Tuesday, November 10, 2009

CPJ 1 ~~

Dia memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah. Rumah lama tempat dia belajar mengaji Quran zaman belia remaja dulu. Menyinggah jugak rumah Mak Teh gara-gara mengidam buah...

Salam yang diberi dengan suara sederhana dibalas perlahan. Anak matanya melilau mencari tuan punya suara.

"Cari apa?"

Badannya dipusing ke belakang. "Tumpang tanya..." Kunci kereta yang dipusing-pusing di jari tiba-tiba terjatuh.

Ooohh my..


L:
Ke sungai belat memancing udang,
Air mengalir ke Kampung Sentosa;
Pertama kali daku memandang,
Hati terpaut bercambah rasa..


Serasa waktu berhenti. Sesaat mereka berpandangan. Bertatapan.

Soalan tadi dibiarkan sepi tanpa jawapan.

P:
Tinggi-tinggi pokok kelapa,
Micky mendaki tak pernah kalah;
kalau nak tanya, nak tanya apa..
Cepat la sebelum aku blah..




L:
Padi sawah padi huma,
Di hujung bendang merumpun tebu;
Niat di hati nak tanya nama
Kat mulut keluar nak beli jambu..


Spoil!!!!

“Nanti mintak mama kau bayar kat mak aku.” Tangannya ligat memasukkan buah jambu ke dalam plastik.

“Eh.. kenal ke?”

“Takkan tak kenal?” Matanya tepat memandang ke muka si teruna. Senyum. Perli sikit. Baru sambung, “Kau ni kalau nak mengayat tak pernah betul.. Kau kan Zahari, anak Makcik Dijah. Abang Nuyu, kan?”

100 markah! Tapi kenapa aku tak kenal dia?

“Awak ni….” Puas ditelek-telek anak dara orang. Tapi, macam tak pernah jumpa la!


Hish, sewel. Berawak-awak pulak. Berdiri bulu roma aku. “Aku Timah la! Timah Bulat..”

Plastic berisi buah jambu dihulur ke pihak teruna. Lambat-lambat Zahari menyambut. Timah Bulat? Tak bulat pun.. Apa dah jadi ni?

“Cepat la. Aku ada keja lagi ni..”

“Erk.. erm.. terima kasih. Nanti aku minta mama aku bayar kat mak kau.”

Si dara hanya mengangguk. Dia meminta diri lalu berjalan ke arah pangkin di bawah pokok jambu. Novel yang sedang dibaca sebelum kedatangan Zahari dicapai semula.

Tak habis-habis dengan jambu. Dari kecik ke tua, tak pernah berubah..


Kereta Zahari berlalu dari halaman rumahnya. Timah memandang sekilas. Miss u la, Har..

8 comments:

epy elina said...

hahahhaa..
ada jg ke org giler mkn jambu dr kcik smp bsar...
wtak dia zahari ngn timah ke???
prmulaan yg bgus..

bidadari cinta said...

salam..pemilik blog.. :)
wahh..lama tak singgah blog ni..
ade n3 baru ni..
mcm best je intro die..
cpat smbung ye..
zahari n timah bulat erk watak utama die..

Aisha @ Sara Hamza said...

best2....sambung lagi!
watak utama zahari n timah ke?

deTectIve CoNan said...

assalamualaikum..
bc intro dh best,tp bc ep1 lg2 best..
xsabarnye nk tgu smbgn..
mesti best..
hope writer cpt2 upload n3 baru..
hehehe..

misz nana said...

hahaha..
siap berpantun segala..
adoi..
nasib baik dalam hati je..
maunya dorang berbalas pantun kat situ..
heh..

iena said...

salam writer...
bca intro...ayat memujuk tu mmg dah rasa lelaki...
baca ep 1 lagi la nk tergelak...
siap berpantun2 dlm hati yer...haha
best2..smbg lagi...jgn lama2 ye..hehe

.:farah:. said...

hu~ best2..
smbung lgi yer kak..

kapten said...

lama ko berhenti menulis....dan menyambung kembali...teruskan.....