Thursday, February 12, 2009

Kisah Di Hati 10

Sebulan sudah berlalu setelah di’reject’ oleh Aliah. Dia asyik termenung. Berkurung dalam bilik sahaja kerjanya.

Nak makan pun tak lalu. Mama dan Kamalia di meja makan saling berpandangan.
‘Kenapa dengan adik tu?’ Kening Mama bertanya.
‘Entah, no idea Ma..’ Bahu Kamalia menjawab.

Dia masih lagi termenung. Nasi sepinggan yang terhidang di depan mata hanya sebiji dua sahaja yang luak. Hai la tekak, kau tak kesian dekat perut yang tengah berdoa supaya dapat makanan ke?
Abah yang sedari tadi memerhatikan gelagat ketiga-tiga manusia di sekitarnya sekadar berdehem.

“Ehem.. Mama, tolong tuangkan air sikit.” Mama yang sedang berbahasa isyarat dengan Kamalia segera mengalihkan pandangan. Diangkat jag air lalu dituangkan ke dalam gelas Abah yang sudah kosong.

“Terima kasih. Ha, dik. Apasal monyok macam kera tak dapat bunga je ni? Ada masalah?” Dengan prihatin Abah bertanya.

Abah pun perasan sebenarnya dengan perubahan cuaca anak teruna dia yang seorang ni. Entah kenapa.. Tak pernah ada dalam sejarah hatta sehari pun si anak bermuram durja bergundah gulana seperti sekarang. Mana taknya, nasab Mama yang selalu loyar buruk tu memang menurun betul pada dia. Setiap hari, ada je benda yang kena jadi tak kena! Kesimpulannya, tak ke obviously pelik………….adik jadi pendiam?
“Zaman Abah dulu, kalau orang lelaki tiba-tiba berubah perangai macam ni, satu je sebabnya..”

Mama dan Kamalia serentak memandang Abah. ‘Apa?’ Soalan Mama dan Kamalia yang disampaikan melalui gelombang mata dapat ditafsirkan dengan baik oleh Abah. Kalau tak, takkan la Abah jawab, “Perempuan.” Lantas Abah senyum.
“Mama tak faham-faham lagi ke yang anak Mama ni tengah frust?” Habis je cakap, Abah mengangkat punggung membawa pinggan dan gelas ke sinki.

Expression Mama dan Kamalia memang tak dijangka.... Mereka berpandangan lagi. Kemudian,
HAHAHAHA.. Kedua-duanya ketawa. Sungguh-sungguh.

Pintu bilik ditutup perlahan. Tak tahan dengan gelak ketawa mengejek di bawah, segera dia tinggalkan pinggan yang masih penuh berisi nasi di meja. Malas nak layan. Ingat perkara frust-frust ni main-main ke? Kamalia tu tak rasa lagi. Cuba terkena kat batang hidung sendiri..baru tau langit tu tinggi mana.

Kotak cincin yang dipulangkan oleh Aliah direnung lagi. Setiap malam begitu. Sampai bila la aku nak jadi macam ni. Dia begitu leka melayan perasaan.
“Lia..”

5 comments: