Thursday, November 18, 2010

STTS~18

Serius dia menghadap skrin computer. Tangannya lincah menekan huruf-huruf di keyboard. Sesekali dijeling fail di sebelah kiri. Sekejap-sekejap dia membelek dokumen di atas tray. Sibuknya dia. Bukan main lagi… Jom ikuti kisah di sebalik kesibukan dia ni ~~

~~~

Mak Yah masak nasi goreng dengan scrambled egg sebagai sarapan pada pagi ni. Akmal menutup pintu bilik lalu terus menapak ke dapur. Dia menjenguk-jenguk mencari kelibat Mak Yah. Sayang seribu kali sayang, kelibat yang dicari tak jumpa. Worst part, kelibat yang tak nak dijumpai, telah memunculkan diri.

“Tidur ok?” Walaupun muka menunduk, dia sempat menangkap herotan bibir pada orang yang bertanya. Perli..perli lagi!

Dia tidak menjawab. Ya atau tidak, tidak.. angguk atau geleng pun tidak. Yang kedengaran sebagai jawapan, hanyalah tarikan kerusi. Akmal~c duduk membalikkan pinggan lalu menyenduk nasi.

Pihak lawan juga melakukan aksi yang sama, menarik kerusi dan menuang minuman sendiri. Dalam hati, dia sangat-sangat berterima kasih kepada Mak Yah yang baik hati. Ha’a, baik hati meninggalkan rumah pada pagi hari selepas menyiapkan sarapan. Ada perkara yang perlu dibincangkan dengan pihak lawan tanpa gangguan. Justeru, dia telah mencadangkan malam semalam, “Mak Yah ni dah obes ni… pagi esok pergi jogging ye. Ni dah beli kain sutera, cantik buat kebaya. Kalau Mak Yah kurusss sikit mesti cantik..” Hasilnya pagi ni, memang Mak Yah jogging. Bravo, Mak Yah!

~~~~~~ Homestay @ Jeli ~~~~~~~~~~~~~

Mereka tiba di sebuah homestay di Jeli lebih kurang 11.30 malam. Puan Ramlah, empunya homestay sudah menunggu di laman.

“En. Akmal, ada 3 bilik kat sini. Akak dah reservekan bilik master kat atas. Dalam tu dah ada bilik mandi. As per request, kan?”

“Terima kasih akak ye. So, saya parking kat luar aje la. Kat laman ni macam tak de ruang dah ni.”

Puan Ramlah mengiyakan sambil menyerahkan kunci bilik kepada Akmal. Cik Akmal masih menunggu di dalam kereta. Dia tak tau lagi, ada sesuatu menunggu dia… Uu la laaa...

Akmal mengambil beg baju. Setelah mengunci kereta dia menapak masuk ke dalam rumah teres dua tingkat yang telah diubahsuai dan berjalan ke tingkat atas. Akmal lagi seorang setia mengekornya dari belakang.

“Erm, excuse me En. Akmal..” Akmal berhenti menapak. Ok oww, dia sudah dapat agak,ah?

“Iye, Puan Akmal?” Wohoho, impress! Puan yeee…

“Dua bilik asing, kan?” Hot question! En. Akmal dah berdebar nak menjawab. “Erm…”

“Don’t tell me….” Cik Akmal belum sempat menyempurnakan satu pertanyaan, tetapi sudah dijawab dengan dengan satu jari telunjuk dari En. Akmal.

~~~~~

Sebab tu lah yang Akmal~c ni muka menunduk aje. Kalau boleh, dia tak nak ingat langsung pasal yang jadi kat Jeli dulu tu. Rasa macam nak patah balik aje. Apa dah jadi? Biarlah rahsia.

Sementelah dia tak menjawab soalan boyfriendnya, hanya menelan nasi sahaja, En. Akmal tidak berpuas hati. Tetap bertanya. Tetap mengungkit. Tetap juga nak sakitkan hati si girlfriendnya.

“Jumpa kat ofis!” Akmal~c menyudahkan secawan teh. Telinganya tak boleh tahan dah. Dia menggalas beg laptop ke bahu. Menolak kerusi dan memulakan langkah.

Standby..standby..

“Malam ni, pindah bilik.” Tangan menguis nasi.

“Excuse me?” Langkahnya terhenti.

“Naik atas.” Mencedok scrambled egg.

“Sorry?” Kepalanya berpusing.

“New life..” Nasi di hujung jari.

“Again?” Badannya turut berpusing.

“Baby, kan???” Sesuap nasi selamat ke mulut.. Selamat! Tak perlu cakap apa-apa lagi. Ustazah pesan, tak elok bercakap masa mulut tengah penuh, kan?

~~~
That’s why dia busy hari ni.. Uuuu, sekarang dah tahu, kan?

8 comments:

hanis501 said...

is she pregnant or wht ? gosh wht is it?

ShaaKay♥ said...

ape ni ape ni? haha suspen btol laa, hahha

Farah Shamsudin said...

uh,
apa jadi sebenar nya neyh?
haha,,
comel jer dorang berdua neyh,,

Unknown said...

sikitnyaa.. suspeblah.. huhu

et said...

heee.lame tunggu.akhirnye ade entry baru.thanx so much.

x sabar2 nak tau samb.hihi.^^

nurhakim said...

salam,,
xbar nk bc n3 bru.
trtnya2 gak pe yg akn jdi lpas nie..hope smthing yg happing..hihi

NisaAman said...

npe ep strusnya tableh bkak?

belle.talib said...

haiyyah...sangat pening la....
haha...tapi amat best. tahniah2.