Wednesday, March 4, 2009

Kisah Di Hati 20

Petang itu, suasana di library agak lengang. Hanya ada beberapa orang sahaja yang sedang sibuk menghadap buku. Tu pun ‘foreigner’. Tak nampak langsung local students. Agaknya semua students dah habis final kot. Masing-masing dah balik kampung. Bercuti. Cuti panjang tuu..

Tapi, lain pula keadaannya di meja paling belakang di sudut sebelah kanan dari pintu masuk aras lima. Tegang. Walaupun kedua-dua jasad hanya membisu, tapi kebisuan mereka agak sukar ditafsirkan. Kerana baru sebentar tadi..

“Ila, aku betul-betul minta maaf..” Begitu susah untuk disuarakan.

“Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Bukan salah kau pun.” Dia pasrah. Dah nasib..

“Tapi, aku…” Ingin dia jelaskan bahawa..

“Dah la Jie, kau tak perlu cakap apa-apa. Aku faham. Aku takkan salahkan kau, OK. Cuma…”

“Cuma apa?”

“Dah sampai harinya nanti, jangan lupa jemput aku..”

Fauzi menghembuskan nafas. Perlahan. Sekali lagi dia memandang perempuan yang sedang memandang kosong ke dada kertas conteng di hadapannya. Tak ada tanda-tanda sedih. Apatah lagi nak nangis ke apa ke. Takkan dia tak kisah langsung?!

Sungguh aku tak kisah! Biar pun ini cinta pertama-secara rasminya, dan dia dikecewakan, dia betul-betul tak kisah. Dan dia tak ada perasaan sedih langsung. Hatinya bagaikan beku. No feeling at all.

“Ila, I’m really sorry OK..”

La, tak habis-habis lagi ke? Aku cakap no hal, no hal lah. Tak paham bahasa Melayu ke hape?

“En. Mohd Fauzi.. kan ke tadi saya dah cakap. Itu bukan salah awak.”

Memang betul bukan salah Fauzi pun. Cinta terhalang oleh orang tua. Dah tu nak buek camno? Aliah mendengus perlahan. Walau pun sayangnya menggunung pada Fauzi, tapi tidak direstui oleh orang tua, apa lagi dayanya? Restu itu penting untuk menjamin kebahagiaan, kan? Aliah sedar sejak dari dulu lagi. Fauzi anak orang berada yang mempunyai segala-galanya. Sedangkan dia… Hanya anak yatim piatu yang bergantung pada seorang abang. Terlalu dalam jurang mereka.

Dan pada hari itu, secara rasminya Fauzi bukan temannya lagi. Bukan teman lelaki. Bukan apa-apa istilah yang seangkatan dengannya yang membawa maksud ‘special relationship’. Habis aku kalau Ma tau ni.. Baik tak yah buka mulut. Walau sedih macam mana sekali pun, biar la hal ni dirahsiakan. Terserah pada Fauzi samada nak mengisytiharkan dirinya single balik pada kawan-kawannya pun, dia memang tak kisah!

Ila, aku sayangkan kau. Sorry sebab tak boleh kotakan janji-janji dulu.. Fauzi melangkah lemah. Berlalu pergi dari tempat Aliah. Dia rasa bersalah. Bersalah kerana..


|Jie_encem| Ila, aku janji..
|ila_Q| hekeleh..apa jiwang sangat ni. Kau jangan cakap macam tu. Esok2 tak tertunai, macam mana?
|Jie_encem| kita sama2 doa la Ila.. Kau jangan mintak yang bukan2..
|ila_Q| bukan mintak yang bukan2.. kita kan tak tau apa akan jadi nanti. Tak tau hati kita ni macam mana. Dalam 1 saat, macam2 boleh jadi.
|Jie_encem| InsyaAllah ila..



Fauzi masih ingat ketika itu dia sedang berchatting dengan Aliah pada suatu malam. Dia dah berjanji… Tapi segala-galanya punah. Kenapa abah langsung tak bagitau pasal tu.. Dan dia sendiri tak pernah terfikir yang dia sebenarnya telah ditunangkan?!


‘Aku akan berikan kebahagiaan yang cukup indah untuk kau, Ila…’ Itulah janjinya pada Aliah malam itu…

No comments: