Tuesday, February 3, 2009

Kisah Di Hati 8

Mak aih.. majlis doa selamat ke majlis kahwin ni? Ramainye orang. Anak sape sebenarnya dia si KAM ni? Aliah termangu seorang diri di ruang tamu. Ditinggalkan Azman. Mungkin kebanyakan tetamu yang datang adalah kawan abang juga. Memang pun Azman bekerja dengan ayah si KAM.Hmmm...

Sedang asyik membelek gelas berisi Sunquick di tangan, Aliah disapa oleh seorang wanita. Dalam lima puluhan kot umurnya, Aliah meneka. Wanita itu duduk di sebelah Aliah di sofa.

“Aliah ye ni?” Ikhlas dia tersenyum. Aliah hanya mengangguk. Terkedu. Macam mana makcik tahu nama saya? Pandangan Aliah seolah-olah bertanya..

“Adik Azman?” Dia bertanya lagi. Sekali lagi Aliah mengangguk.

“Bila sampai KL?” Soalan kali ini memerlukan Aliah membuka mulut. Nasib baik, kalau tak, macam burung belatuk la aku..

“Dalam tengahari tadi. Dengan abang.” Aliah senyum. Menjaga kelakuan. Tak terasa kekok sebenarnya. Hidup berjiran banyak mengajar dia.

Wanita tadi hanya tersenyum. Kemudian menyambung bicara. Aliah rasa seronok dan terhibur dengan perbualan mereka. Tak la rasa macam tunggul kayu je kat rumah besar tu. Sejurus kemudian, wanita itu dipanggil oleh seorang perempuan muda. Sebaya Kak Mawar je gayanya. Memanggil wanita yang sedang berbual dengannya tadi dengan panggilan mama. Oo anak dia.. Wanita yang dipanggil ‘makcik’ oleh Aliah kemudian berlalu pergi setelah memberi isyarat dengan menepuk peha Aliah.

Jarum jam dah menginjak ke angka sebelas. Aliah menguap perlahan. Penatnya walaupun datang makan je. Batang hidung Azman masih tak nampak lagi. Hai, dah lupa adik ke hape dia ni? Punyala beria suruh orang datang hanya untuk ditinggalkan ke? Tak patut.. Memang tak patut. Kalau bawa Kak Mawar lain la. Kira ampun sikit sebab boleh buat kawan. Ni tak..

“Assalamualaikum.” Satu suara menyapa.

‘Waalaikummussalam..’ Aliah segara mengangkat muka dari lantai. Hampir tersungkur dia apabila melihat tuan badan yang menyapa. Dah nak habis majlis, baru nampak muka. Hai, mencari ke Lia oii?

“Terima kasih sebab sudi datang.” Kamil mengisi ruang kosong di sofa lain bersebelahan dengannya. Aliah hanya senyum. Abang yang paksa.. Sekadar berkata dalam hati.

“Cantik rumah..” Aliah sekadar mengisi sepi. Kamil menjawab dengan senyuman. Rumah kita lagi cantik kot nanti.. Dia senyum lagi. Hai, belum pape lagi dah berangan! Stop Kamil..

“Ermm..ada nampak abang saya tak? Mana dia ek?” Aliah bertanya. Risau.

“Ada kat depan tu. Sembang dengan ayah saya. Lia dah kenal ayah saya?”
“Kenal. Abang dah kenalkan tadi masa mula-mula sampai.”

Kamil mengangguk aje. Ok la tu kalau dah kenal. Mamanya pun dah jumpa Aliah. Siap angkat ibu jari lagi. Kamalia pun sama. Hehe. Kira takde halangan la kalau dia nak berkawan dengan Aliah. Harap-harapnya macam tu la. Kamil ni pun bukan jenis suka berkawan untuk main-mainkan anak orang. Tak pernah ada kawan perempuan. Yang serius laa.. Ni kira first time la nak ‘bercintan’. Tu pun kalo ada orang sudi…
“Hello?”
…’bercintan’ ngan kita..

Apahal la dia ni? Mengelamun ke? Penat aku bercakap dengan dia.. Perabih air liur je.

“Sorry?” Kamil tersengih. Cover malu! Dah la aku asyik pandang Aliah je. Kantoi! Kantoi!

“Erkk, tak ada pape lah.” Aliah terdiam. Aku tengah cakap benda penting tadi tuu.. Hish.. Camana ek? Nak bagitau ke tak nak? Tapi, kalo tak sekarang, bila lagi aku nak bagitau. Bukannya rajin aku datang KL. Mungkin boleh bagitau dalam phone, tapi macam tak proper plak. Benda penting ni. Soal hidup apa.. Go Aliah.. Fighting!! Aliah mengangguk sendiri.

“Err.. Hmm…” Payahnye.. Mana pulak ghaibnya kotak suara nih?

“Ye?” Kamil dengan riak ingin tahu. Nak cakap apa minah ni?

“Saya rasa.. Hmm, esok.. boleh jumpa tak sekejap? Sebelum saya balik JB..” Akhirnya… Senafas…

Terjatuh tangan kiri yang menongkat dagu. Maunya tak? Aku yang kena ajak? Jumpa? Betul ke ni..

“Tapi saya kena tanya abang dulu. Kalo dia bagi, ok la. Kalo tak, tak boleh jugak.” Aliah menyambung.

Kamil masih membisu. Angguk tidak, geleng pun tidak. Terkedu…

“Tapi, kalau tak boleh takpe. Jangan paksa. Tak penting pun!” Aliah mengcover kegugupan diri. Pelik ek aku ajak jumpa? Entah..

“Err..bukan bukan.. Tak rasa macam terpaksa pun. Boleh, InsyaAllah. Nanti Lia bagitau pukul berapa and kat mana.. InsyaAllah saya ada masa esok.”

Kamil senyum. Aliah pun senyum.

1 comment:

ieda ^^ said...

menarik gak cte u nih..
sambung cepat ea..