Wednesday, February 18, 2009

Kisah Di Hati 13

Gerammmmnya!!! Tak tahu nak terangkan tahap apa dah. Handset ditangan digenggam erat. Membayangkan lengan sasa kepunyaan Azman. Ee, kalau la ada depan mata ni, maunya tak sempat dapat anak saudara, aku kerjakan abang.

‘Lia, abang kena attend ugent meeting. Abang minta Kam temankan Lia ye.’ SMS yang baru diterima itu membuatkan dia hampir pengsan.

Eeeeeeeeee..siapa sebenarnya abang aku ni.. Azman ke Kamil? Confuse… Percaya sangat dekat si Kamil tu. Kang jadi apa-apa, baru padan muka.

Tidak lama selepas itu, kedengaran hon kereta dibunyikan. Aliah menyelak langsir dan menjenguk ke luar. CR-V. Memang betul Kamil yang datang. Nak kena pergi dengan dia ke?

***

“Q, lamanya tak jumpa kau. Apa khabar sekarang?” Seseorang menyapa Aliah.

“Ma!! MasyaAllah, kau pun datang. Ha’a la dah lama tak jumpa. Aku sihat je. Kau amacam sekarang?” Pertemuan Aliah dengan Mariam memang tak dijangka. Setahu Aliah, Mariam kini berada di Miri. Takkan balik Semenanjung dah kot?

“Aku ok jugak. Sebab tu ada kat sini.. Kau datang dengan siapa ni?” Mariam mengerling ke sebelah Aliah. Memandang dari atas ke bawah. Bukan ni rasanya bf Aliah….

“Ni Kamil. Dia..” Aliah cuba menerangkan. Tapi tak sempat nak habiskan ayat……..
“Tunang Lia…”

What!! Bila masa pulak aku bertunang dengan kau?! Buntang mata Aliah memandang Kamil di sebelah. Abang bagi mandat jadi peneman je. Peneman sementara. Tak ada kaitan langsung dengan… tun..tunn..tunang?

“Biar betul Q? Tak ada angin tak ada ribut. Lagi pun..” Cepat-cepat Mariam mengheret Aliah menjauhi Kamil. Privacy. Berbisik sesuatu. “Bukan kau dengan Fauzi ke?” Riak ingin tahu Mariam begitu mendalam. Memang macam tu sifatnya si Mariam Salma ni. Apa nak buat, macam macam tu dia pun, dia la tempat Aliah mengadu segala suka duka..

“Aku dengan Fauzi dah lama tak ada apa-apa la..” Perlahan Aliah menjawab soalan Mariam. Dah agak dah…. “Hah? Bila? Macam mana boleh clash? Kau tinggalkan dia ke dia tinggalkan kau? Sebab lelaki tu ke? Ke Fauzi ada pompuan lain?” Tu dia..kan dah agak tadi? Entah mana satu aku nak jawab!

“Kau ni Ma. Kot ya pun nak tanya, satu-satu la. Assult Rifel pun kuar satu-satu tau..” Aliah sengih. Segera pinggang kawannya itu dicuit.

“Kau ni. Berapa tahun aku kawan dengan kau? Aku ni kan stok machine gun..” Mariam juga tersengih. Memang itulah perangai dia. Senafas bertanya. Kalau bab-bab couple-clash ni memang laju je. Tapi cuba bagi soalan EMT kat dia tengok.. Hmmm.

“Eh, nanti lah sambung cerita. Tuu..” Mariam terperasan akan kebosanan Kamil tercegat seorang. Mana taknya, ‘tunang’ dah dibawa lari.

“Hmm, yelah. Sebelum balik nanti aku jumpa kau ya. Kau jangan balik awal pulak.”

“Tak la. Aku pun nak jumpa kawan-kawan lama. Ramai lagi..” Mariam meminta diri. Berlalu mencari teman-teman lain. Masa ni la nak jumpa. Tengok datang dengan siapa.. Dah bercincin ke belum… Dan macam-macam lagi..

“Sorry. Jom la kita makan dulu.” Tanpa rasa bersalah, Aliah berjalan ke depan mencari nasi. Yum yum nasi minyak. Kamil pula hanya memandang ‘tunang’nya berlalu ke depan. Seketika, senyuman terukir dibibirnya.

Alang-alang ngorat pompuan; biar ke depan, jangan buat tak tahu.. Teringat kata-kata Kamalia sewaktu dia frust menonggeng lima bulan dulu….

“Ala dik, kau ni pun satu. Lelaki kena la tunjuk lelaki. Ni tak, sekali kena reject dah macam ni. Apa daa..” Kamalia duduk di birai katil. Kamil memeluk erat bantal busuknya. Kata-kata Kamalia dibiarkan sepi. Tak menyahut.

Kamalia menyambung lagi. “Akak tengok Lia tu baik tau. Kalau kau tak berusaha pikat dia, rugi besar tau tak. Dia kan comel.. Your dream girl, right? Jangan cakap akak tak ingat apa kau bagitau kakak sepuluh tahun dulu..” Kamalia menepuk-nepuk peha adik kembar-(tahun aje)nya. Sebelum melangkah keluar, sempat Kamalia berpantun,
“Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
Alang-alang ngorat pompuan,
biar ke depan jangan buat tak tahu.” Kamalia menggaru kepala. Yang ni ke Mama ajar tadi? Apa-apa aje la. Janji dah setel.

Kamil memandang kakaknya. Dah buang tabiat ke hape? Sejak bila Kamalia beralih bidang dari sains ke sastera pulak ni? Tunggang langgang pulak tu. Sah tak sempat khatam dengan Mama tadi…


Aliah melambaikan tangannya. Cuba menarik perhatian Kamil yang masih belum bergerak dari tadi. Teringatkan siapa la tu agaknya.

Selesai menjamu selera, Aliah mengambil peluang untuk bergambar bersama pengantin. Cantiknya Lisa ni. Bagai pinang dibelah dua dengan suaminya itu. Hai, takkanla pengantin tak nampak lawa pulak.

“Congrate ye Lis. Cepat-cepat dapat baby.”

“Thanks Q. Kau bila pulak? Calon dah ada nampaknya..” Lisa sempat mengerling ke arah ‘cameraman’ tak rasmi Aliah yang terkial-kial mengambil gambar dari depan. Aliah hanya tersengih. Menggeleng.

“Lum 26 tahun la..”

“Kau ni..tak habis-habis dengan nombor tu. Kenapa?” Lisa memang tak faham dengan perangai kawannya yang seorang ni. Kalau mereka bercerita pasal kahwin, jawapan Aliah tetap sama. Tunggu umur 26 tahun baru nak serius.

“Adalah. Aku tengah menunggu..” Aliah memandang ke depan. Menjeling Kamil yang sedang berkompromi dengan tetamu lain. Apa lagi, ‘Tolong ambilkan gambar kami boleh?’ Padan muka hang!!

No comments: