Thursday, October 13, 2011

C.I.C.I [12]

Resah.

Itu yang Intan rasa saat ini. Jam di tangan sudah menunjuk ke angka 6. Lebih tepat 6.20 petang. Kawan-kawan sepejabat dah lama angkat kaki. Yang ada sekarang pun hanya Puan Aliza. Itu pun, Intan tengok dia dah bersiap-siap memasukkan handphone ke dalam beg tangannya. Menandakan Puan Aliza dah nak balik.

Intan mengeluh kecil. Dia kena siapkan sikit lagi mengenai material yang akan dibawa untuk kursus nanti. Selalunya dia tak ada masalah untuk bawa kerjanya ke rumah. Masalahnya, ayahnya ke Pahang. Katanya atas hal business. Ismail turut mengangkut laptop Compaq kesayangan Intan. Tadi pun Ismail menghantar SMS mengatakan dia akan pulang dalam masa tiga hari lagi. Disebabkan itu, dia kena bertungkus lumus untuk siapkan material ini, hari ini. Esok-esok pagi En. Amri nak tengok material tu ada di atas mejanya.

En. Amri tu pun satu. Entah apa kena tiba-tiba mengeluarkan arahan untuk tengok material pulak. Padahal, masih ada tenaga pengajar yang belum finalizekan slide mereka. Bagi arahan pula dah pukul 5.30 petang. Masa tu Intan dah bersiap nak balik. Selama ayahnya outstation, dia menumpang kereta Syikin. Walaupun berlainan taman perumahan, SYikin sanggup mengambil dan menghantarnya pulang. Tapi pada petang itu, dia terpaksa menyusahkan Syikin untuk mengambilnya lewat dari biasa.

Kin, boleh ambik aku dalam 6.30? Sorry. Dan aku nak pinjam laptop kau. Bawak sekali nanti masa ambik aku ok?

Intan menghantar SMS kepada Syikin. Dia tak senang kalau kena stay back seorang di ofis. Lagi-lagi pada waktu itu, bilik En. Amri masih terang benderang menandakan tuannya ada di situ. Intan sekali-kali tak nak berdua-duaan dengan dia. Cincin bermata hijau di jari manisnya dipandang. Bibirnya mengukir senyum. Dengan adanya cincin tu, pandangan En. Amri padanya semakin pelik. Entah dia tak suka warna hijau atau ada maksud lain.

Intan terus mengemas mejanya. Segala dokumen yang tak sempat disiapkan di'save' ke dalam hard disk. Dia dah memutuskan untuk selesaikan kerjanya di rumah. Dia akan bersengkang mata pada malam ini untuk menyiapkan kerja ni. Esok pagi-pagi, dia akan letak hasil kerjanya di atas meja En. Amri.
Ini Intanlah. Pantang dibuli.

Intan menunggu Syikin di hadapan pintu utama. Matanya mencari-cari kelibat Swift putih kepunyaan Syikin. Pelik juga kenapa Syikin tak membalas SMSnya. Selalunya, kalau malas sangat Syikin nak berSMS, dia tetap akan menaip seketul huruf 'k' untuknya. Dalam pada dia berfikir kenapa Syikin tak reply SMSnya, Civic hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Cermin tingkap diturunkan.

"Hai.. "

Intan mendekati. "Hai.. Macam mana boleh sampai sini pula? Ada hal ke?"

"Jom. Naik dulu. Saya hantar Intan balik." kata Syafiq. Sempat dia mencampak beberapa fail yang berada di seat hadapan ke belakang.

Intan masuk walaupun dia rasa agak pelik dan was-was di situ. Tadi dia dah mesej Syikin. Bagaimana pula kalau Syikin tiba-tiba datang sedangkan dia dah pun sampai rumah? Dihantar oleh Syafiq pula? Intan berani kerat kuku Syikin akan mengamuk.

"Sekejap ye. Saya kena mesej Syikin balik. Tadi saya dah mesej dia minta dia ambik saya.." kata Intan sambil mencari nama Syikin.

"Intan mesej 'Syikin' ke mesej 'Syafiq'? Cuba tengok sent item.." Syafiq memasukkan gear. Bibirnya menguntum senyum. Kereta dah meluncur perlahan.

Intan memandang Syafiq dengan kening berkerut. Tapi tangannya tetap memeriksa Sent Item. Oh yes! Syafiq! Alahai, kenapa dia cuai sangat ni? Seingatnya, sebelum dia taip mesej tadi, dia memang tak buka call directory. Dia pergi ke menu Contact dan dia taip S.Y. Herm, confirm salah hantar! Patutlah Syikin hanya mendiamkan diri. Oooh Kin.. I'm sorry.

"Nak jelaskan apa-apa? Kenapa hari ni balik lambat? Selalu tak pernah balik lambat, kan?" tanya Syafiq.

"Maaflah. Saya tak sengaja. Tapi kalau dah tahu saya salah hantar mesej, kenapa tak reply balik bagitau saya salah sent?" balas Intan tak puas hati. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni, kerjanya kurang teliti. Asyik ada salah. En. Amri pula ambil peluang untuk perli-perli dan sindir-sindir. Sedih Intan..

"Saya baru sampai tol tadi masa Intan mesej. Dah alang-alang, lajak teruslah ke sini.. Apa salahnya berbakti kepada tunang sendiri. Ayah tak balik lagi?" Jangan tak tahu pula, sejak merealisasikan hubungan pertunangan, mereka dah memulakan panggilan rasmi. Seperti yang diucapkan oleh Syafiq tadi. Dia telah memanggil Ismail dengan panggilan ayah. Begitulah sebaliknya Intan memanggil umi dan abah Syafiq.

"Belum. Macam tak nak balik saja. Dahlah dia bawa sekali laptop saya.." kata Intan perlahan. Kepalanya serabut betul. Lidahnya ada menyebut satu perkataan tadi... "Alamak, laptop!" kata Intan tiba-tiba.

"Kenapa dengan laptop?"

"Saya ada kerja kena siapkan. Memang dah niat tadi nak pinjam Syikin punya. Saya kena call dia jugaklaa.."

"Tak payahlah susahkan Syikin. Pakai sahaja saya punya.." tawar Syafiq.

"Betul ke ni?"

"Betullah."

"Terima kasih kalau macam tu."

"Apa gunanya bertunang kalau tak boleh tolong tunang sendiri, kan?"

Intan tersenyum mendengarkan ayat Syafiq. Tunang ye? Macam tak percaya sahaja. Kisah hubungannya dengan Syafiq memang tak masuk akal. Mereka 'bertunang tanpa bercinta'. Mereka terpaksa declare 'bertunang' untuk menyelamatkan diri masing-masing. Kerja gila pula nak menjawab bila ayahanda-ayahanda terdengar perbualan penipuan mereka. Dalam pada nak menyelesaikan masalah hubungan olok-olok tu, Intan mendapat mimpi pula. Ish, gila! Jangan tak percaya, ini cinta pertama Intan, tau.

"Iyelah, terima kasih En. Tunang.." balas Intan bersahaja.

*************

Sesudah makan malam seorang diri dan menunaikan fardhu Isyak, Intan duduk di meja study. Dia membuka laptop Syafiq dengan hati-hati. Dia nekad untuk menyelesaikan kerja yang diberi. Walaupun dia tahu dia akan buat kerja berganda, dia akan menumpukan sepenuh perhatian pada kerjanya. Perasaan geram dan tak puas hati pada En. Amri sedikit sirna dengan adanya laptop Syafiq. Itu baru laptop Syafiq. Kalau Syafiq sendiri yang ada dengannya sekarang ni, bagaimana pulaklah perasaannya?

Sejak makan malam 'perdana' hari tu, hubungan Intan dan Syafiq bertambah baik. Sebelum ni pun dah cukup baik. Sekarang lagi baik sebab masing-masing dah mula simpan perasaan. Syafiq pandai ambil hatinya dan tersangat caring. Kadang-kadang Intan takut juga dengan sifat Syafiq yang terlebih caring tu. Entah-entah, dengan semua orang dia caring! Tengok, hatinya dah mula cemburu.

Masa berlalu begitu pantas. Sekarang dah pun 1 pagi. Intan masih tekun mengedit gambar-gambar dan teks mengikut kesesuaian. Betul-betul dia fokus pada kerjanya. Tapi tak lama selepas itu, konsentrasinya terganggu dengan satu panggilan.

"Hello.." Intan menjawab talian.

"Assalamualaikum.. Masih tak tidur?" sapa satu suara.

Intan bangun dari kerusi dengan senyuman. Dia duduk pula di atas katil sambil bersandar ke dinding. "Waalaikummussalam. Belum lah.. Kerja masih belum siap.."

"Rajinnya dia.." Syafiq ketawa di hujung sana, mengusik.

Intan turut senyum. Aduhai hati ni.. Peliknya kau. Dengar orang tu ketawa pun kau dah berpecutan. "Ha'a.. rajin sangat. Perli la tu.." balas Intan manja.

"Perli apanya.. Betullah. Selalunya Intan tu kalau dah jam sebelas, mana ada nak jawab kalau saya call.."

"Malam ni daruratlah. Ok apa, boleh saya jawab saya phone ni.." Intan sempat mencapai sebatang pen dari atas meja studynya beserta sehelai kertas. Dia menekan hujung pen dan mencoret sesuatu di atas kertas yang diambil tadi.

"Iyelah tu. So, macam mana? Dah siap?" tanya Syafiq.

"Belum. Sikit lagi."

"Kerja apa sebenarnya Intan kena buat?"

"Department saya akan organize workshop untuk student. Saya jaga bahagian material. Nak buat handsout la tu.." balas Intan perlahan. Ringan sahaja mulutnya ingin mengadu perihal En. Amri kepada Syafiq. Tapi, biarlah disimpan sahaja di dalam hati. Takut-takut hal lain pulak yang jadi. Lagipun, ini masalah tempat kerja. Tak ada kena-mengena dengan Syafiq.

"Bila workshopnya?"

"Dalam minggu depan."

"Oh.. Ermm, Intan.. ada benda saya nak tanya." nada suara Syafiq sedikit berubah.

"Tanya apa?"

Telinga Intan sempat menangkap Syafiq sedang menarik nafas panjang-panjang. Kening Intan berkerut. Hatinya risau. Seakan-akan Syafiq ingin bertanyakan sesuatu yang serius.

"Intan... boleh terima saya ke?"

"Terima? Terima apa?"

"Sebagai tunang Intan.."

"Kenapa tanya?"

"Saja nak tahu.."

"Awak nak cakap, awak tak terima saya ke?"

"Bukanlah macam tu. Kalau tak terima Intan, cincin tu apa maknanya?"

"Dan kalau tak terima awak, buat apalah saya pakai cincin ni?" Intan bermain tarik tali. Kenapa pula dengan Syafiq malam ni. Lain macam sangat.

"Macam tu ye? Kenapalah saya tak terfikir pasal tu." Syafiq kembali ketawa di hujung talian.

Intan berfikir seketika. "Awak.. ada sesuatu nak cakap pada saya ke?"

"Tak ada apa-apa.." pantas pula Syafiq menjawab.

"Habis tu, kenapa tiba-tiba tanya?" tanya Intan tak puas hati.

"Saja. Oklah, saya off dulu ok. Tak nak ganggu Intan buat kerja. Nanti dah nak tidur, boleh SMS saya?" pinta Syafiq.

"Erm, yelah." kata Intan seraya berpaling ke arah meja studynya. Lupa, kerjanya masih tertangguh.

"Jumpa esok, OK?"

"Esok?"

"Iyelah.. Takkan nak buat harta laptop saya tu?"

"Alah.. kalau buat harta pun, apa salahnya kan?" kata Intan dengan manja.

"Dari Intan buat laptop saya sebagai harta, baik Intan buat saya sebagai 'harta' Intan. Bukan ke lagi baik?"

"Huh!"

Syafiq ketawa lagi. "Oklah. Nite ye."

"Selamat malam juga. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam.."


Intan mematikan talina. Dia kembali duduk di kerusi dan terus membuka dokumen yang sempat disave sebelum menjawab panggilan Syafiq tadi. Jam loceng di sebelah laptop dipandang. 1.45 pagi? Intan menggelengkan kepala. Segera tangannya mencapai 'mouse' dan buat apa yang perlu.

Sebelum itu, dia sempat berpaling kepada kertas yang ditinggalkan di atas katilnya sebentar tadi. Dari jauh, dia nampak contengan yang dibuat sebentar tadi. Perlahan, bibirnya mengukir senyum. Syafiq itu tunangnya. Pilihan ayahnya, pilihannya juga. Terkenangkan pertemuan yang tak disangka-sangka semalam, Intan pantas menekup mata.

Walau siapapun perempuan yang dilihat bersama Syafiq semalam, dia takkan tanya. Biarlah Syafiq yang bercerita sendiri padanya sekiranya Syafiq mahu. Cemburu tetap cemburu. Tapi sebagai wanita matang, dia tak perlu terburu-buru 'menyerang' Syafiq.

************************************************************************

~posted hari ni, Rabu, 30 Nov 2011, 1.44 pm. Rindu Intan & Syafiq. Tapi workshop yang benar2 berlangsung menyebabkan tiada kesempatan untuk mengupdate kisah Intan & Syafiq ni. ~

2 comments:

kayniz said...

thanks....
lama jugak menunggu, tp b'baloi....
sy suke dgn wtk intan 2....
comel....
keep up d good work...

Kak Sue said...

LAMA KAK SUE TUNGGU...
KENAPA SYAFIQ X MAHU BERTERUS TERANG...
KASIHAN INTAN...
APA PERASAN SYAFIQ BILA INTAN BUAT DIA PULAK....