Tuesday, April 7, 2009

Kisah Di Hati 37

Sungguh la.. Manusia hanya merancang, Allah jua yang tentukan..

Senyap sunyi sahaja di meja mereka kala itu. Ada tak ada pun cumalah bunyi sudu garpu berlaga dengan pinggan. Sepatah kata pun tak keluar. Restoran Bidadari masa tu punya la ramai orang. Tapi kenapa ye macam tak de bunyi langsung?

Aliah mengunyah perlahan nasi goreng kampungnya. Muka pulak tekun je mengadap pinggan. Anak matanya pun tak melilau ke sana ke mari seperti selalu kalau makan bersama tunangnya. Berlakon. Hatinya mengeluh tiba-tiba. Ingatkan boleh la cipta sejarah hari ni sebab ada banyak benda nak borak dengan si tunang yang semakin mengambil tempat di hati. Apa la…

Kamil mencapai Fresh Orangenya lalu disedut perlahan. Hee, apa la nak jadi ni. Takkan la dah bisu kut bila jumpa balik? Satu patah kata pun tak keluar-keluar lagi selepas bagi order kat pelayan tadi. Kiri kanan dipandang. Mencari idea untuk memulakan perbualan. Tapi entah kenapa tiba-tiba dirasanya seperti kotak suara tertinggal kat mana-mana..

Fauzi masih lagi diam mengadap mee goreng. Dikuis perlahan-lahan. Entah la aku ni.. Penyibuk ke? Uihh, takde..takde. Dia ada bersama diorang ni atas ajakan Ali, sahabat lamanya. Rasanya tak salah, kan? Tapi, kenapa tiba-tiba ada rasa bersalah pulak ni.. Fauzi tidak berani memandang gadis yang duduk bertentangan dengannya kini. Segala-gala dirasakan kekok. Yang amat memang tak ingat!

“Lia, Jik.. Sorry. I nak jawab fon jap eh..” Deringan telefon Kamil membuatkan dia meminta diri. Bagi la chance.. Dia bukannya jenis jealous tak bertempat. Sah-sah Fauzi dah jadi suami orang dan Aliah pulak adalah tunangnya. Takkan berani buat skandal pulak? Hish, mintak jauh Ya Rabbi. Aku sayang Lia sangat-sangat..

Rasanya ini adalah peluang terbaik bagi diorang berdua untuk berbincang. Bincang je la apa-apa yang patut. Tak pun setakat bertanya khabar pun ok. Kamil segera melangkah ke tempat lapang berhampiran cashier.

“Ila, kau sihat?” Fauzi mula bersuara. Kena la tunjuk gentlemen.. Kalau nak tunggu orang depan mata ni bukak mulut dulu, huh.. Kucing dah keluar tanduk pun belum tentu boleh dengar suaranya.

“Alhamdulillah sihat. Macam mana life kau lepas kawen?” Aliah bertanya sekadar buat cukup syarat. Nasib baik la dia bukak suara dulu. Nak harapkan aku, uhuh.. tunggu la kucing bertanduk tiga dulu ye..

“Alhamdulillah. So far ok. Kau bila nak langsung?” Soalan itu hanya dijawab oleh Aliah dengan menjungkit bahu. “Aku pun terkejut jugak bila dapat tau yang tunang Ali tu, kau. Untung tau Ila. Ali tu memang ramai perempuan kejar. Tapi dia tak pernahnya nak layan. Ni tup-tup dia dah bertunang dengan kau. Mesti kau special pada dia..” Fauzi cuba menyambung lagi. Tapi semuanya nampak janggal. Entah kenapa la ditakdirkan Si Lia ni tunang Ali. Sempat lagi hati kecilnya berbisik.

Aliah hanya memasang telinga. Mendengar. Pertama kali kawan kepada tunangnya menyebut nama ‘Ali’. Azman dan Kak Mawar pun panggil ‘Kamil’. Best pulak. Comelnya.. Ali..Aliah. Hihi.. Tanpa sedar dia mengukir senyum. Gila betulla aku ni.. Hanya tiga huruf itu boleh buatkan jiwanya hidup..

Fauzi perasan dengan senyuman Aliah. Nampak gaya macam senyuman bahagia. Aku doakan kau, Ila. Ali lelaki baik. Dan perempuan yang baik macam kau berhak dapat lelaki yang baik jugak. Macam Ali tu.

Tak sangka sungguh. Kunjungannya ke pejabat Ali tadi adalah untuk melawat sahaja. Kebetulan ada kerja dekat-dekat situ. Dan tak tahu pulak sebenarnya Aliah ada sama di ofis Ali. Dah ready untuk keluar lunch pun. Terus dia diajak Ali untuk lunch bersama-sama.

“Wife kat mana sekarang?” Setelah lama menyepi, Aliah bersuara kembali. Peliknya suasana ni. Dulu tak pernah tak de modal nak bercakap kalau dengan Fauzi. Yelah, masa dulu tu tak wujud lagi Syarifah Zaharah dengan Ali Kamil ni. Dulu hanya ada Ila dengan Jie sahaja. Tapi sekarang? Ermm, zaman dah berubah..

“Dia kat Sarawak. Attend seminar.” Begitula adanya seorang pensyarah. Asyik-asyik bengkel, seminar, kursus.. Bukanla selalu sangat sebenarnya. Tapi bila satu kena attend, berderet-deret la nanti agaknya.

“Macam tu..” Aliah mengangguk. Teringin sangat dia nak tanya kenapa dia tak dijemput masa perkahwinan antara Fauzi dengan isterinya.

“Sorry guys. Tiba-tiba ada masalah kat site. Tu yang lama sikit.” Kehadiran Kamil ke meja semula bagaikan rahmat buat Aliah. Tak betah berdua-duaan dengan Fauzi di meja ni lama-lama.. Dan tertangguh lagi la soalannya.

Perbualan yang tadi tergendala, kini disambung semula. Kali ni, yang banyak mulut tentulah Kamil dengan Fauzi sahaja. Aliah pulak lebih banyak mendiamkan diri. Menyampuk sekali sekala. Tu pun kalau ditanya, dia menjawab. Kalau diusik dek Kamil tu, menepis la jugak apa yang patut.

“Ok la. Aku pun nak kena balik ofis ni. Thanks belanja aku. And sorry kalau aku ganggu lunch date korang.” Fauzi meminta diri.

“Apa pulak ganggunya. Lain kali kita boleh makan sama lagi. Kan Lia?”

Erk? Tetiba nama kena sebut pulak ni.. Hish, Kamil ni pun satu la..

Kamil hanya senyum. Lia.. Lia. Abang kan ada.. Yang nak takut sangat tu kenapa? Dalam hati aje la. Sebab dia tahu kalau Aliah dengar..
"Kahwin la dengan adik awak! Lia tunang awak je.."

Ada ke patut?

7 comments:

Hafia Hana said...

hu..hu..

x sbr tgu next n3

cpt ckit ehh!

azie.me said...

k la yg nie...
smbg2....
xsbr nk bc next n3....

aqilah said...

apa ni???? excited dah nak jumpa, tapi sunyi , sepi.......... apalah................. apapun, nak lagi........................

::cHeeSeCaKe:: said...

da jmpe xmo ckp lak..
isk4..peluang tu..
ehehe..next kak..

nana_yoong said...

seronotnyer bace..
sehari ni khatam terus semua episod

suke2..
nak lagi

aqilah said...

dik, sambunglah cepat. tak sabar tau!

bidadari cinta said...

BEST LA CITER NI...