Thursday, February 12, 2009

Kisah Di Hati 11

“Tu…” Razak memuncungkan bibirnya. “Kau tengok laa. Aku rasa budak sekolah lagi diorang tu. Dah pandai pegang-pegang tangan.” Dua kepala lain turut sama menoleh. Mereka baru habis berjogging. Sekarang melepak di bangku yang ada dekat taman tasik. “Biasala. Budak zaman sekarang.” Yang seorang memberi respon. Seorang lagi hanya mendengar sambil meneguk air mineral. “Memang la budak zaman sekarang. Masalahnya kecik-kecik dah pandai. Anak-anak aku esok harap tak buat la macam tu. Mula-mula setakat pegang tangan. Lepas tu?” Razak bersyarah panjang lebar. Tau la Pengerusi JKM…

“Wah, dah cakap pasal anak ni Jak.. Ada apa-apa yang aku tak tau ke?” Baru bersuara. Razak tersengih. “Tak ada apa pun lagi. Kau ni pun Kam..” Razak ketawa. Yang seorang lagi turut ketawa. “Hai, Man. Yang kau ikut gelak tu kenapa?” Kamil memandang Azman. “Salah ke aku gelak?” Azman menyiku kawannya.

“Aku tak main la pegang-pegang sebelum kahwin ni. Satu, memangla dosa. Dua, aku tak ada keinginan pun. Aku akan pegang tangan bini aku je nanti. Kot la aku terpegang tangan seseorang, insyaAllah, dia mungkin jodoh aku..” Kamil ketawa di hujung ayat.

“Ni, aku dah pegang tangan kau ni. Allah.. So, aku dikira jodoh kau tak?” Razak mencubit lengan Kamil. “Ko jantan! Jodoh pekenamanye?!!” Perut Razak pula menjadi mangsa cubitan. “Gilaa..” Kamil menyambung.

Kenangan itu bermain di kotak ingatan. Kamil meraup muka. Kenapa dengan aku ni? Takkan disebabkan aku cakap macam tu, maka aku terjatuh suka pada Aliah.. Bukannya sengaja..
“Sorry..sorry. Encik, saya mintak maaf sangat.” Mulut masih bising memohon maaf. Failnya terjatuh dan kertas-kertas berterabur ke lantai. Dia tunduk mengutip harta-hartanya. Begitu jugak dengan orang yang dilanggarnya tadi. Tapi, entah siapa yang salah. Seorang nak masuk, seorang nak keluar. Tapi muka masing-masing ke lain.
Aliah sebelum membuka pintu bilik Azman, menoleh ke arah secretary abangnya. Kamil pula sebelum melangkah keluar, sempat lagi bercakap-cakap dengan Azman. Maka, apabila tangan bersedia memulas tombol; dan seorang menolak daun pintu, seorang menarik daun pintu; berlakulah tragedi itu. Accident!
Sewaktu mengutip barang yang terakhir, tangan Kamil telah terpegang tangan Aliah. TAK SENGAJA! Macam terkena current plak. Cepat-cepat Aliah melepaskan tangannya. Tergamam. Berpura-pura selamba. Dia anggap itu adalah kemalangan. Mungkin dia hanya ingin tolong kutip saja. So, no big deal laa.. Dalam hati, huh.. Sebakul sumpah seranah kau dapat!
“Terima kasih Encik. Sorry, saya betul-betul tak sengaja.” Aliah memohon maaf lagi sekali. Kamil hanya tersenyum. “Saya pun patut minta maaf jugak. Sorry ye. Nak jumpa Azman ke?” Aliah hanya mengangguk. Kamil berlalu dari depan pintu bilik Azman dan memberi laluan kepada Aliah. Aliah pula terus melangkah masuk ke bilik abangnya.
Kamil tiba di ofisnya. Huh, macam mana boleh jadi pulak ni? Selalunya tak macam ni. Dia tak kisah pasal kemalangan tu. Cumanya perlu ke sampai ke bab terpegang tu? Hish, apa kena pulak ni….
Tu pasalla kenapa Kamil boleh ‘tersuka’ Aliah. Terus disiasat pasal Aliah dengan Azman. Kebetulan pulak Aliah tu rupanya adik Azman. Setahun dia memendam rasa. Setahun dia berfikir masak semasaknya. Bukan la sebab accident tu je.. Tapi macam ada sesuatu yang ….
Baru la dia berani buat keputusan untuk melamar Aliah.
Tapi, kenapa mesti ‘rejection’ yang dia dapat?

No comments: