Wednesday, April 15, 2009

Kisah Di Hati 39

Penat. Satu perkataan tu aje cukup untuk menggambarkan keadaannya. Penat perut disuruh makan sampai kenyang. Penat telinga menadah cerita Kamil tadi. Dan penat jugak mata ni menahan kantuk. Dari minum petang, dia diajak untuk makan malam sekali. Ingatkan lepas tu boleh la dia balik. Rupanya tak.. Bersambung ke supper pulak. Murah sungguh rezekinya pada hari itu. Tak payah susah-susah masak. Tapi memang sebu dah perut ni dibuatnya.

Usai mandi dan solat Isyak, Aliah mengurung diri di dalam bilik. Bantal busuknya didakap erat. Cuba memproses balik ‘love story’ Kamil yang menjadi halwa telinganya petang tadi. Sungguh dia tak sangka. Antara Kamil dan Fauzi.. dia sebenarnya dipertemukan dengan Kamil terlebih dahulu!

***

“Tiga tahun lepas, Lia ingat tak masa Lia nak masuk ofis Azman, Lia terlanggar orang?”

“Lia terlanggar orang?! Mana ada? Orang tu yang langgar Lia ada la…” Sungguh dia tak lupa accident yang memalukan itu. Terhantuk ke badan lelaki tu dah satu hal. Habis salinan sijil-sijilnya berterabur terbang. Yang part last tu memang tak patut. Sampai terpegang tangan! Hish, pantang betul tok nenek moyang main pegang-pegang macam tu.. Sengaja ke tak sengaja ke, that should not be never happened! Never!

Kamil menarik senyum segaris. Dia tak lupa laa maknanya.. “Ok la. Orang tu yang langgar Lia.. Lia ingat tak siapa dia?”

“Entah mamat mana yang buta tak…”

Don’t say it was... Telunjuk yang dihalakan ke arah batang hidung Kamil menyampaikan pertanyaan..

“Awak…? Ke…?”

Kamil hanya mengangguk. Demi melihatkan anggukan Kamil yang sebenarnya Aliah sangat mengharapkan gelengan, Aliah dengan pantas menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Malu. Dia memang tak lupa kejadian tu. Cuma tak ingat siapa - yang dilanggarnya, bak kata Kamil; tapi -yang melanggar, kalau ikut kata dia. Sebakul sumpah seranah orang tu dapat. Dan orang tu pulak tunang dia sekarang..

“Gatal punya jantan! Buta ke? Macam la aku ni kecik sangat sampai tak nampak? Bangang betul laa. Siot siat siol la mamat nih! Entah pompuan mana yang malang berlaki kan kau ni… hish, cemuih!” Antara ‘jampi sumpah’ yang sempat terakam di ingatan. Bila difikirkan balik, Aliah mengiyakan yang dia la perempuan ‘malang’ tu. Kesiannya.. Tu la, padan muka. Kutuk-kutuk lagi. Dapat kat hang! Rasakan. Senyuman menguntum di bibir di sebalik kedua-dua belah tangan yang ditekup ke muka.

Kamil yang memandang Aliah dengan keadaan begitu mula rasa tak kena. Memang ada yang tak kena ni.. Tak kena dari segi cara Aliah menekup mukanya. Mengingatkannya pada seseorang yang dekat di hati tapi entah kat ceruk dunia mana boleh dia ketemu dengan gadis itu lagi.. Astaghfirullah. Tak baik betul. Tunang depan mata ni, Kamil! Sambung cerita. Sambung cerita. Cepat!!

“Tu baru incident pertama tau, Lia…” Kamil kembali menyusun ayat.

“Hah? Ada incident kedua ke? Berapa banyak kita accident ni?” Aliah semakin gelisah. Malu tadi tak habis lagi. Ni nak kena malu lagi ke? Berapa kali pulak la aku-dia berlanggar ni?

“Ermm.. yang ni kira kesinambungan dari yang first tadi. Seminggu selepasnya.” Kamil menarik kerusi mengadap tunangnya. “Ada la satu hari tu, Azman mengadu yang Lia terpaksa ponteng kelas ye semata-mata ada date kat KL?”

Ponteng kelas? Dahinya berkerut mengingat sesuatu. Lagi sekali telunjuknya melurus ke batang hidung Kamil. “Awak lagi?”

“Jangan marah tau. Lagi pun Azman bagi, kan?” Kamil dah senyum-senyum melihat gelengan Aliah. Tentu dalam hatinya dah merangka peperangan mulut tak lama lagi. Get ready la Kamil ooii..

“Bukan setakat bagi tau.. Wajib. Kena. Nak tak nak. Tu la abang bagitau dulu. Penat Lia datang. Tapi orang yang nak jumpa tu pulak, entah mana..”

“Lia marah ke?”

“Maunya tak? Awak tau tak Sabtu tu Lia ada kelas ganti? Subjek tu memang tahap killer punya. Lia tak pernah miss kelas dia. Kecuali hari yang abang suruh Lia datang KL sebab date bodoh tu.. Dah la kena paksa datang. Lia ingatkan siapa la yang penting sangat yang abang beria-ia sangat suruh Lia jumpa. Alih-alih orang tu tak datang pun.”

“Datang.. Lia je tak perasan.”

“Datang?! Dah tu, kenapa tak tegur? Lia mana la tau awak ada kat situ..”

“Saja. Nak test dulu..”

“Banyak la test awak!” Dengan jarak tak sampai semeter, tangan kanan Aliah pantas saja mendarat di peha tunangnya. “Adooiii!!” Puas dia mendengar jeritan Kamil. Padan muka!

“Ooo, dah pandai ye? Takpe takpe. Ada lori ada bas..Lia ingat treller takdek ke?” Peha yang dicubit tadi degosok dengan tangan. Bisanya tangan dia ni..

“Eleh, ada ubi ada batas, apa awak ingat keledek takdek ke?!”

Aliah dan Kamil saling berpandangan. Bahasa apa tu? Sempat lagi mereka berfikir isu yang sama. Tak lama kemudian, serentak mereka ketawa. Tak sangka pulak masing-masing ada pantun yang telah merosakkan bahasa. Hish.. jodoh apakah ini?

“Lia, kita ni mungkin dah ditakdirkan. Kan? Lia tak rasa macam tu?”

“Entah! No comment!”

“Oo, tak nak mengaku? Lia sayangkan I, kan?”

“Bila masa Lia cakap?”

“Memang la Lia tak cakap..”

“Dah tu? Mana awak tau?”

“Tadi..”

“Tadi? Explain sikit, boleh?”

“Masa mula-mula tunang Lia ni nak cerita pasal ‘teman special’ dia, Lia nak tanya samada dia sayang orang tu lagi ke tak, kan?”

Erk? Hampir-hampir tepat laa..

“Memang Lia tak bukak mulut. Tapi mata Lia tadi tu….”

Sudah! Aliah terkedu. Terdiam. Terbisu. Tak dapek nak nolong ey doh..

***

Aliah masih lagi begitu. Mengelamun. Dah puas dipintal hujung bantal, hujung rambutnya pulak menjadi mangsa. Kemudian dia tersenyum sendirian. Tahu yang diri sudah parah, dia menampar-nampar pipinya sendiri. Supaya sedar diri tu sikit..

Kebenaran 1: Aliah dipertemukan dengan Kamil di tempat kerja abangnya setelah tamatnya Latihan Industri selama sepuluh minggu di salah sebuah kilang electronic kat KL. Tiga tahun lepas. Aliah masih berada di sana sebab kuliah hanya ada pada hari Rabu hingga Jumaat. Ada la masa untuk bersantai walaupun sekejap. Sebenarnya pada hari perlanggaran tersebut, Aliah menerima mesej dari seorang rakan supaya menghantar beberapa dokumen ke pihak penaja biasiswa. Setelah ke pejabat pos, dia saja-saja singgah ke ofis Azman. Masa tu pun dah petang. Ingat boleh la mengajak Azman window shopping terus dari pejabatnya. Alih-alih, terlanggar pulak orang tu. Memang malang.

Kebenaran2: Ada pun perkenalannya dengan Fauzi semasa dia berada di tahun akhir semester pertama dua minggu selepas 'kejadian malang' di atas. Dan Fauzi pulak dalam semester kedua peringkat sarjana.. Jumpa dekat Makmal Sistem Komputer. Fauzi menyapanya terlebih dahulu. Bertanyakan pasal e-learning. Macam mana nak masuk ke suatu seksyen bagi suatu subjek yang tak diregister. E-learning memang macam tu. Perlukan keyword dari pensyarah. Dan apa yang boleh dicadangkan oleh Aliah masa tu, login sebagai guest. Kalau nasib baik, dapat la masuk. Kalau tak, tawakal je la.
Malang bagi Fauzi. Seksyen itu memang di'kawal ketat'. Login sebagai guest pun tak jadi jugak. Dengan muka kesian, Aliah bertanya Fauzi perihal subjek yang dia cuba cari tu. Mana la tau kot-kot dia boleh tolong. Dah muka tu nampak keruh semacam. Dan nasib baik la subjek yang dicari Fauzi tu, Aliah masih menyimpan nota-notanya. Sejak itu la, bermulanya kisah mereka. Berkawan. Berjumpa. Bercinta. Berpisah jua..

Kebenaran3: First come first serve! [Hihihihi..]

6 comments:

aqilah said...

bestlah. tapi lia masih tak tahu yg kamil ialah ali yg dia tercari2 selama ini. waduh....... sambung lagi ye.....................

zuezakry said...

ha'a.. kak qilah, sy bocor rahsia ye. lia tahu nanti bila umurnya masuk 26 tahun.. hihi

Miss Kira said...

napa bila umur 26 plak?

::cHeeSeCaKe:: said...

nape 26? plik gak ni..best2..rajin2 update ye..ehehehe

AdamZ said...

cpat2 lah n3 chapter last tu...
x sabar dah ni..
mcm kisah putri je...(prasaan la plak) hihihi...

misz nana said...

laa.. tau bila umo 26 plak..
hmm.. tp bila dorang dah tau sape diri masing2, kawenkan terus je la ek.. hehehe..

neway, nak n3 lagik! heee..