Wednesday, May 26, 2010

STTS ~ 10

Teksi berlalu pergi. Akmal~e menunggu sehingga kelibat teksi menghilangkan diri. Barulah dia melangkah masuk ke rumah. Ekor kening kirinya diangkat-angkat. Macam ada misi jahat yang sudah direncana.

Akmal~c di dapur kehairanan. Kenapa sunyi aje? Selalu waktu-waktu macam ni Mak Yah dah bising di dapur. Puas dicari kelibat orang tua tersebut. Namun masih tak ketemu. Usaha terakhir yang memungkinkan dia mendapatkan jawapan adalah..

“Mana Mak Yah? Tak nampak pun..” Dia bertanya kepada tuan punya banglo yang sedang ralit membaca surat khabar di ruang tamu.

Akmal~e menjawab lambat-lambat, “Mak Yah cuti. Dua minggu..”

2 minggu?! Membesar mata Akmal~c. Demam ke apa mamat ni? Siapa yang nak buat kerja rumah? Dua minggu lama tu! Dua hari tu boleh la dimaafkan.. ni sampai 2 minggu. Aiseh.. kena tangkap khalwat ni kalau tinggal berdua aje.

Kepala yang bertudung digaru-garu. Hatinya masih tak henti-henti berfikir. Baru aje teringat nak minta Mak Yah masak sesuatu untuknya. Habis tu, siapa nak masak ni?

“Kau ni kenapa? Dari tadi duk garu-garu kepala tu? Gatal?” Akmal~e meletakkan surat khabar. Matanya beralih ke Akmal~c.

“Tak adala. Aku tengah fikir.. Mak Yah cuti dua minggu?”

“Ha’a. Dia ada hal kat kampong. Kena balik. Kenapa? Ada masalah?”

“Eh, takde. Takde masalah pun. Cumanya, apasal kau bagi dua minggu? Tak dua bulan ke, dua tahun ke?” Sambil berkata, dia terus melangkah. Argh..masak aku macam ni. Bagai dah tahu apa akan jadi selama Mak Yah takde ni. Mesti penderaan bakal berlaku. Huhu..

Mak Yah ni pun satu! Kenapa cuti mengejut macam ni? Dah tak sayang aku agaknya. Dah la semalam plan tak jadi. Asalnya, nak bawak Mak Yah jalan-jalan. Tengok wayang. Sambil-sambil tu, boleh la nak bercerita pasal orang perempuan. Ni tak. Lepas aje makan dan solat Zuhur, Mak Yah mengadu sakit perut pulak. Akmal si bos tu cakap, Mak Yah senggugut. Eh, pulak? Mak Yah kan dah menopous? Senggugut datang dari mana pulak ni? Setelah dipujuk rayu oleh Mak Yah, kena la kuar ‘berdating’ dengan mamat sombong tu! Ee, tak sukalah!

Cerita Hiccup dengan Toothless berjaya melupakan kesengsaraan aku menonton di sebelah orang yang aku.. (huh..payahnya nak describe tentang dia). Tapi sekejap aje lah. Di penghujung cerita tu, ada satu part yang suspen. Samada Hiccup hidup atau tak. Masa tu, dirasakan bahu kanan aku ni berat semacam aje. Ahh, dia buat dah! Apa pulak ni, landing-landing kepala kat sini? Ingat free ke? Tapi, sebab malas nak gaduh, dibiarkan sahaja. Takpe, berani buat berani tanggung ek. Esok, pancitkan tayar keta dia.. Uih.

Malas nak layan. Buat la apa sahaja, asalkan kau bahagia.

Kan lepas tu dapat tahu, Hiccup masih hidup. Toothless yang selamatkan dia di dalam lingkaran sayapnya yang besar tu. Over excitednya mamat ni. Pipi aku pulak jadi mangsa. Ee, tak suka la. Bau sardin! (Mesti sebelum keluar dia habiskan sardin roll yang pagi tu punya).

Macam-macam jadi dalam satu hari keluar dengan dia. Ni, apatah lagi kami ditinggalkan berdua selama 2 minggu. Uuu.. tak dapat den bayangkan.

Akmal~c mengunci pintu bilik. Fikir..fikir. macam mana nak buat supaya tak ditinggalkan berdua. Dia menjenguk ke jendela. Ingin saja dia lari balik kampong Mak Yah. Tapi kat mana? Sudah.. Akmal~c mundar-mandir pula di dalam bilik. Macam mana ni..

Selang beberapa jam setelah terperap di dalam bilik, ada ketukan di muka pintu beserta satu suara kecil. Dia membuka pintu. Mira sedang tersengih di situ dengan teddy bearnya.

“Hey, Mira buat apa kat sini?”

“Mira datang nak jumpa auntie.”

“Datang dengan siapa, sayang?”

“Umi dengan ayah..”

Akmal mendukung Mira. Uih, berat! Budak ni la..

Di ruang tamu, Long dan Kakak sedang berbual dengan Akmal~e. Nampak serius aje. Ketika Akmal~e mendekati, perbualan mereka terputus. Akmal~c menurunkan Mira lalu bersalam dengan Kakak. Mereka saling berbalas pandang.

“Shu, sihat ke?” Long memulakan bicara.

“Alhamdulillah. . sihat. Mengejut aje Long datang?”

“Iye. Long minta maaf sangat sebab terpaksa susahkan Shu laki bini. Long ingatkan nak tinggalkan Mira kat sini dalam seminggu dua. Kami berdua kena pergi Singapore. Urgent. Tapi Mal cakap, Mak Yah tak ade. Dia cuti pulak. So, kena fikir lain la ni..”

Akmal~e diam membisu. Bukan dia tak nak tolong. Tapi Mak Yah tadi macam happy sangat bila diberi cuti. Takkan nak panggil balik. Lagipun, dah lama orang tua tu tak bercuti. Aduh, serba salah pulak. Lagi pun…

“Long dengan Kakak pergi lama ke?” Akmal~c mencelah di sebalik kebisuan yang melanda.

“Kalau ikutkan program, selama seminggu. Tapi kalau ikut pengalaman tahun lalu, biasanya takkan cukup seminggu. Maybe akan berlanjutan dua tiga hari. Pasal kerja ni tak boleh nak jangka. Tapi tu la.. macam mana sekarang ni, umi?”

“Masalahnya yah, Mira takdek passport ni..” Kakak mula bimbang mengenai puterinya.

“Takpela. Shu jaga.." Dengan ikhlas dia menawarkan diri. Kepalanya berpusing ke arah Akmal~e di sebelah. "Kau…” opss.. nak meminta ni kena lembut-lembut sikit. “Hermm, abang tak kisahkan Mira kat sini? Shu akan jaga dia. Samada Shu cuti tanpa gaji, atau pun benarkan Shu buat kerja dari rumah. Kesian dekat Long..”

Uuuu.. Tanpa sedar, Akmal~e hanya mengangguk.

Akmal~c senyum. Dia mengucup pipi Mira berulang kali.

Kan settle?

Dan tanpa Shu sedar juga, ada pandangan cemburu dan iri memanah Mira.

7 comments:

fazliana said...

wuwuwuwu..
rndu kat akmal2 ni..
eheheh.

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
akmal laki tu jeles ngn mira apee?

Iffahnazifa said...
This comment has been removed by the author.
Iffahnazifa said...

Uish,takkan la dgn mira pn nk jeles..hehe:D

Unknown said...

akmal-e mesti lar jeles sbb rancangan die gagal... huhu..
akmal-c bersyukur sbb die tak de lar kena duk berdua ngn akmal-e.. nnti kena tangkap 'khalwat' pulak.. hehe adoiii mcm2 akmal-c pikir ekk..
huhu rindu giler lar ngn akmal-e n c...

Unknown said...

hepinya ari nih.. bila bukak ada n3 bru.. yehhhaaaaaaaa

Umi of three Nurul (UotN) said...

jelez ngan budak kecik..sbb rosak dia punya prgrm. hahaha