Tuesday, February 2, 2010

Sama..tapi takkan sama~3

Aku nak balik kampong malam ni.

Ayat itu ditulis kemas ke atas stick note, lalu dilekatkan pada empunya laptop di depannya yang kebetulan ke gents tadi. Akmal~c mengemas laptop dan barang-barang yang lain. Setelah projek di Langkawi boleh dikatakan dah setel, dia sudah boleh menarik nafas panjang sebab… dah tak payah tengok mukanya lagi! Hahaha, hatiku merdeka..

Akmal~c yang masih tersenyum-senyum, tanpa sedar kelakuannya diperhatikan seseorang di muka pintu.

“Ehem..ehem.. Happy nampak!”

Tangan Akmal~c yang sedang nak masukkan pencil ke dalam pencil case, terhenti seketika. Namun, tanpa jawapan, terus sahaja dia memasukkan stationary yang lain ke dalam pencil case. Peduli apa aku! Yang penting, balik kampong..hati girang! Kan?

Akmal~e yang kini dah tiba di meja meeting, mengambil turn mengemas barang-barangnya pulak. Matanya segera menangkap stick note yang dilekatkan di situ.

Balik kampong?

“Kau balik sorang ke?”

“Iye la cik abang. Takkan aku ajak kau kutt!” Perli selagi boleh..

Dalam hatinya Akmal~e..apa salahnya, kan? Ehem..ehem.. tak malu! Dah lupa janji??

“Nak aku anta ke?”

“Baik pulak tetiba ni? Tengah gerhana ke?” Akmal~c meninjau ke luar tingkap. Berlakon! Perli lagi..

Akmal~e dah terdiam. Asyik aku aje yang kena!

“Yela, hati-hati balik nanti. Jumpa lipas kawan baik kau tu, kim salam banyak-banyak ye, sayang!!” Terus Akmal~e melangkah keluar.

Akmal~c terkedu seketika. Apa dia?? Ulang tayang sikit..

Sayang?? Mulut takde insurans! Seb baik aku ni jenis tak makan dek puji…

Yeke Cik Akmal Shuhada? Bukan dah rasa nak rebah ke?

Shut up, hati!



Akmal~e berhenti sejenak di muka pintu. Menoleh ke arah Akmal yang lagi satu. Dua saat selepas itu, kakinya terus melangkah.

Are you alright, En. Akmal Shahadat?

Lu memang nak kena la Nenek Hati! Dari tadi Atuk Jantung dub dab dub dab, lu nak nak tambah keparahan luka duka lagi? Dah la dia nak balik kampong tu!

Cit..

Penuh misteri.

Persoalan pertama: Kenapa Akmal Shuhada meninggalkan stick note pada Akmal Shahadat? Macam nak minta izin..tapi dalam ayat penyata, kan? Hermmm..

Persoalan kedua: kenapa Akmal Shahadat bermurah hati mengoffer nak hantar Akmal Shuhada balik? Bukan diorang tu pantang jumpa ke sebelum ni? Tapi macam ada nada tanggungjawab, kan? Tul tak? Tul tak? Tanggungjawab tang apa tu?

Persoalan ketiga: Macam mana Akmal Shahadat boleh tahu yang lipas tu kawan baik Akmal Shuhada? Kawan baik yang songsang la tu maknanya! Akmal Shuhada takut lipas tak? Tapi..macam mana boleh tahu? Diorang ni serumah ke? Hah??

Persoalan keempat, yang last dah ni.. dah penat nak tanya pembaca: Akmal Shuhada dan Akmal Shahadat.. tak ke dekat namanya? Adik beradik ke? Takkan lah! Ke kebetulan yang memberi hint yang depa ni tut..tut..tut? Alah.. macam penulis ni sendiri.. Siti Zuraimi dengan Saiful Zakry.. dekat kan?


Apa-apa pun.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...




6 comments:

adela said...

lama dh tunggu entry untuk cite akmal kuasa dua nih.. hahahaha!!!!

misz nana said...

dorang ni mcm ada apa2 je..
tunang ke, husband-wife ke..
konpiuss..

keSENGALan teserlah.. said...

ohoo..
hasben n wife kaaA?

donghae said...

pening la sy...
habeskan la...
nk tau ni
hihi

petite A said...

plis cpt sikit smbr en3 t'bru..
x sbr nk tau perhbgn dorg sbn nyer..

kak ida said...

cis..lawakla hang..