Monday, August 9, 2010

STTS ~ 15

Masing-masing diam membisu. Mulut bagai terkunci untuk meluah kata. Akmal menarik nafas perlahan. Ada sesuatu yang dia tak faham tentang si dia yang berada di hadapannya sekarang. Tadi ada benda nak cakap. Nak cakap apa? Anak matanya dialihkan ke sebelah kanan. Jam di situ menunjukkan ke angka 11. Laaa, dah setengah jam? Biar betul..

“Hai.. boleh cakap sikit?” Soalan itu bagaikan memaku dia di situ. Lambat bereaksi. Seterusnya, orang di depan bilik mengajaknya ke dapur. “Boleh pekena hot chocolate sekali..” Dia hanya menurut.

Dua mug chocolate dibancuh. Dia menghulur salah satu kepada Akmal dari tingkat atas. Dia menarik kerusi di hadapan lawannya.

Masing-masing mencicip minuman tanpa satu patah perkataan yang keluar. Sudahnya, dah setengah jam berlalu. Kata tadi nak cakap, nak cakap apa? Mata dah nak pejam ni..

“Ehemm..” Akmal berdehem untuk memecahkan sepi. Terpaksa. “Kata tadi ada benda nak cakap? Apa dia? Tahu tak dah setengah jam berlalu ni..”

Akmal di depan mengangkat muka. Dia sengih sedikit. “Setengah jam ek.. Aku pun dah lupa nak cakap apa laaa..”

Lor? Pulak? Perabih beras aje la mamat ni! Akmal mengutuk. “Kau ni memang la.. ” Akmal bingkas bangun. Dia dah bergerak ke singki. Mencapai span basuh pinggan lalu membasuh mug yang digunakan. Pada saat tu la, Akmal menghampirinya dan meletakkan mugnya sekali ke dalam singki. “Tolong…” Dan dia berlalu..

Akmal yang ditinggalkan hanya menggeleng. Malang sungguh la siapa yang bercinta…

“Jom bercinta?” kedengaran suara dari belakang. Dan ayat Akmal yang tergantung tadi …dengan dia!
Akmal menegakkan badan. Halusinasi ke? Dia memandang belakang. Ternyata jasad itu masih di situ. Bersandar ke dinding dengan memeluk tubuh.

“Sorry?”
“Aku tau kau dengar.. Kira jadi la ye?” Habis saja berkata begitu, dia pantas meninggalkan ruang dapur.

Eee, menyakitkan hati betul!

Akmal menyudahkan kerjanya. Dia meletakkan mug yang kedua ke atas rak. Tuala kecil yang tergantung dicapai. Dia mengelap tangannya yang basah.

Dan dia tersenyum…

7 comments:

fasha Yusof said...

sweeettttt

~~fasha yusof~~

Miss Kira said...

hahahaha..
comey..
^^

atiqah samsuri said...

best. nk lg. napela ciput je.huhu

atiqah samsuri said...

best. nk lg. napela ciput je.huhu

nabila adnan said...

~comel..
jom bercinta ye??~~

Iffahnazifa said...

Uish, jom bercinta aje dia ckp.
Ringkas & padat..:p

et said...

jom bercinta?

haha.chumel sangat laaa.hik3.