Wednesday, May 6, 2009

Kisah Di Hati 46

“Mana la Lia tau nak jadi macam ni..” Gelas yang berisi air suam disambut dari tangan Azman. Diteguk rakus selepas menelan dua biji panadol. “Lia tak mintak pun..” sempat dia menyambung sambil memandang abangnya yang baru sampai dari Dubai itu.

“Dah la. Rehat dulu. Kalau ada apa-apa panggil je abang. Abang ada kat luar tu. Ada keja sikit..” kepala adiknya diusap perlahan. Kemudian dia menarik selimut hingga ke paras dada Aliah. Ditinggalkan bilik Aliah lalu menuju ke ruang tamu.

***

“Dia tau aku kat sini?” Cemas. Dia memanjangkan leher ke arah pintu yang ditutup perlahan oleh Azman sebentar tadi.

“Tak..” Azman duduk di sofa sambil menggeleng. Remote TV dicapai. Cuba memilih siaran yang sedikit menarik.

“Aku mintak maaf banyak-banyak Man.. Aku takde niat pun nak buat gitu..” Rasa bersalah masih menyelubungi diri. Sebab dirinya la Aliah jadi begitu..

“Benda dah jadi pun. Tak payah la cakap lagi. Dia pun dah nak OK tu..”

“Hermm yelah.. Aku tunggu Kamalia jap.” Kakaknya akan singgah ke apartment Azman untuk melawat Aliah.

“Kau ni pun.. nak menge'test’ rajuk-pujuk pun.. biar la bertempat. Adik aku tu.. Apa la salahnya dia dapat keja. Nanti cepat la korang kahwin bila dia dah ada duit sendiri..” Azman memandang tajam pada Kamil. Dilihatnya Kamil semakin mengecikkan diri. Muat-muat mulut untuk ditelan. Hee.. budak ni.. nak aje aku buat gulai!

Sakit hatinya mendengar cerita Aliah. Tergesa-gesa dia balik ke Malaysia. Azman mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Kamil sendiri. Entah apa yang tak kena. Besar sangat ke salah Aliah? Sampai Aliah jatuh sakit. Siapa la tak risau. Tapi, Kamil yang dia kenal tidak la seteruk itu.. Habis tu, apa yang berlaku sebenarnya? Persoalan itu sentiasa berlegar di ruang kepala. Sampai la dia jumpa Kamil sendiri sebaik sahaja kakinya menjejak KLIA.

“Aku tau. Dia pun tunang aku, tau. Tapi betul Man.. aku takde niat pun..”

***

“Kita kahwin!!”

“Apa?!”

“Kita kahwin. I tak nak tangguh lagi.. I sayang Li…”

Bukkk!!

Aliah jatuh pengsan!

***

“Aku cuma ajak dia kahwin je Man. Aku tak tau la pulak yang dia terperanjat sampai macam tu sekali..”

“Masalahnya korang kan tengah bermasalah tu.. Boleh pulak ajak bodoh macam tu aje.. Mananya adik aku tak terkejut beruk. Banyak benda kau tak tau pasal Lia. Kau memang tak kenal dia lagi, Kam..”

“Sebab tu la aku nak kahwin dengan dia Man. Aku nak ikat dia dengan ikatan yang sah. Senang aku nak kenal dia lepas kitorang kahwin. Kau pun tau kan yang aku sayangkan dia..”

Azman menarik nafas. Memikirkan pasal Aliah. Dah seminggu adiknya begitu. Demam terkejut! Dia pulak baru sahaja tiba dari Dubai semalam. Cuti yang dia dapat hanya dua minggu. Mana sempat nak uruskan pernikahan antara Aliah dan Kamil. Gila betul. Ingat hal nikah kahwin ni semudah ABC ke...

Ketukan di muka pintu bagaikan mengejutkan mereka dari mimpi. Kamil sudah bangun untuk membuka pintu. Agaknya Kamalia la tu..

“Assalamualaikum..”

“Waalaikummussalam..”

"Lia macam mana dik?”

“Azman cakap dia tengah rehat.. Masuk la..”

Kamalia membontoti adiknya ke ruang tamu. Buah epal hijau kegemaran Aliah diletakkan ke atas meja. Dia memberi isyarat kepada Azman untuk menjenguk Aliah di dalam bilik. Azman hanya mengangguk memberi lampu hijau.

***

“Akak ganggu Lia ke?”

“Kak Aiman.. Dah lama sampai ke?”

“Baru je. Lia macam mana? Ok dah?”

“Ok kut kak. Buat malu je..” Aliah bangun dan bersandar pada kepala katil.

Kamalia hanya tersenyum. Dia tahu kisah di sebalik masalah kesihatan yang sedang ditanggung Aliah sekarang ni. Apa nak buat.. cempedak dah jadi nangka dah pun..

“Akak minta maaf Lia bagi pihak adik akak tu..”

“Tak ada apa la kak..” Seketika kemudian Aliah ketawa.

“Kenapa boleh gelak pulak ni?”

“Yelah.. teringat tunang Lia tu laa.. Dah tau sayang kat kita, buat lagi macam tu.. Merajuk konon. Ingat Lia ni apa.. Dah tu, masalah tak setel lagi, boleh dia ajak kahwin. Hee, entah hape-hape..” suara Aliah masih perlahan. Pahit mulutnya nak bercakap banyak-banyak. Pulak tu, digagahkan jua diri ke ofis walaupun masih demam terkejutnya masih belum kebah. Bertambah-tambah la jadinya...

Kamalia yang mendengar turut tersenyum. Kepalanya digelengkan bersama tawa kecil. Nak gelak kuat-kuat teringat pulak ni rumah orang. Kalau kat rumah sendiri lain la..

“Kamalia.. Kamil dah nak balik. Dia tunggu kat lif.” Suara Azman di muka pintu bilik menghentikan tawa mereka. Masing-masing berpaling ke arah Azman.

Aliah mengerutkan kening. Dia ada kat sini?

“Ok la Lia. Akak balik dulu. Rehat tau..InsyaAllah kalau akak lapang, akak datang lagi..”

“Hmm. Yelah kak. Terima kasih ye datang jenguk Lia..” Tangannya dihulur menyambut salam Kamalia. Bukan macam orang tu.. Tak bagitau datang. Dah datang bukan nak menjenguk.. Ciss..

Aliah menghantar Kamalia dengan pandangan. Pintu bilik dibiarkan terbuka. Seketika, muka abangnya tersembul di muka pintu sekali lagi.

“Abang tak bagitau pun yang Kamil datang..”

“Abang nak Lia rehat. Jangan fikir pasal dia..”

Aliah terdiam lalu mengangguk perlahan. Sempat matanya ditala pada jam di dinding. 9.30 malam. Isyak sudah, ubat sudah.. Tido je la..

“Abang, Lia nak lelap dah la. Nanti abang tolong tutup lampu sekali ye..” badannya sudah dibaringkan.

“Yelah. Tido la.. Abang keluar dulu..”

Biliknya gelap setelah suis lampu dipadam oleh Azman. Namun mata Aliah masih celik. Bawah bantalnya diraba. Mencari handset. Dia memandang kosong ke arah skrin telefon di dalam genggaman. Berharap SMS dengan ucapan ‘good nite’ dari insan tersayang akan masuk seperti selalu..seperti dulu-dulu. Sebelum mereka melancarkan perang dingin tu..

‘Opocot! Ada mesej.. eh.. ada mesej..’ True tone familiar itu berbunyi.. Aliah membuka handset membaca mesej. Senyumannya lebar. Dalam kiraan tiga, Aliah sudah lena...

6 comments:

miSz cHa said...

sweet gle diaorg ni...nape lame x update?

zuezakry said...

cha..kesuntukan masa la.. bz sikit lately =)

::cHeeSeCaKe:: said...

hahaha...comel gile si kamil ni..smpai pgsan alia dikje kn..kekeke..

-cheesecake-

Miss Kira said...

hehehe..
ajak kawin pun leh demam..
cian lia..
apa yg kamil antar tu..

aqilah said...

ali, ali... alia, alia.............. macam macam. apapun, akak follow................

misz nana said...

ya Rabbi..
ingat demam kenapa..
demam terkejut rupanya..