Thursday, March 17, 2011

JTO~2

“Mama.. Daim ada hal la nak bincang.” Di suatu petang yang damai, Daim menyuarakan hasratnya. Mama sudah memasang telinga. Dia sedar dilemma anaknya ni dah lama. Dia sendiri sedar bahawa inilah masa yang terbaik untuk menasihati Daim. Apa sahaja keputusan Daim nanti, dia akan terima. Dia takkan salahkan Daim. Dia percaya pada qada dan qadar Allah.

Mama meletakkan gelas yang dipegang ke atas meja. “Pasal apa?”

Daim menelan sardine rollnya yang terakhir. Hidangan minum petang mama dinikmatinya selepas lima tahun dia menyepikan diri. Membawa diri ke negara orang kerana rajuk dan kecewa. Kecewa dengan keputusan nenek.

“Pasal Widyan, maa..”

Sejarah antara dia dan Widyan dah lama. Gadis manis yang terkenal dengan sifat garangnya tu mula-mula dikenali selepas diperkenalkan oleh mama semasa majlis pembukaan restoran mama di Seremban. Widyan kerja dengan mamanya selama tiga bulan sementara menunggu keputusan SPM.

“Kenapa dengan Widyan?” tanya mama. Mula memancing.

“Daim ingat nak cari dia..” ujar Daim sebagai mukaddimah. Dah tiba masanya.

“Dah ready ke?”

“Entah la ma.. Mama rasa macam mana?”

“Daim kena decide. Tak baik buat dia macam tu. Mama dah buat yang terbaik untuk Daim. Daim kena tahu yang Mama sayangkan Daim. Nenek sayangkan Daim. Adalah tu sebab yang kita tak tahu kenapa nenek buat macam tu. Mama pun sayangkan Widyan jugak. Tapi tu la.. apa-apa pun keputusan Daim nanti, mama terima juga. Lagipun, mama rasa nenek boleh faham. InsyaAllah, Daim jangan risau. Mama sentiasa di belakang Daim..” ujar Mama. Dia tahu hati Daim. Daim anaknya.

Lebih lima tahun dahulu, dalam satu majlis ringkas, Daim dan Widyan mengikat tali pertunangan. Daim sendiri terpinga-pinga dengan keputusan drastic yang dibuat. Dia buntu. Dia tak nampak jalan penyelesaian lain selain Widyan. Air muka Widyan yang berubah tak dihiraukan. Yang penting, dia boleh keluar dari kemelut keluarga.

~~~~

Dia menyikat rambut dengan kemas. Lengkap menyarung t-shirt dan berseluar panjang, dia melangkah turun ke ruang makan. Mama sedang sibuk menyusun pinggan dibantu oleh pembantu rumah, kak Bulan. Ayah masih ralit di ruang tamu membelek surat khabar.

“Duduk Daim. Panggilkan ayah sekali.” Suruh Mama. Dia menuangkan air ke dalam cawan.
Ayah meletakkan suratkhabar setelah diajak Daim. Langkahnya diatur ke meja makan lalu duduk di tempat biasa. Seperti biasa juga, mama menyendukkan nasi ke dalam pinggan ayah dan juga Daim.

“Daim ok kat ofis?” Setelah mengaminkan doa, ayah mula bersuara.

“Alhamdulillah. Ok aje, yah. Staf-staf ayah banyak bantu. Especially Johan tu.” Jawab Daim perlahan. Memang dia sangat berterima kasih pada Johan yang tak lokek ilmu dengannya.

“Baguslah kalau macam tu. Johan dah lama kerja dengan ayah. Kalau ada apa-apa yang perlu dirujuk, Johan boleh diharap.”

Daim menelan nasi yang dikunyah. Dia berkira-kira untuk menyuarakan sesuatu kepada ayahnya. Walau apa-apa pun keputusan ayah, dia berharap ayah mengerti. “Ayah, lepas ni Daim ingat nak bercuti seminggu. Daim janji Daim akan siapkan semua kerja dulu sebelum bercuti.”

Ayah memandang Daim. “Seminggu? Nak pergi mana?”

Daim tak menjawab. Soalan ayahnya tu entah bagaimana nak dijawab. Dia ada misi. Tapi misinya takde titik permulaan lagi. Tak tahu.

Melihatkan Daim yang diam, Mama mula menyusun kata. “Ayah, petang tadi Mama dah bincang dengan Daim. Dah tiba masanya dia buat keputusan. Dia dah besar panjang, yah. Dia tak boleh buat macam tu lagi pada Widyan. Dah tiba masanya dia buat keputusan.”

Ayah diam. Dengan tenang, dia meneruskan suapan.

Menjauhkan diri dari Jasmin, itu tekadnya. Perempuan itu dilihat tiada sifat ikhlas dan menghormati orang lain. Dia tak nak malah tak berminat. Betullah, iman tidak diwarisi. Kebaikan orang tua Jasmin tidak tumpah padanya. Untuk menyambung pengajian ke Switzerland beberapa tahun lalu, neneknya meminta dia mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. Entah atas dasar dia diminta berbuat demikian. Usul nenek supaya dia bertunang dengan Jasmin ditolak mentah-mentah. Dia lebih rela diikat dengan orang lain.
Pada masa itulah, Widyan muncul di depan pintu rumahnya. Dan segala-galanya bermula di situ.

3 comments:

-Ain-Dak In- said...

hatoiii...apa daim wat kat widyan nih?

belle.talib said...

erm.... sibb baik cerpen je. ^^ hehe...sabo je la nak tunggu sambungan. ^^

MizaEija said...

hohoho... widyan tpkse jd tunang daim la neh..