Sunday, November 3, 2013

My Suami, MINE -7-

Hana melangkah keluar dengan perasaan puas. Malam ini malam kemenangannya. Yakin dengan rancangannya yang bakal berjaya, dia tersenyum lebar.

Ain yang masih berada di dalam tandas berasakan degupan jantungnya semakin pantas. Segala perbualan Hana dengan rakan-rakannya, tidak satu pun yang dia tidak faham. Amar dalam bahaya ni.

Ain menolak pintu tandas dengan perlahan-lahan setelah yakin kedua-dua rakan Hana telah keluar. Ain menatap wajahnya di dalam cermin. Penampilannya malam ini adalah yang terbaik pada Ain tetapi tetap kalah dengan perempuan lain. Alahai Amar. Rupamu handsome tapi otakmu mereng. Kenapalah kau pergi pinang aku? Hish. Ain melepaskan keluhan sebelum dia menarik nafas panjang. Perlahan-lahan pashmina di kepala dia betulkan agar nampak lebih kemas. Lip ice yang dia pinjam dari adik Amar di dalam beg tangan dicoletkan ke bibir. Biar nampak segar dari biasa. Ain kena bertindak dengan lebih pantas. Walaupun Amar dingin dengannya, tapi Amar tetap suami Ain. Ain tak sanggup tengok Amar jatuh ke tangan Hana yang rupanya menyimpan dendam terhadap Amar selama ini.

Masa mula-mula jumpa tadi bukan main baik lagi. Cet.

Ini semua pasal cinta. Gila betul perempuan tu. Macamlah tak ada lelaki lain dalam dunia ni? Amar yang seorang tulah yang dia kejar! Kalau Hana pun kejar Amar, habis Ain nak kejar siapa?

My suami, mine laa!

Ain berjalan sedikit laju ke ballroom tetapi dengan penuh yakin. Di sana, Ain perhatikan Amar masih di tempat duduknya. Berbual dengan rakan lama. Kemudian mata Ain mencari kelibat Hana pula. Lama dia meninjau-ninjau ke sekeliling. Akhirnya Ain nampak Hana berjalan ke arah pelayan dan membisikkan sesuatu ke telinga pelayan tersebut. Perut Ain sudah terasa senak. Ah, pertama kali dia terlibat dalam hal macam ni!

Ain segera duduk di sebelah Amar tanpa disedari suaminya. Hujung jarinya mengetuk-ngetuk meja tanda dirinya memikirkan sesuatu. Apa nak buat eh? Nak bagitau Amar? Uh...Ain berani kerat jari Amar takkan percayakan dia. Nak buat apa sekarang ni..

Belum sempat Ain fikirkan rancangannya, pelayan sudah sampai ke meja mereka. Gelas kepunyaan Amar yang masih berbaki sedikit diganti dengan yang baru. Ain mencapai gelasnya yang masih berisi air lalu diteguk habis. Cepat-cepat dia mencapai gelas Amar.

"Sorry. Air Ain dah habis. Ain dahaga," kata Ain sebelum meneguk habis air di dalam gelas Amar.

Mata Amar memberitahu sesuatu. Ain hanya diam. Rakan Amar sudah tergelak-gelak. "Romantik wife kau ni.."

Tidak lama selepas itu, kepala Ain berasa pening. Amar masih sibuk berbual dengan kawan-kawannya.

Peristiwa itu bermain di ingatannya kini. Ain hanya tersenyum pahit. Sekurang-kurangnya dia pernah berbakti terhadap Amar kan? Asalkan Amar selamat, tidak dimalukan dan tidak dijadikan mangsa cinta buta. Sekarang Ain tertanya-tanya perihal esok. Ke mana Amar nak bawa dia? Siap suruh minta EL. Apa ayat dia? Suami suruh EL? Macam tak percaya sahaja mereka masih ada ikatan sah.

Dalam hati, Ain berdoa yang baik-baik sahajalah.

~~~^^^@@@^^^~~~

"Lepas dia kahwin dan ikut suami dia, mana ada lagi dia balik sini. Cuma ada sesekali Ain hantar surat. Katanya dia sihat-sihat sahaja. Suaminya pulak selalu sibuk. Tak boleh balik jenguk kita.."

Syamsul melepaskan keluhan."Dia memang takde telefon?"

"Ain tu manalah ada handphone. Dalam surat, dia cakap dia tak berani nak guna telefon rumah sebab suami dia tak bagi.." jelas maknya lagi.

Ain! Syamsul meraup muka.

Syamsul ke luar negara sebaik sahaja majlis konvokesyennya berlangsung. Dia yang sudah mendapat pekerjaan selepas tamat belajar terus dihantar berkursus dan bekerja di Korea sebelum pulang ke Malaysia. Berita perkahwinan Ain hanya diberitahu kepadanya selepas hampir tiga bulan Ain mengikut suaminya ke Kuala Lumpur.

Selepas hampir lapan tahun menimba pengalaman di negara orang, akhirnya Syamsul balik ke Malaysia dan meneruskan tugas di syarikat. Nasibnya agak baik apabila bertemu Amar dengan secara tidak sengaja di jamuan ringkas pembukaan cawangan syarikat sahabat lamanya. Dia menegur Amar yang kini secara langsung telah menjadi adik iparnya.

"Aku tak tahu apa sebabnya kau kahwin dengan Ain, adik sepupu aku. Tapi aku harap, kau bahagiakanlah dia. Dia tu sebatang kara. Belajar tak tinggi mana. Dia tak macam kawan-kawan kita. Dia tu memang lurus, naif. Aku harap kau mainkan peranan kau sebagai suami dia. Lindungi dia.." kata Syamsul sewaktu dia berselisih dengan Amar ketika mengambil makanan.

"Terima kasih atas nasihat kau. Aku tahu jaga bini aku," jawab Amar dengan sedikit angkuh. Dia tidak sangka akan bertemu Syamsul lagi selepas bertahun-tahun tidak berjumpa.

Sewaktu Amar mahu melangkah, sekali lagi Syamsul bersuara."Kau jaga Ain baik-baik. Kalau kau nak balas dendam dekat aku, bukan dengan cara gunakan Ain. Ain tu sebatang kara. Dia cuma ada keluarga aku sebagai saudara. Sekarang dia dah kahwin dengan kau. Dia mesti harapkan kau sebagai suaminya yang akan jaga dia. Lagi sekali aku ingatkan kau,  kalau apa-apa jadi pada Ain, kau orang pertama kena jawab dengan aku."

Baru sahaja dia berkelapangan untuk balik ke kampung menjenguk ibu bapa dan dikhabarkan pula dengan berita Ain yang tidak pernah pulang ke sini. Bertambah risau dibuatnya. Dulu dia dan Amar tiada sengketa. Dia sendiri pun tidak pasti dan tidak tahu apakah sebabnya Amar begitu berdendam dengannya.

"Tak apalah mak. Nanti kalau saya ada jumpa Amar lagi saya tanyakan pasal Ain."

"Mak bukan apalah Syam. Ain tu entah boleh bawa diri ke tak kat rumah sana tu. Dia tu bukan pandai sangat."

"InsyaAllah mak.. Keluarga Amar tu baik-baik. Dia mesti dilayan dengan baik," cuba meyakinkan maknya.

Syamsul sebenarnya risaukan Ain sebab dia ada terdengar satu gosip berkenaan Amar. Gosip itu menyatakan yang Amar tu bujang. Belum berkahwin dan sebagainya.Itulah yang merisaukan Syamsul. Selagi dia tak berjumpa atau bercakap dengan Ain sendiri, dia tidak akan tenang. Terpaksa dia bohong sunat pada maknya berkenaan Ain.

4 comments:

Unknown said...

NAK LAGI...

Kak Sue said...

... kasihan Ain ya... sebab dendam sanggup Amar buat Ain begitu... semoga Amar dapat pulihkan hubungan dgn Ain...
sambungggg

madame iu said...

sis update le...lama sgt

Ann.Awa said...

Sis... Bila nak update bab baru.. Hihihi