Wednesday, December 21, 2011

C.I.C.I [END] ~ part 1

Effah dan Zulkifli masing-masing mendiamkan diri saat Ismail bertanyakan kehadiran Syafiq di muka pintu. Mereka berdua hanya melepaskan keluhan dengan kelakuan anak teruna mereka. Ismail, Zulkifli dan Effah mengangkat muka setelah mendengar suara Intan dari belakang.

"Ayah, kenapa tak jemput umi dan abah masuk? Semua dah siap ni.." kata Intan yang berdiri di sebelah Ismail. Muka Effah dan Zulkifli dipandang dengan senyuman. Tangan Effah disalam lembut lalu menariknya masuk ke dalam rumah. Dia berbasa-basi dengan Effah dengan menanyakan kesihatan orang tua itu. Cuba ditutup rasa hatinya pada ketika itu. Bukannya Intan tidak terkesan dengan ketiadaan Syafiq bersama orang tuanya. Dia cuma tidak mahu merosakkan 'majlis' dan mood ayahnya sahaja. Tak mengapalah sekiranya Syafiq datang atau tak. Yang penting, tetamu harus dilayan sebaiknya.

Jam di dinding telah menunjukkan 7.55 malam. Ismail terus menjemput sahabat-sahabatnya ke meja makan. Intan meminta diri ke dapur untuk membawa air basuh tangan. Setelah meletakkan bekas air basuh tangan, dia meminta diri ke belakang seketika. Tak lama kemudian, terdengar satu suara memberi salam di luar rumah.

Ismail yang ketika itu sudah duduk di kerusi, menjengahkan kepalanya ke laman untuk mengenalpasti siapa yang memberi salam. "Waalaikummussalam.. Sekejap.." kata Ismail menjawab salam lalu bangun ke pintu. Sampai di situ, Ismail terkaku seketika namun sempat mengukir senyum.

"Apa khabar, ayah? Maaf, Fiq lambat.." kata Syafiq dengan tangan dihulur kepada Ismail.

"Tak apalah, Fiq. Jemput masuk. Umi dengan abah Fiq pun baru aje sampai.." Melihatkan kehadiran Syafiq di rumahnya, Ismail mengurut dada kelegaan. Harap-harap malam ni semuanya berjalan lancar.

Syafiq menjenguk ke dalam rumah. Saat terpandangkan kedua ibu bapanya yang sudah sedia duduk di meja makan, dia mengangkat tangan tanda memohon maaf di atas kelewatan yang tidak disengajakan. Walaupun hari itu hari Ahad, dia ada kerja yang perlu diselesaikan. Dia perlu mengejar seorang Datuk di Kulim. Sebelum melangkah ke meja makan, sempat dia berbisik kepada Ismail.

"Ayah, maaflah nak tanya. Fiq belum Maghrib lagi ni. Jadi, boleh tak Fiq tumpang solat sekejap?" pinta Syafiq.

''Eh, apa pulak tak boleh. Mari, ayah tunjukkan tempatnya. Fiq tumpang sahaja bilik Intan. Maklumlah, rumah ayah ni kecil sahaja. Memang ada 3 bilik. Satu bilik ayah, satu bilik Intan, lagi satu bilik ayah jadikan stor. Bilik ayah bersepah sikit dengan kertas-kertas. Masuk bilik Intan ni.. luas sikit."

Ismail segera menolak pintu bilik anak tunggalnya. Sejak mereka berpindah ke rumah itu, master bedroom sudah diberi kepada Intan. Ismail hanya menggunakan bilik tengah sahaja. Sejadah yang tersangkut di penyidai, Ismail bentangkan ke arah kiblat. "Fiq guna saja bilik air Intan ni. Nanti ayah ambikkan kain pelekat.." kata Ismail.

"Yelah. Terima kasih banyak, ayah. Maaflah Fiq menyusahkan ayah saja. Tadi waktu lalu depan masjid, Fiq tak berhenti sebab belum masuk waktu. Ingatkan sempat nak sampai rumah dan bersiap. Tapi ada kemalangan pula kat depan tu. Tak sempat juga nak sampai rumah..."

"Alah, tak apa. Perkara kecik sahaja. Sekejap ye, ayah ambikkan kain.."

Syafiq senyum. Jam tangan di tangan kirinya dibuka lalu diletakkan di atas meja solek Intan. Matanya menebar ke sekeliling bilik. Kemas dan harum aje bilik dia ni.. Dan comel macam tuan dia jugak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Eh, kenapa Umi dan abah tak makan lagi? Ayah mana?" tanya Intan perlahan setelah melihatkan Effah dan Zulkifli sudah beralih tempat duduk ke sofa di hadapan TV.

Intan menolak pintu bilik Ismail. Kelihatan dia sedang mencari sesuatu di atas tingkat kain.

"Ayah cari apa? Kenapa tak jemput Umi dan Abah makan, yah? Kesian mereka dah lapar tu.."

"Sekejaplah. Kita makan ramai-ramai nanti."

"Ayah tunggu Intan ke? Maaflah, Intan bagi Cici makan dulu kat belakang. Bolehlah kita makan sekarang.."

"Bukan tunggu Intanlah.. Tunggu Syafiq tengah Maghrib tu ha.."

Intan sedikit tersentak saat ayahnya menyebut nama Syafiq. Dia ada kat sini ke? Bila dia sampai? Dia Maghrib kat mana pulak?

"Dah, ayah nak bagi kain ni pada dia. Dia solat kat bilik Intan tu..."

Jantung Intan berdebar-debar bila mendengarkan kenyataan itu. Kat bilik aku? Segera Intan menolak pintu biliknya. Kelihatan Syafiq sedang berdiri di hadapan meja soleknya. Melihatkan bayang-bayang dirinya di dalam cermin dilihat Syafiq, dia cepat-cepat menutup pintu.

"Eh, apa ni.. ayah nak masuklah. Nasib baik tak patah hidung ayah." marah Ismail.

"Err, sorry.. sorry.. Intan tengok Cici sekejap.." kata Intan lalu melarikan diri dari situ.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Tak payahlah Umi. Umi pergi duduk depan aje temankan abah. Dapur rumah ayah ni kecik aje. Nanti kita asyik berlaga punggung aje.." kata Intan sambil bergurau bertujuan 'menghalau' Effah dari situ. Sebenarnya dia masih malu dengan Effah. Di meja makan tadi, dia perasan yang mata Syafiq asyik menjelingnya. Sampai nak menyuap pun tak selesa. Entah kenapa.

"Kalau macam tu, Umi ke depan dululah ye.." Effah terus berlalu setelah melihat anggukan dan senyuman Intan.

Dari depan, rancak sahaja perbualan mereka. Intan sempat memasang telinga mendengar ayahnya bercerita bagaimana dia boleh membeli rumah yang diduduki sekarang. Abah Syafiq juga turut bercerita mengenai banglo mereka. Sesekali Umi Syafiq turut menyampuk perbualan dua sahabat tersebut. Sepatah pun Intan tidak mendengar suara Syafiq. Ah, biarkan dia. Tak penting lagi dah. Syafiq bercakap atau tidak bukan lagi urusannya.

"Hai..." sapa satu suara dari belakang.

Intan mengeraskan badan setelah mendengar suara dia. Langsung dia tidak berpaling tetapi meneruskan basuhan pinggan. Dia tiada hati untuk berhai-hai dengan orang di situ.

"Bye.." Intan bersuara spontan.

Ketawa. "Ingat ni lagu Ezlyn ke? Orang hai, dia bye.. Apa la Intan ni.." Syafiq mendekatkan diri berdiri di sebelah Intan.

"Kenapa datang dapur? Ruang kat sini kecil sangat. Pergilah duduk depan. Borak-borak."

"Kat depan tu tak menarik. Kat sini juga yang best.."

"Best sangat ke? Bukan orang yang 'sana' tu lagi best? Yelah kan. Maklumlah. Dah lama berkawan, kan? Kira dah saling kenal hati budi masing-masing. Dah tahu mana baik, mana buruk. Oklah tu. Tambah lagi, cantik, manja, tinggi lampai. Lelaki manalah yang tak sukakan?" Intan meletakkan pinggan yang dibilas ke atas rak.

Syafiq diam. Sepatah pun tidak menjawab. Dia tahu Intan sedang meluahkan sesuatu. Biarlah Intan nak kata apa. Dia tahu itu memang salah dia. Tapi Intan tak tahu yang kasih sayangnya terhadap Intan takkan berubah. Intan itu cinta hatinya sekarang. Lagi-lagi setelah dia nampak secebis kertas yang diframekan di atas meja solek Intan.

"Dah tu selalu sahaja keluar berdua. Shopping-shopping. Habiskan masa, habiskan tenaga, habiskan duit. Ooh, lupa pula. Ada kemampuan, kan? Apalah sangat keluar macam tu. Pegang-pegang lengan.. wow, romantiknya.." sambung Intan dengan tawa yang perlahan.

Intan capai pula tuala kecil yang digantung lalu tangannya yang basah dilap di situ. Dia mendongak memandang Syafiq yang masih lagi diam. "Whateverlah En. Syafiq. Buatlah seperti yang anda suka. Tapi malam ni, tolong bagi kata putus kepada En. Ismail di hadapan sana tu. Jadilah jantan sikit, OK. Anda lebih tahu apa yang anda mahukan dalam hidup ni.."

Tuala kecil dicampak sahaja ke sebelah rak pinggan. Intan melangkah laju. Mahu saja dia masuk ke bilik dan memencilkan diri. Tapi apa pula kata Ismail nanti lebih-lebih lagi mereka ada tetamu yang harus dilayan malam ni. Disebabkan itu, kakinya dihalakan ke ruang tamu lalu duduk di sebelah Ismail.

"Kenapa?" tanya Ismail melihatkan kemerahan pada mata Intan..

5 comments:

Kak Sue said...

Saya sokong Intan buat apa layan orang yang x sudi.... biar syafiq buat keputusan sendiri ... ramai lagi yang sudi dengan Intan kan.... hidup mesti diteruskan....

zawani mukhtar said...

apala syafiq ni..... apa prasaan die kalo intan buat mcm tu dkt dia.... ksian intan

canim said...

syafiq ni keliru kot nak buat pilihan,,,klu kata filih ex dia dulu...so selesaikn ,,jgn sakiti hati intan.....betul tu sue usah jd seperti melukut di tepi gantang ...

Kak Sue said...

cepat sambung...

Ju'A said...

lamanya menanti new n3....huhuhu