Thursday, February 27, 2014

My Suami, MINE -8-

"Kita nak ke mana sebenarnya?"

"Kampung. Jumpa tok wan."

Ain telan liur. "Maksudnya?"

"Kau belum jumpa tok wan lagi kan? Masa kita kahwin dulu, tok wan pergi umrah. Dah balik umrah, pak long aku culik dia ke Sabah. Tak sempat nak kenalkan kau kat dia, kau dah lari." Amar menjeling Ain yang kelihatan resah di sebelah.

Pagi tadi Amar menjemput Ain di kawasan pejabat. Mahu menjemput di rumah, Ain tidak mahu berinya alamat. Tak nak panjangkan cerita, Amar ikutkan sahaja kemahuan Ain.

"Yang kau takut ni kenapa?"

Ain diam tidak menjawab.

--------------------------------------

"Alahai Amar... Kenapalah hang sanggup buat Ain macam ni? Hang tau kan yang Ain ni anak yatim piatu? Kau ni... tak tahu dosa pahala ka?" tanya tok wan mahukan kepastian. Ain hanya diam sahaja dari tadi.

"Tok wan. Janganlah serang Amar macam tu. Biar dia cerita dulu," kata Kak Laili di sebelah Ain.

Kak Laili tahu yang tok wan kecewa dengan Amar. Mama Amar pun dah kena bebel dengan tok wan tadi. Tok wan kata mama Amar tak pandai didik Amar untuk jadi suami dan jaga isteri yang berstatus anak yatim piatu. Mama Amar yang tidak tahu menahu kisah Amar dan Ain terus-menerus membela diri.

Menurut mama Amar, selama Ain tinggal dengan mereka, pasangan itu hanya baik-baik sahaja. Tak ada tanda-tanda bergaduh atau tidak suka. Yelah, kalau tak suka... takkanlah Amar mahu meminang Ain. Mama Amar jadi bingung dengan kisah Amar-Ain yang tok wan cerita. Mana satu yang betul?

"Tok wan, memang Amar yang salah dalam hal ni. Mama dengan Ain tak tahu apa-apa pun," Amar mula bersuara.

Amar kemudian meneruskan cerita. Sejak zaman sekolah menengah, masuk ke universiti, semuanya dia ceritakan kepada tok wan pasal Syamsul. Dan bagaimana dia boleh terjumpa Ain. Tidak ada satu pun yang dia rahsiakan. Cuma satu sahaja yang dia belum beritahu...

"Dah tu sekarang macam mana? Dah puas balas dendam? Apa yang kau dapat buat macam ni Amar oii... seksa anak orang... seksa hati orang...." Kak Laili mula hilang sabar setelah mendengar cerita Amar. Dia bangun mencari air sejuk di dalam peti tok wan bagi meredakan perasaan marahnya. Selama tiga tahun Ain kat sini, dia yang tengok jatuh bangun Ain. Daripada budak yang tak tahu apa-apa, bertahan dan terus bertahan untuk hidup seorang diri di tempat asing, sampailah dia boleh jaga diri sendiri. Ain buat semua ni sebab nak lari dari Amar yang... yang.. ish. Tak sangka sungguh sepupu yang Kak Laili bangga-banggakan tergamak buat macam tu pada isteri sendiri!

Tok wan perhati sahaja gelagat Laili. Dia kembali menoleh pada pasangan di hadapannya. Nasib baik semua perkara diceritakan lepas makan. Kalau sebelum makan tadi, tok wan jamin dia sendiri yang akan layangkan periuk belanga pada Amar.

"Dah tu lani hang nak buat apa dengan Ain?" tanya tok wan dengan maksud yang mendalam.

"Dia isteri Amar tok wan. Amar nak bawa baliklah," jawab Amar macam yakin sahaja Ain akan ikut.

Ain yang diam sahaja dari tadi sudah kehilangan kata-kata. Dalam hati dia menangis. Amar nak bawa dia balik ke mana? Senang-senang macam tu aje? Jangan haraplah En. Amar. Susah payah Ain bina keyakinan diri sendiri di sini. Dia takkan lupakan bagaimana dia bermula setelah membawa diri dari Amar.

'Tapi Ainkan sayang Amar?' tanya hati Ain.

Ain memang sayang Amar. Tapi Amar yang tak sayang Ain. Ain tak boleh hidup dengan orang yang tak sayang Ain.

Ain perlu buat keputusan.


p/s: haihla..haihla.. tak tahu la apa nak jadi dengan blog ni dan writernya.
ceritanya begini.
saya stop lama sebab tak tahu nak sambung macam mana. dah sama kes macam ebf.
pergi belajar menulis... dapat tips berguna.
tapi masalah utama bila nak buka laptop adalah UMAR.
ni haa budaknya!

2 comments:

iwana aisar said...

lama tgu..pndeknye ..p xpela ..trubat ckit

hasiza bt abdullah said...

memang betul dah lama sangat sampai dah lupa jalan ceritanya. harap dapat sambung secepatnya