Sunday, May 10, 2009

Kisah Di Hati 47

“Kau SMS siapa tu?” Kamalia menurunkan volume radio kereta. Kamil di sebelah dipandang sekilas. Matanya kembali menumpu pada jalan. Dia berharap agar sempat sampai rumah sebelum pukul 11. Tak nak lambat untuk ‘bertemujanji’ dengan insan tersayang.

“Lia..” Sepatah nama itu keluar dari bibir Kamil.

“Hmm, jangan lupa cakap sorry kat dia..”

Mengangguk. Lebih dari tu aku nak cakap kak..

‘Lia, I’m veryyy sorry. Cepat baik, OK? Good nite syg.. I love u.. And I’ll love you more with every breath..truly, madly, deeply do..’ – Sempat lagi meng‘copy-paste’ dari sebuah lagu yang menjadi lagu kegemaran Aliah. Dia tahu Aliah akan tahu hati dan perasaannya.

“Ada nak singgah mana-mana ke?”

“Tak. Terus balik je la kak. Aku pun dah nak demam ni..”

“Pulak? Apa kena la korang berdua ni.. Sana demam, sini nak demam. Agaknya, kalau sini ajak kawen, yang kat sana tu dah terhangguk-hangguk setuju dah..” Kamalia cuba ‘menggoreng’ menyampaikan sesuatu. Dah tahu yang Aliah dah lama setuju..

“Yeke kak?” Teruja! Kalau la betul..

“Agak aja la.. Main-main je.. ” Suaranya dikendur kembali. Biarla Kamil dan Aliah sendiri yang uruskan hidup mereka.

'Agaknya? Tapi kenapa macam betul je..’ Kamil cuba menenangkan perasaan sendiri.

****
“Hey Lia!!” batang tubuh yang menolak pintu restoran segera tadi menjadi perhatian matanya. Seakan kenal. Dan matanya terus mengekori langkah tersebut.

“Eh, Kak Aiman..” Dia yang baru sahaja menarik kerusi tidak jadi untuk duduk. Selepas sebulan dia sihat dari demam terkejut hari tu, baru kali ini lah dia berjumpa dengan kakak tunangnya. Alhamdulillah, hubungannya dengan Kamil dah bertambah dan semakin baik.

“Lia buat apa kat sini?”

“Makan.. Akak?”

“Kebetulan jumpa kawan kat sini.. tu ingat nak makan dulu sebelum balik lab. Lia dengan siapa ni?”

“Lia dengan officemate. Tapi diorang tak sampai lagi. Jom la kak. Join kitorang.” Aliah dah mengajak dulu. Boleh la diperkenalkannya kepada rakan sekerja.

“Erm.. sebenarnya Lia..” Kamalia tidak jadi meneruskan ayatnya. Telefon Aliah yang berdering memaksa dia berhenti dari membuat kenyataan yang dia sebenarnya dah berjanji dengan Kamil; yang kebetulannya ada kerja luar; untuk makan di situ...

“Ops.. jap eh kak..” Aliah mengeluarkan handsetnya dari porch dan menjawab, “Ok.. saya ajak kakak saya sekali ye.. ok. Ok.. orait..”

“Jom kak. Duk sana.. besar sikit space dia..” Tangan Kamalia dah ditariknya.
Setelah menarik kerusi sebelah-menyebelah, mereka berborak-borak. Kamalia sudah terlupa untuk memberitahu pasal ‘date’nya dengan Kamil di situ. Tidak lama kemudian, Aliah menerima SMS pula. Dibacanya sekali lalu. Tanpa sempat membalas, Aliah meminta diri untuk ke tandas. Handsetnya ditinggalkan kat atas meja meminta Kamalia menjaga.

“Uhh.. Dia masih pakai handset ni lagi..”

Sekembalinya dari tandas, Aliah mengambil handsetnya kembali untuk membalas SMS tadi. Jarinya lincah menekan keypad sambil matanya merenung pintu masuk.

“Lia pakai handset ni lagi?”

“Ha’a. Elok lagi.. Lagipun sentimental valuenya tinggi.. Kenapa akak tanya?” Kak Aiman ni macam tau sejarah je..

“Yelah, akak paham. Dulu Ali berkeras nak bagi yang ni.. Akak cadangkan yang lain. Penat je dia angkut akak sekali pergi pilih. Nak tanya pendapat la konon. Last-last, dia sendiri yang pilih..” Bersungguh-sungguh Kamalia bercerita.

“Eh..apa pulak kak.. Ni handset abang Lia kasi la..” Aliah dah tergelak. Menafikan cerita Kamalia tadi.

“Eh, tak la.. Ali yang beli and bagi.. Ada sticker love kecik kan kat belakang..” Tangannya mengunjur ke belakang badan handset tersebut.

Senyuman Aliah terhenti. Sedikit terkejut dengan fakta yang baru dihujahkan. Memang ada sticker di belakang handsetnya. Difikirnya dari Azman. Sebab Azman pun selalu jugak ‘berperangai’ ala-ala budak perempuan manja macam tu..

Kamalia memandang Aliah bersahaja. It’s time to story about.. “Ni dia mintak dari akak. Akak memang suka stickers comel macam ni.. Dia cakap nak minta maaf pada seseorang sebab dah langgar orang tu dan handsetnya berkecai. Tu yang akak pelik, kalau nak mintak maaf, kenapa nak mintak sticker love macam ni.. Tapi alasan dia masa tu, maaf dia ikhlas dari hati.. Gitu laa..” Dan bila Kamalia tahu siapa orangnya yang dilanggar Kamil, dia sedar yang perlanggaran itu memang disengajakan!

Baru Aliah tahu. Patutla Kamil pernah cakap, ‘Comel tak sticker ni?’ Aliah tak terfikir pulak soalan tu. Disangkanya Kamil tersalah menyusun kata. Sepatutnya dia akan cakap ‘Comelnya sticker ni..’ Itu baru la ayat penyata berbanding ayat tanya seperti yang Aliah ingat.

Matanya masih tak lepas dari memandang sticker ‘cinta’ Kamil. Tidak lama selepas itu, rakan sekerja Aliah tiba dan sudah tercegat di sebelah meja. Aliah mendongakkan kepala.

“Abang sorang je ke? Kak Sarah mana?”

“Singgah stationary. Hantar binding. Siapa ni Lia?”

“Oo lupa.. Ni Kak Aiman. Kak Aiman, ni Abang Khairil.”

Masing-masing berbalas senyum. Khairil yang diperkenalkan Aliah tadi menarik kerusi di hadapan Aliah. Kamalia yang di sebelah Aliah masih lagi diam. Macam mana nak cakap ni.. Jap lagi Ali datang...

***

Dia mencari kakaknya. Puas dipusingkan kepala ke kiri dan ke kanan. Jamuan ringan yang disediakan oleh clientnya tadi telah melambatkan dia untuk bertemu Kamalia pada waktu yang dijanjikan. ‘Ehhh..’ Pandangan Kamil terpaku pada seraut wajah comel yang sangat dikenali. Dengan lelaki itu lagi? Opss, Kamalia pun ada sama..

“Hai..” Langkah kaki yang dihayun laju tadi kini sampai ke destinasi.

“Hai..” Tergugup seketika. Alamak.. Aliah memandang Kamalia di sebelah kanannya.
Kamalia hanya mengangguk. Pandangannya ditala ke arah tunangnya sekali lagi. Tapi syukurlah renungan matanya tidakla menunjukkan tanda-tanda angin lintang yang akan melanda.

“Erm.. kenalkan ni Abang Khairil..”

“Saya Kamil, tunang Lia. Awak siapa?”

“Erm.. dia boyfriend Lia..” Belum sempat dijawab Khairil, Aliah mencelah. Perlahan. Tapi cukup sensitif di telinga Kamil. Matanya yang redup kini dijegilkan. Aliah dah menutup mulut menahan tawa. Takkanla nak gaduh lagi. Kesian Abang Khairil.. dia tak tau apa-apa..

“Lia main-main je la. Abang Khairil ni Service Engineer kat tempat keja Lia.. Macam mana awak boleh datang sini?” Aliah berterus terang sambil bertanya.

“Ada keja sikit. Lagi pun dah janji dengan akak nak jumpa dekat sini. Dia tak bagitau Lia ke?” Kamil memandang kakaknya di sebelah Aliah yang sedang tersenyum-senyum. Entah sengaja atau tak la tu.. Aliah turut sama memandang Kamalia. Meminta penjelasan. Dengan riak Kamalia yang serba salah tu, akhirnya Aliah memutuskan untuk ‘KIV’..

“Kak, tukar tempat. Shoh..shoh..” Tempat duduk Kamalia dirampas.

Siot punya adik. Boleh menghalau aku dari sebelah tunangnya? Hiishh.. Memang tak boleh kasi can langsung. Khairil yang menjadi pemerhati hanya tergelak. Ada jugak la orang macam ni..

“Hai.. lama tunggu? Sorry. Kedai tu ramai customer pulak. Kena ambik nombor..” Seorang lagi rakan sekerja Aliah dan Khairil tiba.

“Kak Aiman..kenalkan ni Kak Sarah. Awak.. ni Kak Sarah, girlfriend Lia..”

Kak Sarah memandang lelaki yang duduk di sebelah Aliah. Rasa macam pernah nampak muka tu.. dalam purse Aliah! “Ooo..ni la tunang Lia ye? Hi..nice to meet you. Cepat-cepat la langsung. Lia ni, kalau awak nak tau.. Dah ramai yang bertanya. Cuma awak je yang bertuah..” Kak Sarah membuka cerita. Memang itu hakikatnya. Aliah yang comel itu memang menjadi ‘perhatian’. Ditambah pula dengan sifatnya yang mudah mesra dan ramah, lagi la ramai yang berkenan. Ada tu pulak bertanya untuk dibuat menantu!

Kamil memandang Aliah yang tergelak di sebelahnya menafikan setiap cerita Kak Sarah.

“Dah la kak.. Pandai je buat cerita. Jom la kita order. Dah lapar dah ni..” Dia memanggil pelayan pizza hut. Memesan pizza. Excited bila Khairil dan Sarah dah berjanji untuk belanja.

Kamalia sempat menjeling Kamil yang kepanasan di sebelah tunangnya. Apa pulak la nak jadi lepas ni..

Aliah: Takkan la ambik hati apa yang Kak Sarah cakap tu. Biar seribu orang yang cuba mengayat, sudah kuserahkan bulat-bulat hati yang sekeping ini pada insan Kamil di sebelah..

Kamil: Tak boleh jadi.. tak boleh jadi..

8 comments:

misz nana said...

hahaha.. Kamil, Kamil..
tu baru dengar cite, dah macam cacing kepanasan..
blom nampak Aliah kena ngurat depan2 lagi.. hehehh..

Miss Kira said...

hehehe...
cemburu ke?
best nya..
ali ni asyik cemburu je..
cam bdk2..

aqilah said...

kamil, kamil, takkan camtu pun dah panas?????????? apapun, akak follow!!!!!!

::cHeeSeCaKe:: said...

ahha..ali jeles..kekeke

-cheesecake-

fezmia said...

bestlah, sambung cepat2 ye, tak sabar nak baca lagi...

Miss Kira said...

hehehe..
sya post comment skali lg ye..
sya bru je bca keseluruhan cita ni smpai episod ni..
mmg lwk gila..
asyik gelak je..
nak tnya..
abang belon ngan ali kamil tu org yg sma ye..
org yg aliah tgk tgh goreng pisang tu ali kan..
hehe..
cpt post n3 bru ye..

SEPTHREE COLLECTIONS said...

MIss Kira ~ persoalan bakal terjawab =)
sama2 kita tunggu ek..

anna said...

cepat la sambung alek...xcited gler niey...plish3x....hehehe =)