Sunday, February 26, 2012

JH 15

Lagi dua hari sahaja aku kena kerja. Lepas tu aku dah bagitau Tsu yang aku akan tumpang lepak beberapa hari kat rumah dia sebelum balik ke kampus. Aku terfikir-fikir juga ni samada nak terbang ke KK dulu sebelum sem buka. Bila aku ingat balik, last aku jumpa Kak Ain masa raya beberapa bulan lepas. Tengoklah duit belen ada ke tak.

Jiji pulak tak ada sepanjang minggu ni. Puan Suzie bagitau yang dia travel dengan Tan Sri. Dah anak bapak, kan.. Dengarnya, mula-mula mereka ke Bangkok, kemudian terus ke Singapore. Sedihlah pulak rasanya bila hari-hari terakhir aku di sini tak boleh tengok muka dia... Huhu..

Ayat lain macam dah tu Aimy. Mengaku sahajalah yang kau tu memang gila habis kat dia.

Memang. Dah lama kan aku mengaku yang aku feeling habis dengan dia. Sejak dia kenyit mata kat aku dulu. Perasan sungguh. Entah-entah masa tu mata dia tengah 'tak sihat'. Tak kisahlah. Yang penting, aku nampak dia buat begitu. Suka, suka! Tapi, cukuplah aku sorang sahaja yang suka dia. Dia takkan suka aku pun. Dia kan dah ada someone yang dia suka. Aku ingat lagi dia mengaku macam tu dekat Cik Su. Aku rasa someone yang Jiji suka bukan Cik Su sebab aku dengar Cik Su dah bertunang dengan seseorang sebelum masuk kerja lagi. Jadi, siapalah yang Jiji suka? Berapa percent agaknya dia suka aku? Sampai bila-bila aku takkan dapat jawapan tu.

Itu bab sedih. Sekarang bab grrr.. pulak!

Walaupun jasad Jiji tak ada kat pejabat, aku tetap dibuli. Kenapa? Sebab dia dah pesan pada Puan Suzie supaya ragging aku habis-habis minggu ni. Dia tahu kut yang aku last minggu ni. Jadi, dia nak gunakan tenaga aku habis-habisan. Memang bagus strategi yang dia guna, ye. Buat macam tu pada insan yang baik seperti aku nih. Heh, perasan lagi.

Katanya Puan Suzie, setiap kali lepas lunch dalam minggu ni aku kena masuk bilik Jiji untuk buat kerja yang dia tinggalkan. Atas meja dia dah siap ada 5 buah file yang perlukan 'pertolongan' aku. Maksudnya tu untuk hari Isnin sampai Jumaat. Dekat file tu, masing-masing dah bertanda 1, 2, 3, 4 dan 5. Puan Suzie pesan lagi, aku kena buat ikut turutan. Aku tertanya pulak, "Kalau tak ikut turutan, kenapa?" Puan Suzie memang baik gila sebab dia senyum aje bila dengar aku tanya soalan bodoh macam tu. Kalau akulah di tempat Puan Suzie, mahunya aku cubit siapa-siapa yang bertanya begitu. Dah orang suruh tu, buat ajelah kan.. Janganlah banyak tanya pulak.

Tapi kan.. jawapan Puan Suzie tu memang buat kepala aku gatal-gatal. Dia cakap, "Amy buat aja macam yang dia pesan. Barulah surprise.." Haa, kan? Tergaru-garu aku dibuatnya Puan Suzie. Memang menyesal aku bertanya!

Apa-apa pun, 3 buah file dah selamat aku kerjakan. Cuma tinggal dua file lagi aku kena siapkan untuk esok dan lusa. File 1 tak ada apa sangat. Dalam tu berisi kertas-kertas yang ditulis tangan. Agaknya, tulisan Jiji la kut. Dah dia yang suruh kemas, kan? Dia tinggal nota, "Tolong copy 3 salinan." Done. File 2 pula ada banyak schematic diagram. Bab-bab electronic aku fahamlah. Bila datang bab mechanical, nak termuntah aku rasa. Task untuk file ni pun sama. Dia suruh copy 3 salinan. Done!

Cumanya, untuk File 3 hari ni, task dia lain sikit dan ada cerita tambahan yang berlaku.

Dia catat kat situ "Scan dan simpan dalam PC." Makanya, terpaksalah aku on PC dia. List specs dalam file tu dia nak aku scan dan simpan ikut susunan dalam satu folder. Bila aku on aje PC dia, Skype pun automatik connected. Aku biarkan sahajalah. Tak ada kena mengena dengan aku pun.

Tapi, yang buat aku terkejut tu...

Ada seseorang yang buat video call ke PC Jiji. Id dia peliklah. 'Answer Me'. Pada mulanya aku buat tak layan. Biar dia mati sendiri. Lama juga dia nak mati. Dah mati, ada pulak mesej.

Answer Me: Cik, apasal kau tak angkat aku call tadi?

Tak ke lemah jantung aku bila terbaca ayat sebegitu? Bukankah hanya seorang sahaja yang panggil aku Cik kat dunia ni? Dia kan? Cepat-cepat aku taip kat situ.

A. Fauzi: Encik ke?

Dan dia boleh jawab, "Siapa lagi.."

Tak sempat aku nak reply, Skype dia berdering lagi. Berpeluh-peluh aku nak jawab. Yelah, pelik. Tiba-tiba saja nak berSkype dengan aku. Dia nak spot check aku buat kerja ke tak ke ni?

Lebih kurang macam ni kut yang kami borak tadi.

"Suppose to be, hari ni dah file ketiga, kan?"

"Ha'a."

"Dah start scan?"

"Belum. Saya baru nak cari program nak scan."

"Kalau nak senang, masuk saja dekat Window Photo Gallery."

"Aaa, OK."

"Kau sihat hari ni?"

"Sihat. Alhamdulillah."

Lepas tu dia diam dan aku pun diam. Kemudian dia tanya, "Kau tak nak tanya aku?"

Masa ni aku blank gila. Dia expect aku tanya apa? Jadi, aku pun pandai-pandailah buat ayat-ayat tanya. Dah alang-alang dia bagi peluang bertanya, aku 'pakej' aje semua soalan.

"Encik sihat? Kat mana sekarang? Masih di Bangkok atau dah sampai Singapore? Dah makan ke? Sekarang kat sana dah masuk waktu Zuhur ke belum? Bila balik KL?" dengan muka manis lagi aku tanya.

Menerusi Skype tu, aku tengok dia dah ketap bibir dan mata pulak dah bulat gila.

Dari situ aku tahu yang aku mungkin over excited nak mampus. Tanya macam-macam kat Jiji seperti dia tu laki aku aja. Laki?? Heh. Mungkin tidak.

"Tak apalah, Encik. Yang penting jaga diri baik-baik. Makan kena jaga, kesihatan pun kena jaga. Saya minta maaf kalau selama saya kerja dengan Encik, saya ada buat salah. InsyaAllah, kalau panjang umur, ada rezeki, kita jumpa lagi. Saya end call dululah. Kena siapkan kerja yang Encik bagi.."

Aku terus tekan END CALL. Huh.. Tak percaya aku cakap macam tu, kan? Tapi, itulah kenyataannya.

Begitulah ceritanya hari ni. Entah esok lusa apa pulak task aku dalam file tu. Harap-harap tak perlu buka PC dia lagilah. Kalau tak, mungkin Skype akan berbunyi lagi. Mungkin dia suruh aku tanya dia lagi. Mungkin dia akan ketap bibir dia lagi. Tak naklah tengok muka dia yang garang-garang pada penghujung waktu aku kat situ.

Aaa. Tsu dah masuk bilik dah. Dengan handphone masih di telinga. Tapi, kenapa dia tak senyum-senyum macam selalu? Ada masalah? Esok-esoklah aku tanya. Sekarang aku nak kena rehat. Kena bersedia mental dan fizikal untuk hadap task dalam file 4 dan 5.

Go, go Power Rangers!

Power Rangers pulak dah. Sewel.

3 comments:

aiscream cokolat said...

waaa rindunye ngn jiji. nape pendek sangat n3. baru nk warm-up. cik writer cecepat la post n3 baru...saye eksited!!! wondering apelah agaknye task yg jiji tinggalkan pd aimy ye?

kak ida said...

memang da lama tak dgr pasal jijie..apa cer ek lepas minah sengal tu end the conversation..apa motif pulak ek..mamat tu suruh minah tu buat kerja tu..pening akak nak fikir..adakah hari yg terakhir mamat tu ..ada depan mata dia..dan meluahkan apa yg dia rasa..

Kak Sue said...

rindu dengan jijie yang suka buat orang marah tu.... layan...