Tuesday, February 3, 2009

Kisah Di Hati 7

Aliah berjalan malas. Sorang-sorang pulak tu. Lainla kalau ada abang ke, kawan ke, sape-sape yang nak temankan ke. Dalam hati dia menyumpah-nyumpah. Apa kaitannya hidup aku dengan hidup si KAM tu?

“Lia, datang tau. Dia jemput.”

“Ala abang. Abang kan ada kat sana. Abang la yang tolong wakilkan Lia. Lia banyak kerja la. Weekend tu nanti ada short course.” Biar bohong sunat sikit. Kang kalau aku cakap betul-betul, abang bukan nak tolong pun!

“Abang datang jemput Lia. Nanti abang minta excuse dari person in charge tu.” Amboi, garangnya. Cakap tak ada bunga-bunga langsung. Tu tandanya Azman tengah berasap kat hujung talian. Nasib baik bukan depan mata. Kalau tak, tak cukup tahi telinga nak menghalang bebelannya dari diproses. Hihi, nasib abang la dapat adik yang comey bijak macam Lia ni..

“Dah jangan banyak dalih. Abang datang. Jumaat malam nanti abang sampai. Pagi Sabtu kita bertolak. Packing barang siap-siap.”
Bestnya mengarah orang! Padan dengan jawatan Director dia tu. Heh, malas nak layan. Ok, nak sangat aku pergi, tapi jangan nyesal..

“Kat sana, behave yourself. Jangan buat abang malu! Abang tahu apa yang Lia fikir tu..”
…sudah..

Lor abang ni. Bila pulak ambik course telepati macam ni? Abang bukan belajar pasal tanah+pasir+air je ke? Huh, alamak tercancel la plan aku nak buat ‘baik’ !

And that’s why la aku terpacak kat Plaza Angsana ni sorang-sorang! Mencari outfit yang sesuai.

“No jeans and the siblings. Esok luangkan masa gi Angsana. Beli la kebaya ke, kurung ke. Janji sesuai dengan majlis tu tau! Nanti claim kat abang..”

Ayat yang terakhir tu I like. Hehe. Aku nak mentriplekan. Tengok la..Tapi, macam sikit je tu.. Dalam hati mengira-ngira berapa kali perlu di-ganda-kuasa-dua-kan.

Dah puas tawaf. Satu baju pun tak jumpa yang berkenan di hati. Tanpa berfikir panjang, Aliah menghala ke kedai buku Badan. Buat apa susah-susah. Tak dapat cari baju, kita beli la buku. Lagi berpekdah. Ada aje baju kurung. Kalau setakat nak pergi kenduri majlis doa selamat, baju yang buruk-buruk tu pun boleh pakai. Ala, abang tak tau punya laa. Tapi Allah tau.. Ada suara yang berbisik.

Adoi. Aliah mematikan langkahnya. Segera berpaling dan menghala ke butik-butik berhampiran. Sambar je la apa-apa pun. Janji baru. Pastu boleh claim. Aku tak nak la malukan abang. Hihi. Adik kenala jaga nama baik abang. Kan? Sementelah, dia la satu-satunya darah dagingku..

No comments: