Thursday, February 18, 2016

STUPIDO IMPIANA ~7~

Sekarang Rin asyik berkepit dengan tunangnya sahaja. Dah tak layan aku lagi. Sebab inilah yang aku malas nak keluar buat teman. Temanlah sangat padahal teman yang tu dua puluh kali lebih attractive daripada aku.
      
Aku mati kutu sungguh. Orang yang sepak kaki aku tadi dah lama blah dari situ. Aduhai, kalaulah aku tahu nak jadi macam ni, aku buat-buat tak malu tumpang si dia balik. Eh tak, tumpang si dia lepas tu cakap baik-baik supaya tolong hantar ke rumah. Alah, kenal sangat perangai kerek dia tu, takkan bagi tumpang punyalah.
            
Dah tak tahan dengan ketidakpedulian crush infiniti, aku mula buka langkah. Boraklah korang sampai pengsan. Baik aku pusing-pusing mall ni cari apa yang patut. Dan sungguh aku tak sedar tangan dah tarik troli kemudian laju saja aku masuk ke pasaraya. Sempat aku cari telefon dari dalam beg dan SMS Rin. Sat lagi dia buat-buat lupa terus tinggal aku kat situ, dah jadi satu hal pula nak menapak jalan kaki balik rumah. Jauh tu Rin!
            
Aku tengah berfikir untuk beli sedikit barang keperluan. Mulut dah buat macam-macam muncung dengan harapan teringatlah barang-barang yang dah habis kat rumah tu. Baru sahaja aku taip nak sesuatu di telefon, ada orang tegur dari belakang.

"Nak beli apa?" 

"Cutton buds dah habis."

Okay. Dah habis ayat penyata tu baru aku beralih pandang ke belakang. Darah memang terasa naik ke muka. Merah habis muka aku ni tak tahu nak sorok dah.
         
Dia berdehem. “Sorry, tak berapa dengar. Diorang pasang lagu ni kuat sangat.”      
Aku cepat-cepat tolak troli. Allahuakbar, kat mana nak sorok muka ni? Hailah… asyik termalu aje kalau ada dekat dengan dia. Amende la kau Khadijah oi? Ada sindrom sewel apa lagi lah ni ya?

“Khadijah.”

Aku dengar dia panggil dari belakang. Kaki yang sedang laju berjalan jadi perlahan dan berhenti. Otak aku ni tengah timbang-timbang. Khadijah tu nama aku, betul. Rasanya yang panggil Khadijah tu, dia kan? Eh, sejak bila dia tahu nama aku? Oh, tadi tunang Rin ada sebut.

 “Ya, encik panggil saya ke?” Dah ayatnya skema, kita kena balas skema juga.

Bukan dulu dia suka panggil aku adik, dik, kau? Kan? Ni kenapa tiba-tiba Khadijah pulak yang keluar. Haih, nasib dia tak panggil hoi! Alhamdulillah.
           
“Tunggulah. Jalan sama. Aku nak tumpang troli. Ada barang nak beli.”

Fuh, lega. Nasib baik dia masih Abang Milo yang dulu. Kalau tiba-tiba tadi dia sebut, “Jadi girlfriend saya?” Korang tak rasa aku pengsan kat sini?
           
Okaylah. Mengaku jugalah sebab dia cinta pandang pertama, kan? Kalau nak berangan setakat dalam hati tu, dimaafkanlah. Agaknya? Yang penting dia tak tahu. Dah lama tak jumpa dia ni. Status dia pun aku tak tahu. Tiba-tiba kejap lagi dia tunjuk gambar wedding dari dalam wallet dia, tak ke lagi ada aksi Hindustan kat sini? Tak nak tahulah!
            
Biarkan kami dengan fakta pertama – kami hanya kawan.
            
Disebabkan fakta itu yang keluar, maka dengan baik hatinya aku tanya, “banyak ke barang nak beli?” Dia dengan handsomenya ambik troli dari aku dan jadi tukang tolak dah lepas tu.

“Khadijah.”

Dia panggil lagi. Aku yang sedang pilih barang pandang dia.

 “Ada apa?”

“Khadijah ya nama kau?”

“Kalau bukan, kenapa?”

Dia dah geleng-geleng kepala.

“Kenapa tak pernah bagitau nama kau dulu? Aku ingatkan nama kau lain,” tanya dia sambil masukkan beberapa barang ke dalam troli.

“Sebab tak pernah tanya buat apa nak bagitau. Nanti kalau saya bagitau pun, ada orang akan cakap aku tak tanya pun!”

“Mungkin ada betulnya juga tu.”

Tangan dia laju sahaja ambil barang dari rak dan masukkan ke dalam troli. Sepatutnya dia kena ambil troli yang lain, bukan tumpang troli aku. Barang yang aku nak beli terpaksa cancel sebab asyik ikut kaki dia sahaja. Mengalahlah, Khadijah. Lain kali boleh datang beli lagi.

“Kau duduk sini dah lama?”

“Lepas habis belajar dulu, terus datang sini. Kenapa?”

“Kenapa tak tinggalkan jejak?”



Dia tanya lagi.

~~~~~~~~~~~~****~~~~~~~~~~~~

Sibuk sahajalah nak tahu pasal orang. Okey, itu aku. Kali ini tinggal aku dengan Abang Milo sahaja. Sejam lepas Rin SMS aku katanya dia nak ikut tunang ke satu tempat. Hailah budak Rin ni. Bertambah geram aku dibuatnya. Tadi dahla paksa-paksa orang keluar. Paksa orang pakai baju lawa-lawa. Ni kena paksa lagi? Rin cakap sila cari alternatif lain sekiranya taknak balik rumah jalan kaki.

Tak heran! Hari ni aku nk pecah rekod jalan kaki dalam panas sampai rumah.

Abang Milo ajak minum-minum di kedai depan mall. Saja nak borak-borak katanya. Dah namanya nak borak-borak, aku tanyalah dia pasal status. Gila ke tak tanya. Sekurang-kurangnya bila dah tahu status, bolehlah aku buat line ikut ketebalan. Contoh, kalau dia bagitau dia dah jadi suami orang, line tu kena tebal dan hujungnya tak boleh berpisah. Senang kata, restriction area! Kalau dia cakap, dia masih single dan memang tak ada sesiapa, aku bolehla letak line putus-putus. Hihihi masih ada harapan. Tapi kalau dia cakap dia dah ada macam Rin ada, aku pun garu kepala nak letak line macam mana.... Tak baiknya!

Tapi jawapan baik punya dari dia, "....sibuk nak tahu pasal orang, kenapa?"

Okay, itu main tarik tali namanya. Aku juih bibir. Lantaklah nak bagitahu takpe, tak bagitahu pun tak pelah. Aku tak kisah!

"Jejak apa yang tanya tadi?" aku pancing borak. Tak boleh nak buat mesra-mesra sikit dengan dia ni, bahaya. Tapi lebih teruk lagi boleh menyakitkan hati. Macam manalah aku boleh tersuka dia? Naik hairan aku dibuatnya. Setakat crush-crush tu, macam bodoh sahajalah sebab guna alasan budak-budak. Balik nanti nak fikir-fikir kut-kut masih ada sisa kenangan antara aku dengan dia yang boleh buat aku jatuh hati...

Dia pandang aku. Mata kami bertemu! Uwekk, catatan paling jiwang, Jah. Tapi memang betullah dia tengok mata aku. Oh, sepatutnya lebih tepat lagi, matanya terpandang mata aku. Dalam mata dia macam ada dendam yang belum terlunas. Dah sudah, aku ada hutang pulak ke dengan dia ni? 

Dia geleng kepala. 

"Pinjam telefon kau."

Terus sahaja telefon aku yang ada atas meja depan mata dia dicapainya. Alamak, abang Milo pun tahu taktik orang Korea rupanya. Aku senyum-senyum dalam hati. Harap muka sahaja rock, dalam hati ada bunga!

Eh, jap! Phone aku ada password tu. Dah terlambat, dia cuma angkat kening dan sengih senget. Eh, eh, eh? 

"Dah, simpan nombor ni elok-elok." Dia bagi balik telefon aku lepas buat misscall. Terkedu.

1. Sungguh muka tak sama hati.
2. Password aku... dia teka ke dia tahu?

Lepas sahaja scene tu, aku tak ada cakap apa-apa lagi dah. Rasa macam nak terus balik sahaja ni. Bab password tu aku memang malu sungguh ni. Macam mana dia tahu? Macam mana dia tahu? 

Aku ambik telefon untuk save nama dia. Dulu aku save sebagai Abang Milo. Tapi takkan sekarang pun sama? Masa nilah aku teringat nak tanya nama dia.
"Nama?" jari dah ready nak tekan keypad.

"Kau save aja SA."

Korang agak?


--------------------------------------------------------

p/s: saya tak pastilah harus beritahu atau tidak. actually SI ni ada publisher berkenan :p
tak tahulah nak kata. projek ni dah setahun tertangguh. laluan Khadijah dengan SA ni bengkak bengkok sangat. saya garu kepala :)
tapi saya nak cuba juga sampai ada titik noktah. kalau tak, nanti jadi macam kisah saya sendiri, parah juga :)
dalam blog ni, habis setakat bab 10 sahajalah ya. 
terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.
p/s/s: format yang atas tu terabur sikit sebab copy paste dari Word.