Thursday, July 29, 2010

STTS~14

Perasaan apakah ini?

Yang dia tak pernah alami pun selama ni. Tak pernah dia rasa macam yang dia rasa semalam tu. Mata tak berkelip memandang. Minda cuba menidakkan.

Tapi dia rasa sangat pelik. Bukannya baru dia jumpa-kenal si Akmal tu. Dah setahun lebih. Dua bulan awal sebelum menjadi isterinya. Tapi, dia tak pernah kisah. Tak pernah pandang pun. Yelah kan, bidang kerja pun lain-lain. Pernah sekali-sekala sahaja tengok muka kalau ada meeting dengan semua boss kat company tu. Tapi tu pun, dalam kategori tak lalu nak tengok. Uhh..

Kemudian, ayahnya pulak buat gempak dengan berita dia bakal mendapat isteri. Haa, diulang. ISTERI. Bukannya calon isteri. Diulang. CALON. Kan besar bezanya. Dia tak pernah bercinta. Selama ni, dia study sungguh-sungguh. Tak pernah fikir nak ada marka waktu belajar walaupun zaman final year dah ramai kengkawan sibuk menayang girlfren boyfriend. Tapi dia?

Dek aje.
Lantak la kome.
Ada teman kisah?

Kut la nak stabil dulu. Nak ada rumah sendiri. Harta sendiri. Tak nak la bergantung harap pada harta bapaknya. Tulaa.. dia hanya mampu merancang. ALLAH jua yang menentukan.

Maka, dalam rela tak rela, dia tetap menerima Cik Akmal Abdullah (pada masa tu, cik la lagi..) setelah memikirkan yang dia tu anak kepada seorang ayah yang telah membesarkannya. Dia tidaklah meletakkan harapan pada hubungan mereka walaupun telah sah sebagai suami isteri. Sebab? Sebab dia juga ingin seperti orang lain. Mencari cintanya sendiri. Dia ingin merasa jatuh cinta. Dengan perempuan yang dicintainya. Hermm..

Tapi, tengok la apa yang dah jadi sekarang? Semalam.. sewaktu dia nak join Akmal dan Kay, kawannya si Akmal, dia telah dihidangkan dengan satu adegan yang.. ermm, sebenarnya, tidak la teruk sangat. Pernah aje la dia tengok antara kawan-kawan dulu bergurau-senda, bergelak-ketawa macam tu. Banyak betul cerita yang diorang bualkan. Sampai la satu ketika, si Kay memegang tangan Akmal lalu dibawa ke mulut lau..apa lagi? Huh, langkahnya terhenti di situ. Scenario apa tu? Kawan apa macam tu? Tak habis macam tu saja. Kay menarik pulak hidung Akmal yang cute. Kemuncak segala-gala! Lantas langkah dihala menjauhi tempat mereka dan terus keluar dari tempat tu.

Dia dah pandai cemburu!

Dah sayang dia ye?
Dah jatuh cinta dekat dia ye?

Dah lama pun perasaan ni bertunas. Masa dia balik kampong dulu, uihh..sunyinya dunia! Sebab tak ada orang nak ajak gaduh. Tak ada orang nak dibuat buli. Tapi sebenarnya dia dah rasa menghargai seorang Akmal. Kutt?

Rasanya, dah sampai masa untuk berterus terang. Tentang apa yang dia rasa. Tak kisah apa Akmal ditingkat bawah nak kata.

~~~~~


Akmal mencapai sikat. Disisir rambutnya separas bahu. Lurus. Arwah abah pernah cakap dia banyak ikut muka arwah umi. Rambut lurus pun ikut arwah umi. Dia dah jadi kabur bila mengenang arwah umi. Sepanjang hidupnya, dia tak pernah ada kenangan dengan umi. Dengan abah setakat umur sepuluh tahun. Ya, dia membesar menumpang kasih sayang Mak Su yang begitu sabar membesarkannya. Sehinggalah Mak Su pula dijemput Ilahi ketika dia berada di tahun akhir di universiti. Sehingga dipertemukan dengan Dato’ Rosli ketika menjalani latihan industry. Terus dilamar bekerja di situ. Sehinggalah dia dinikahkan dengan Akmal.

Akmal sendiri pelik. Bila ditanya kenapa, Dato’ Rosli hanya memberitahu ianya adalah wasiat. Wasiat siapa? Dan bila masa pulak dia punya sejarah dengan Dato’ Rosli. Setahunya, arwah abah hanya dua beradik dengan arwah Mak Su. Arwah umi pula anak tunggal. Jadi, kaitan dengan Dato’ Rosli ni, dia tak tahu daripada siapa. Mengingatkan jasa baik Dato’ Rosli dan juga wasiat yang entah dari siapa tu, dia memperjudikan nasib di tangan anak teruna Dato’ Rosli. Memang makan hati aje!

Tapi, sejak dua menjak ni dia sendiri merasakan ada sedikit perubahan pada si dia, di tingkat atas. Kata-kata dah kurang menyakitkan hati. Muka pun tidak la kelat seperti dulu. So far, layanannya dah bertaambah baik. Tak tahu la samada dia mempunyai muslihat tertentu atau pun tak. Yang pasti, boleh dibuat kawan. Akmal tidaklah meletakkan harapan untuk menjadi isterinya seumur hidup walaupun hati dah mula berangan ke arah itu. Well, kena terima hakikat la kan. Kita ni siapa la.. Dulu, orang tu tak sudi pandang pun. Jadi, patut la diletakkan batu tanda sebelum perasaan tu bercambah-cambah.

Dulu, sebaik sahaja akad dilafazkan, masing-masing diam membisu. Kau cara kau. Aku cara aku. Tapi sejak peristiwa semalam tu, dia rasa lain. Susah nak explain! Kata tak suka..tapi yang cemburu tu? Err.. hish, tak paham.

Dan selepas masak sebagai denda, kena teman makan sebagai denda tambahan, pada malam semalam…

Akmal memandang muka pintu selepas terdengar ketukan di situ. Laa, Mak Yah ni.. mesti tak boleh tidur. Kesian dia..

Akmal menarik daun pintu.

“Hai.. boleh cakap sikit?”

7 comments:

nabila adnan said...

~x sabar nk baca luahan hati Akmal aka garapan seterusnya dr penulis..
sy sabar menungguu~~

MizaEija said...

nabila..stuju2,,,
sabar menanti...

nu adika said...

best.. nak lagi. cepat2 la cket. lame benor hah ni tunggu. huhu

ntahsapeni said...

ish tak sabarnye tunggu next n3..!kalau dibuat dlm versi cetak..seronoknyer..!!!

zuezakry said...

ntahsapeni, akak tak nak ke versi cetak ye.. tak layak :)
untuk enjoy saje2..

endless love said...

kak ct,
bile karya kak ct nak dibukukan?
suke sgt bace cerita2 akak.
bile stts ni nak dibukukan..
kalo nnti nk publish
bgtau la..
sure sy org first bli novel akk

zuhayra said...

beeeesssttt!! sambung lagik!!