Thursday, November 19, 2009

CPJ 4 ~~

Petang itu, indah seperti biasa..

“Macam mana, Har?”

Zahari meraup muka. Rasanya tak buta mata memandang, tak pekak telinga mendengar. Tapi macam dalam mimpi pulak. Baru semalam hatinya terdetik. Hari ni mama dah…

“Eh, mama tanya ni.. Ke Har dah ada?” tanpa memandang Zahari, mamanya bertanya lagi.

“Mana ada la, ma..” Cepat-cepat dia menyangkal pertanyaan berupa tekaan mamanya tadi. Memang la dia tak ada sesape. Yang dia ada pun, baru nak masuk pencalonan. Tapi calon tu.. “Ma, orang ikut aje la. Kalau tak, jadi anak derhaka pulak.” Zahari bangun dari kerusi terus melangkah meninggalkan dapur. Lebih tepat, meninggalkan buah jambunya yang baru dibawa balik oleh mama tadi... Sedih.. Eleh,mengadanya.. purak-purak sedih konon, padahal hati melonjak tak terkira!

Alaa mama ni.. masa ni la dia nak tanya soklan yang dah lama ditunggu..

"Eleh..anak derhaka konon! Shy-shy cat la tu.. Macam la kita tak tau.." Mama yang membasuh pinggan mangkuk di singki sempat mengomel.


***


“Siapa mak?” Nak tahu jugakkk...

“Anak kawan mak..”

“Kawan mak yang mana satu?” Kawan dia punya la banyak. Mak Chah, Mak Yah, Mak Ann, Mak Zon, Mak Ina, Mak Yan.. yang mana satu?

“Nanti la dia datang. Kau setuju kan?” Jangan la dia buat kisah kata tak jadi pulak.

“Memang la Timah ikut aje pilihan mak. Anak mak ni bukannya lawa mana pun. Kan dah pernah bagitau ma dulu. Tapi.. sekurang-kurangnya Timah nak tau la siapa..”

Ish..mak ni nak buat suspen tak bagi salam la. Sedang duk menghiris bawang, tiba-tiba aje berita dirinya dirisik orang disampaikan. Nasib baik tak terhiris jari ni. Kalau tak, dah kurang seribu dua. Hish, mana boleh..

Tapi, siapaaaaa???

Seperti yang dijanjikan, detik itu pun tiba. Lepas solat Isyak, orang yang boleh dikategorikan sebagai bakal suaminya datang bertandang.

Sekali tengok macam kenal. Dua kali tengok, tak percaya!

“Kau ke Har?”

“Kenapa? Kau tunggu orang lain ke?”

“Tak ada la. Dulu bukan kau suka dekat Ain ke?”

“Ain kawan kau tu? Aku tak pernah rasa apa-apa la kat dia. Tapi aku rasa apa-apa dekat kau. Aku suka kau dah lama, tau.. Aku suka Timah Bulat. Tapi kenapa dia dah slim ye sekarang?”

“Yang tu, biarla rahsia…” Malas la nak bukak cerita lama.

Zahari membuntangkan mata. Amboi, jawapan standard budak-budak sekarang ni memang membakar hati betul. Tanya betul-betul, dia jawab main-main pulak ye.

“Timah, kau pernah suka aku kan??” Dengan tak malu dia bertanya.

Timah menunduk malu. Dalam hati aje dia mengiyakan.

“Kenapa kau tak bagitau aku?”

Gila ke? Aku tak nak dikata perigi cari timba.

“Kenapa kau suka aku?”

Sebab aku nampak kau makan buah jambu aku

“Ehh..apasal kau diam aje ni?”

“Sebab kau bising!” Berfungsi lagi rupanya lidah ni..

“Hahaha.. Boleh cakap pun. Tapi untuk hari ni aje kau boleh cakap macam tu, tau. Lepas ni kau tak boleh tinggi suara kat aku lagi. Aku dah dapat mandat besar ni. Jadi laki kau..”

“Eleh.. pegang tangan tok imam pun belum lagi. Mandat konon..” Timah bersuara sangat perlahan sambil menunduk. Dah jadi pemalu la pulak sekarang!

“Apa kau cakap?” sergahan Zahari betul-betul buat dia terperanjat..

“Aku cakap kau belum pegang tangan tok imam..”

“Maa!! Timah dah tak sabar ni. Dia nak nikah malam ni!!” Zahari meninggikan suara memanggil mamanya di dapur bersama Mak Teh.

Di dapur, mama Zahari yang baru nak tolong Mak Teh potong kain dah tersalah potong.

“Tak sengaja Kak Teh. Marah si Har tu. Terperanjat aku. Dah salah potong. Budak bertuah! Tak ada la baju tunang kau esok-esok. Padan muka.”

11 comments:

ayu said...

citer CPJ ni bes la!=)

ayu said...

citer CPJ ni bes la!=)

ayu said...

smbgla lagi citer ini hati aku yg punya!huk3

Aisha @ Sara Hamza said...

best2....nk lagik!!!!!!kemaruk tunggu berhari2 nie nk bace cter nie.....

sya[E] said...

haha..klaka la ayt last 2..
sempoi hbisan..
best2..smbg2..

Qimi08 said...

ha ha ha ha kelakarnya.....cute pula si timah dgn adengan yg malu2...

ira md nor said...

kelakarlah zahari dgn timah ni..
hehehe

nailofargurlz said...

suka ayat mama har..ala shy shy cat..lawak jew

kapten said...

naseb bek la pompuan tue malu2 sikit...kalau malu banyak lagi teruk...

misz nana said...

hahahahaahaha~

ntahsapeni said...

best..best..cpt2 samb erk..