Friday, August 26, 2011

C.I.C.I [5]

Intan & Syafiq: Pertemuan yang tak disangka-sangka

Sepuluh minit Intan menunggu di dalam kereta dengan keadaan yang agak panas walaupun aircond dipusing ke tahap maksimum. Anak matanya menangkap jam di dashboard. Tak cukup dengan itu, dia turut memandang jam di pergelangan tangan. Kemudian, dia memandang cermin pandang belakang memerhatikan pintu Bank Rakyat dari situ. Dia mencapai handphone lalu menaip SMS.

Ayah, lama lagi ke?

Tak lama kemudian, dia mendapat balasan. Dalam 15 orang lagi.

Ish, ramainya orang. Selalu waktu lunch macam ni tak adalah ramai sangat. Intan membuat keputusan untuk keluar dari kereta dan menunggu bersama ayahnya di dalam bank. Dia menekan alarm kereta. Semasa berpusing, kereta berwarna hitam yang diparking di sebelah keretanya bagai menarik perhatian. Tidak berfikir panjang, Intan melintas jalan dan berjalan menuju ke Bank Rakyat. Dia menolak pintu kaca lalu mencari wajah ayahnya. Kelihatan ayahnya sedang berbual dengan seseorang. Intan berjalan dengan hati-hati.

"Ayah.." sapa Intas lalu terus duduk di sebelah kanan ayahnya.

"Oh, Intan! Kenapa tak tunggu dalam kereta?" Ismail memandang anaknya.

"Boring.. Baik Intan teman ayah di sini. Sejuk sikit.." kata Intan sambil tersengih.

"Anak kau ke Mail?" tanya satu suara kepada ayahnya, menyapa telinga Intan. Dia mencari wajah yang bertanya.

"Iya Li, inilah anak aku dengan arwah dulu. Intan namanya. Intan, ni kawan ayah. Kawan masa sekolah menengah dulu. Pakcik Zulkifli."

"Oh yeke? Apa khabar pakcik?" sapa Intan sopan.

"Baik Intan. Intan tak kerja ke?"

"Kerja pakcik. Tapi keluar lunch dengan ayah sekejap. Lagipun ayah dah bagitau Intan dia nak singgah bank hari ni.."

"Begitu." Zulkifli mengangguk perlahan. Dia memandang ke kaunter. Melihat kelibat anaknya yang sedang berurusan. Dia kembali memandang Ismail.

"Ini Intan yang aku pernah jumpa dulu ke? Masa arwah masih ada?" tanya Zulkifli. Entah kenapa otaknya begitu peka dengan nama Intan.

"Iyelah Li. Ni ajelah Intan yang aku ada.." jawab Ismail. Dia memandang Intan. "Intan mesti tak ingat pakcik ni kan? Masa Intan umur dua tahun, dia pernah datang jenguk Intan." sambung Ismail.

"Oh, yeke ayah? Alamak pakcik.. Maaflah, Intan tak ingat apa-apa.." kata Intan dengan rasa bersalah. Tapi, nak buat macam mana kan, memang dia tak ingat apa-apa. Lagipun masa tu umurnya baru dua tahun.

"Ehem, Mail.. Maaflah aku nak tanya. Siapa nama penuhnya si Intan ni?" Zulkifli makin tak sabar.

Intan terus menjawab bagi pihak ayahnya. "Nama penuh Intan, Intan Syafiqah, pakcik.."

Zulkifli tersentak. Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang didengarnya. Jadi, adakah Intan Syafiqah yang Syafiq anaknya maksudkan adalah anak Ismail? Kalau betullah, dia sangat-sangat bersetuju dengan pilihan Syafiq. Tapi betul ke? Entah-entah Syafiq maksudkan Intan Syafiqah yang lain, bukan yang ini.. Tak boleh jadi ni, aku kena bertindak sekarang. Alang-alang menyeluk pekasam..

Masa Zulkifli amat tepat sekali. Pada masa itu, kelihatan Syafiq sedang mengatur langkah ke arahnya. Walaupun matanya masih melihat pada buku akaun di tangan, dia tahu mana tempat nak dituju.

"Fiq!" panggil Zulkifli. Syafiq mengangkat muka. Pandangannya menyapa wajah abah bersama seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengan abah dan ada seorang perempuan lagi di hujung sana.

"Sorry bah, lambat sikit. Sistem diorang ada problem sikit." Syafiq terus duduk di sebelah Zulkifli.

"Fiq, Intan Syafiqah tu.." Zulkifli kehilangan kata untuk menyambung ayat.

Syafiq memandang Zulkifli. Keningnya berkerut hebat. Kenapa tiba-tiba aje abahnya menyebut nama perempuan tu kat sini pulak? Dia cuba memberi isyarat kepada abahnya bertanya kenapa nama itu disebut. Nampaknya Zulkifli masih blur. Lantas dia bersuara, "Kenapa dengan Intan Syafiqah, bah?"

"Ha'a.. kenapa dengan Intan Syafiqah, anak aku ni?" Ismail di sebelah Zulkifli pula menyampuk.

Syafiq terdorong ke depan dengan mukanya berpaling ke arah suara yang bertanya. Kenapa pula dia sebut Intan Syafiqah anaknya? Apa kena-mengena pula dengan Intan Syafiqah yang direka-reka ni?

"Fiq, adakah Fiq maksudkan Intan Syafiqah yang ni? Yang duduk sebelah pakcik sebelah abah?" tanya Zulkifli telus.

Syafiq terbangun. Dia berdiri tegak sambil memandang seorang perempuan di sebelah lelaki yang duduk di sebelah abahnya. Kebetulan, Intan juga sedang memandang ke arah Syafiq. Syafiq mengecilkan anak mata untuk mengenalpasti gerangan puteri yang duduk di situ. Macam pernah jumpa pun ada dan tak pernah jumpa pun ada. Cantiknya dia! Dengan tudung ala-ala Ariani dan berkebaya longgar. Syafiq mengamati wajah Intan. Siapa dia ni? Kat mana aku pernah jumpa dia?

"Ops! Encik sombong!" Intan bersuara perlahan. Dia berdiri tegak berhadapan dengan Syafiq..
"You?" Syafiq bagaikan baru terjaga dari mimpi. Ya, inilah Intan yang telah 'peluk'nya beberapa hari yang lalu. Intan yang ini juga digambarkan kepada umi dan abah untuk melepaskan diri dari terpaksa pergi ke rumah Haji Malik seorang diri. Intan yang ini juga yang dia pandai-pandai reka nama penuhnya sebagai Intan Syafiqah. Syafiq tersedar buat kali kedua!

"You Intan Syafiqah?" Syafiq bertanya lagi.

"Kalau betul kenapa?"

"Kalau betul kau Intan Syafiqah, ini bermaksud, aku akan masak sekejap lagi." Syafiq meraup muka.

Bala-bala.

5 comments:

Miss Kira said...

hahahaha..bala sudah dtg..

cpt smbg sis.. ;)

aiRiNa_aiNuN said...

cpt2 smbg..
pe jd pas nie.. =)

Kak Sue said...

terbaikkk.... hehehe...

an_nur said...
This comment has been removed by the author.
an_nur said...

awk...............kenapa ep.13 n seterusnya xdpt buka>>> why2??