau kenal Intan, Ok lah tu. Yelah, mungkin cara pertemuan korang tu lain sikit dari yang lain, tapi sekurang-kurangnya kau diperkenalkan kepada seseorang, kan? Nak tunggu kau betul-betul nak berkenalan, kucing dah keluar tanduk pun belum tentu.."

Syafiq diam.

"Kau cubalah bagi peluang kat diri kau sendiri, Fiq. Belum cuba belum tahu.. Kau cuba minta tempoh beberapa bulan lagi.. Panjangkan lagi tempoh 'tunang' tu. Kali ni betul-betul gunakan tempoh bertunang untuk kenal dia. Mana tahu, dia tu jodoh kau. Kau ni pun, kenalah yakin sikit. Kau tu bukannya tak boleh pikat perempuan, boleh.. Cuma kena buang rasa takut untuk dikecewakan kau tu.. Kalau pun lepas ni kau tak jadi lagi, kau kena ingat satu perkara, Fiq.. semua yang jadi tu ada hikmahnya.."

Syafiq masih lagi diam. Cuba mencerna nasihat yang disampaikan Azmi kepadanya. Memang betul cakap Azmi. Sebenarnya, dia seperti lelaki lain juga. Yang inginkan keluarga bahagia, punya isteri dan anak-anak. Tetapi pengalaman lalu bagaikan satu halangan padanya untuk buka hati pada wanita lain. Dia risau dan takut bila dia dah betul-betul sayang, akhirnya dia terpaksa kecewa pula sebab takde jodoh.

"Fiq, kau mintalah petunjuk dari Allah. Buat istikharah. InsyaAllah, mudah-mudahan lepas ni kau boleh buat keputusan.."

6 comments:

cactaceous opuntia said...

npe ngn nadiah tu?ape jd ngn fiq n ex dia?

zuezakry said...

c.o, cerita dia ada sikit dalam bab sebelum ni ~~

Kak Sue said...

Betul cakap Azmi tu.. mintalah petunjuk pada YANG MAHA ESA.... kak sue follow....

Kak Sue said...

Dalam bab 4 ada cerita Nadiah...

Kak Sue said...

lama nya tunggu...

MizaEija said...

syikin dok kl ke pulau pinang.. cam ade yg tak kene je.. awal bab kata penang tgh bab kata nk g kL. cube sis writer tengok kn.. kot sy salah paham