Monday, August 15, 2011

JTO~8

Suasana di rumah Mama dan ayah Daim kelihatan begitu sibuk. Malam ni mereka mengadakan majlis kesyukuran bersempena kepulangan Daim dari Switzerland dan meraikan pasangan Daim-Widyan sekali gus. Setelah dibincang, mereka bersetuju untuk mengadakan majlis kesyukuran sahaja dengan menjemput saudara-mara terdekat, jiran tetangga dan rakan-rakan.
Gambar kahwin, nanti-nanti aja mereka berposing dalam studio.

"Hai Min.."

"Hai Daim.. Tahniah.."

"Terima kasih, Min. Jemputlah makan."

"Dah.. Min dah makan. Erm, wife you mana?"

"Dia dengan parents dia. Ada di sana. Min nak jumpa dia ke?"

"Takpe, Min pergi sendiri. You layan aje guest you yang lain, ye.."

Daim memerhatikan sahaja lenggok Jasmin menghala ke dapur. Di sana, Widyan bersama emaknya sedang sibuk menyusun gelas. Widyan mendongak setelah namanya diseru seseorang.

"Hai, Widyan.. You busy ke?"

"Oh, hai, Cik Jasmin.. Takdelah, tak de busy pun.. Kenapa cik Jasmin?"

"Alah, jangan bercik-cik dengan saya. Panggil Jasmin sudah.." kata Jasmin lembut sambil menarik kerusi.

Widyan menuangkan segelas air sirap untuk Jasmin. Emaknya masih di singki membersih pinggan mangkuk. Itulah Mama dan emaknyanya. Katering tak mau. Tak ada feel katanya. Sekarang sibuklah kena mengemas sendiri.

"Kenapa Jasmin? Ada apa-apa ke yang boleh saya tolong? Eh, Jasmin dah makan ke belum ni?"

"Takpe. I dah makan tadi dengan mama dan papa. I saja aje nak jumpa Widyan. Congrate ye Widyan. Bertuah Widyan dapat Daim tu.."

Widyan senyum lantas membalas, "Alhamdulillah.. Saya dapat suami yang sayangkan saya. Dan boleh terima saya dan mak ayah saya.. InsyaAllah, esok-esok Jasmin pun akan jumpa jugak dengan pasangan Jasmin.."

Jasmin hanya mampu menarik senyum. Dia dah terlambat. Pasangan yang diimpikannya dah terlepas ke tangan orang lain. Iye, benar. Dia sebenarnya sayangkan Daim. Dalam diam dia menyimpan perasaan. Memang dia agak 'liar'. Dia ada ramai kawan. Tapi hanya setakat berkawan. Tak ada yang serius. Jasmin ingat Daim yang sentiasa serius itu takkan ada perasaan pada wanita.. Dan Jasmin sendiri tak terfikir orang yang serupa Daim tu pun, ada orang yang minat! Daim orangnya memanglah ada rupa. Dengan tubuhnya yang tinggi dan sasa tu, siapalah yang tak terpandang. Tapi Daim bersikap sederhana sahaja. Tak pernah menggunakan kelebihan yang ada untuk menunjuk-nunjuk. Dia lebih suka menyembunyikan 'identiti'nya. Sebagai kawan sejak dari remaja, Jasmin tahu betapa berharganya seorang Daim. Hanya orang yang betul-betul kenal akan dia sahaja yang tahu sifat Daim. Tapi nak buat macam mana, kan.. semua dah ketentuan Tuhan. Daim memilih Widyan dan Widyan juga memilih Daim.

"Jasmin kecewa ke dengan Daim? Dengan tindakan Daim dulu?"

"Tak mengapalah Widyan. Benda tu dah lama berlalu. Dah lima tahun.." Jasmin mempamerkan wajah sugul. Dia malu apabila ditolak mentah-mentah oleh Daim dulu. Tapi nak buat macam mana, dia pasrah aje. Dulu, memang dia agak marah dengan Daim. Selama ini, tak pernah ada orang yang menolak akan dirinya, kecuali Daim seorang sahajalah.

Perbualan mereka terhenti dengan sapaan dari ayah Daim. "Eh, kat sini rupanya Min. Papa Min cari tadi. Mereka tunggu Min di luar."

"Oo yeke? Baiklah paksu. Nanti Min datang. Min saja datang jumpa Widyan sebelum balik. Nak kenal-kenal. Lagipun, dia dah jadi saudara Min jugak sekarang, kan?"

Arif hanya menganggukkan kepala. Dia kemudiannya minta diri untuk keluar melayan tetamu yang masih belum pulang.

"Sayang, tolong bawa keluar air.." kata Daim tiba-tiba.

Jasmin yang mendengar panggilan 'sayang' dari Daim untuk Widyan terasa hatinya disiat-siat. Salahnya juga. Daim tahu sikapnya yang itu. Disebabkan itulah Daim memilih Widyan daripadanya. Nasi dah jadi bubur. Sekalipun Jasmin tekad untuk berubah, dia dah terlambat. Dia berjanji pada sendiri untuk mendoakan kebahagiaan Daim dan Widyan.

"Iye, sekejap, abang.." Widyan mencapai beberapa buah gelas lalu menuang air ke dalamnya. Dia menatang dulang ke arah kawan-kawan suaminya di hadapan rumah. Jasmin turut mengekori WIdyan ke ruang tamu.

"Eh, cik adik Jawi ni.."

"Erk?"

"Faizal, kau kenal ke bini aku ni?"

"Pernah jumpa sekali. Tak silap aku masa aku ada seminar signal processing dulu. Aku datang lambat. Duduk sebelah dia.."

"Oo.. encik ni ke? La.. ingat-ingat.. Kawan abang ke?" Widyan bersoal manja dengan Daim.

"Kawan abang masa degree dulu. Hah, ni lah padahnya datang lambat. Ada air aje. Eh, Min pun ada.." Daim memandang belakang isterinya. "Kenalkan, ni adik sepupu aku, Jasmin.." Daim memperkenalkan Jasmin kepada Faizal dan kawan-kawannya yang lain.

"Cantiknya sepupu kau Daim.. Single lagi ke?" Faizal berbisik setelah lama matanya terpaku pada Jasmin.

"Kenapa? Kau nak jadi adik sepupu aku pulak?" kata Daim.

"Apa salahnya, kan.. abang sepupu..." kata Faizal sambil gelak. Siap dengan aksi manja sekali.
"Huh, tak malu.."

Jasmin dan Widyan hanya menggelengkan kepala.


2 comments:

Kak Sue said...

Akhirnya bahagia buat mereka berdua...
Best ... walaupun pendek...

Che Sue said...

best! tp sian gak to Jasmin ek...