Wednesday, May 20, 2009

Kisah Di Hati 48

Suasana minum malam pada malam itu agak dingin. Mama awal-awal lagi dah minta izin Abah untuk ke bilik. Tak mahu masuk campur. Diserahkan bulat-bulat hal yang akan dibangkitkan oleh anak lelakinya kepada Abah. Mama siang-siang lagi dah tahu daripada Kamalia. Anak perempuannya berbisik ketika menyediakan makan malam selepas Maghrib tadi.

“Abah, mintak tolong reorganize balik team yang kat Dubai tu..” Kesepian yang dirasai oleh tiga beranak pada waktu itu akhirnya tamat jua dengan suara Kamil. Dia menghirup tehnya perlahan.

Abah menghalakan anak mata ke arah Kamil seraya bertanya, “Kenapa pulak? Ada masalah yang Abah tak tau ke?” Cream creaker yang dicicah ke dalam teh disuap ke mulut. Entah angin apa yang menyapa Abah. Tiba-tiba sahaja malam-malam yang sejuk begini.. best jugak pekena teh dengan biskut kering macam ni..

“Masalah besar yang berat ni, bah.. Dah tak terpikul.” Kamalia menjawab bagi pihak adiknya. Abah memandang Kamalia dengan pandangan musykil lagi penuh tanda tanya. Kamil menjegilkan mata ke arah si kakak.. Apa la malang dapat kakak kaki penyebok macam Kamalia ni...

“Ingat nak nikah la, bah.. Dalam masa terdekat. Azman kena balik Malaysia..” Serentak itu, kerusi ditolak ke belakang lalu kakinya melangkah laju menghala ke bilik. Malam ni jugak dia nak merangka persiapan! Jangan harap la nak ngorat tunang aku yang cun melecun tu. Huh.. musuh jangan dicari, tunang aku jangan berani korang curi!!

***

Penat dah dia berlakon cool siang tadi sewaktu makan bersama rakan sekerja Aliah. Dah kebas rasanya bibir dia mengukir senyum palsu yang memang orang tahu itu adalah senyuman ‘buatan’ (istilah Kamalia). Penat jugak dia nak menghabiskan sepotong pizza yang ciput itu setelah seleranya tiba-tiba mati. Dikebumikan depan pintu pizza hut tu jugak. Yang menjadi mangsa tak lain tak bukan, kakaknya Kamalia. Kena meneman si adik ke KFC pula yang terletak tak jauh dari Pizza Hut tadi..

“Kau jadi tak betul macam ni sebab Lia kan.. Orang dah belanja tu tak reti-reti nak appreciate..”

“Kau jangan la cakap banyak kak. Kang kau yang aku telan kat sini…”

“Eeee..takutnya..takutnya..”

Kamil mengheret kakaknya cepat-cepat ke KFC. Rontaan Kamalia tak dihiraukan. Peduli apa orang tengok. Pegang tangan kakak sendiri berdosa ke? Bukannya bini diorang..

Ramai yang memandang kelakuan mereka berdua. Tengahari macam ni siapa pulak la yang rajin nak buat drama kat sini?

***

Pen di tangan terhenti dari menconteng pada dada kertas. Kepala pen dibawa ke mulut lalu digigit perlahan. Mata masih memaku pada tulisannya sebentar tadi.





Dia akan berjumpa dengan Aliah esok. Tak nak tangguh walau sehari, walau sejam, walau seminit. Kalau diikutkan hatinya yang tak sabar, nak saja dia ajak Aliah dating dan berbincang sekarang. Sekarang? Jam loceng di atas meja dipandang. 1.47? Lamanya merangka persiapan! Ke mengelamun? Dari 10.27 malam tadi sampai ke pagi!

Tiba-tiba..

“Astaghfirullah.. Isyak belum lagi!”




p/s: sibuk nak kahwin pun, jangan lupa tanggungjawab kita pdNya :)

9 comments:

Anonymous said...

eh lawanya tulisan kamil
haha :P

Miss Kira said...

hahahaha..
wl siot la kamil ni..
dah angau dah..
hehehe..
sukanya..
cpt smbg ya..

iManAzRaf said...

hehe.. pat2... smbng la pat...

::cHeeSeCaKe:: said...

Kamil ni ade2 je..lawa tol tulisan die..mmg anak mnje la kamil ni..huhu

-cheesecake-

misz nana said...

Alahai Kamil..
Macam2..

zuezakry said...

akak terjumpa paper tu atas meja Kamil.. tu yg cepat2 scan bg korang :)-

Bulanhijau said...

ahahha

comel je si kamil ni
pape pn cpt2 upload ea

sya_ais said...

lawanya tulisan kamil...comel...

adeh...jatuh cinta dgn kamil..kat m bleh cari org cam kamil ni??

x sabar nk tgk reaksi aliah..

azie.me said...

lame sgt x update...
huhuhu....
nk bce smbgn nyer....