Wednesday, December 7, 2011

Secebis C.I.C.I [13]

Majalah yang dibaca sejak tadi diletakkan di atas meja. Dia memusingkan kepalanya mencari kelibat si ayah. Ismail yang masih di meja makan kelihatan tekun menghadap laptop Intan. Intan menggaru kepala yang tak gatal sambil berfikir sesuatu. Dia sebenarnya masih teragak-agak untuk mengajak ayahnya 'dating'. Bimbang pula konsentrasi Ismail terhadap kerja terganggu. Ayahnya sejak bersara ni bukan main aktif lagi. Tak cukup dengan dua buah kedai dobi, dia ingin menambah beberapa cawangan lagi.

Tapi kalau tak diajak Ismail, dengan siapa lagi dia nak keluar? Syikin awal-awal lagi memberitahunya semalam bahawa hari ni Syikin akan keluar dengan seseorang. Bila ditanya, siapa seseorang tu, Syikin hanya menggeleng dengan senyuman. Walau seketat mana muka Intan masa tu, Syikin masih bertegas tak nak bagitahu.

Syafiq. Pun sudah diSMS tadi. Negatif. Keluar dengan kawan katanya. Cuma tinggal Ismail sahajalah kawan harapannya pada hari ni. Intan ingin relaks setelah tamatnya kursus Jumaat lepas. Sabtu, aktivitinya membasuh, menyidai dan melipat baju. Hari ni hari Ahad. Dia taknak terperap di rumah sahaja. Dia perlukan udara!

"Ayah banyak kerja ke hari ni?" Intan bersuara akhirnya. Dia bangun dari sofa dan menapak ke arah Ismail. Dia menarik kerusi di sebelah ayahnya lalu duduk di situ.

Dengan riak wajah yang serius, Ismail menjawab, "Ada kerja yang kena buat walaupun tak banyak. Kenapa Intan tanya?"

Tak angkat muka langsung! Parah ni sibuknya.

"Intan boringlah ayah. Nak ajak ayak keluar ni. Nak tak?" Kertas-kertas yang berterabur di sekiling ayahnya diperhatikan. Ada beberapa geraf naik turun tercetak di situ.

"Nak ke mana?" tanya Ismail melayan.

"Entah.."

Jari Ismail terhenti dari menaip. Muka Intan dipandang. "La, kalau tak tahu nak pergi mana, buat apa ajak ayah keluar. Cuba call Syikin. Mungkin dia free hari ni.."

"Syikin ada datelah ayah. Intan dah cuba tanya dia tadi. Takpelah kalau ayah sibuk. Intan keluar sorang, ok?" kata Intan memohon keizinan. "Err, PJJ sekali, ok?"

Ismail memandang Intan beberapa ketika. Betul juga!

"Iyelah. Kalau sempat, tolong servis sekali ok. Rasanya dah sampai masa dia tu. Kali ni turn Intan yang tanggung, kan?" Ismail gelak kecil.

"Ayah ni.... dengan Intan anak ayah yang sorang ni pun nak berkira! Intan ni dah la baik, cantik, sweet, jelita..." Intan membebel sorang-sorang sambil membawa dirinya ke dalam bilik untuk bersiap.

'...cute, rupawan, satu-satunya tinggalan arwah ibu..' sambung Ismail dengan perlahan dengan senyuman yang masih lagi dibibir. Beberapa minit kemudian, senyumannya sirna, diganti dengan sebuah keluhan. "Itulah anak awak, Suria.."

~~~~to be cont...~~~~

4 comments:

Aida Nadia said...

cpt la smbng...

miSz cHa said...

da lama tunggu~~
haha cepat la sambung lg

sue said...

kenapa pendek sangat kali ni ....
x puas tau...

zequest said...

nak lagi nak lagi~~~