Wednesday, April 29, 2009

Kisah Di Hati 45

Yes, dia cemburu! Kalau ikut bahasa orang dilamun cinta, cemburu tu tandanya sayang. Harap-harap betul la. Senyumannya semakin lebar. Tak dapat nak gelak, senyum macam tu pun jadi la. Asalkan puas. Padan muka. Jual mahal la lagi. Ingat orang tak mampu beli ke? Pertanyaan Kamil tadi dibiarkan sepi.

Susuk tubuh yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang di hadapannya dipandang penuh kasih.

“Kenapa senyap pulak ni? Dah tak boleh cakap?” Hilang bahasa romannya sebelum ni. Menguji kesabaran betul la Lia ni..

“Awak jealous?” Testing..testing.. 1,2,3..

“Boleh tanya pulak? I ni tunang Lia tau.. Mesti la jealous!” Kamil mengurut dada. Cuba menahan segala 'letupan' di dalam 'sana'..

“So, awak sayang Lia la kalau macam tu…” Perlahan. Namun sempat ditangkap Kamil.

“Siapa tak sayang tunang, Lia..” suaranya mengendur. Dipalingkan muka mengadap Aliah.

“Kalau sayang, kenapa buat Lia macam ni?” Aliah meminta penjelasan. Sakit hatinya masih belum hilang.

“Buat macam ni? Macam mana?”

Amboi, dah lupa? Ke buat-buat lupa? Tak pasal-pasal aku yang kena tazkirah dengan Kak Aiman semalam. "Akak minta maaf bagi pihak Ali...Lia mengalah, ok? Yang kat sana rindu kat sini. Yang kat sini pun rindu kat sana.. Akak pun dah pening dah.."

“Siapa dia tu?” Bayangan lelaki bersama Aliah seminggu yang lalu masih belum padam dari ingatan.

“Boyfriend baru Lia. Dia..” Aliah ingin menyambung. Tapi Kamil terlebih dahulu memotong..

“Apa dia?!”

“Awak ni kenapa? Kalau setakat nak jumpa Lia nak tengking tinggi suara macam ni, baik tak payah!”

Aliah mengangkat punggung. Pertama kali dijerkah sebegitu. Rindu kita dah sarat pada dia. Tapi dia? Aliah bangun lantas terus melangkah laju menuju ke kereta..

Kamil yang ditinggalkan kelihatan resah. Mengeluh. Kedua tapak tangan diraup ke muka. Tak suka diperlakukan sedemikian. Dia mengejar Aliah yang semakin hampir dengan keretanya. Bukankah segala-galanya perlu diselesaikan hari ni?

“Lia, sorry. I tahu I salah. I minta maaf, ok..” Tangan Aliah dah bersedia membuka pintu kereta.

“Tak apa. Lia sedar siapa Lia. Lia balik dulu..”

Kamil menahan. menarik nafas dalam-dalam dan dia bersedia untuk mengatakan ...

"Kita kahwin!!"

10 comments:

zuezakry said...
This comment has been removed by the author.
Miss Kira said...

nak lg..hehehe..
trus ajak kawin..
hmm..
x sbr ke kamil..

aqilah said...

ali, ali,..... tahu nak marah aje. he......... apapun akak follow...............

Anonymous said...

haa comelnya ali & lia ;)

::cHeeSeCaKe:: said...

hahaha..lawak2..leh lak trus ajak kawin..comel tol kamil ni..ehehe

misz nana said...

apa lagi Alia..
setuju je la.. hehe..

aqilah said...

nak lagi.......................... dah tak sabar dah ni

azie.me said...

cpt la update....
huhuhu....

Hafia Hana said...

huh.u.u.h.u..

kak bley nk post n3 bru nehh!~

ietams said...

bile nak sambung lg..
tak sabar nak tau citer selanjutnye