Tuesday, December 28, 2010

STTS~19

Dia termenung lagi. Sejak dua tiga menjak ni, dalam kiraan jam, kalau diperhatikan betul-betul, nampak sangat karakternya dah tune sikit. Kalau dulu jalan lurus, sekarang ni macam zigzag pulak. Dapat pulak Farah si pengantin baru sebagai orang pertama yang menegur.

Tapi dia hanya mampu menggeleng. Belum tiba masanya lagi untuk bercerita kepada sesiapa. Cerita tentang perkara yang membuatkan hidupnya sebegitu rupa.

Tadek sesape yang tahu gelora di dasar hati.
Entah nak dikatakan dia yang terlebih sudu, kuahnya tu maintain aje.
Entah nak dikata dia buat jualan murah, tak pernah pun si dia nak memborong.
Jadi, di manakah titik noktahnya? Takkanlaa selama-lamanya sebagai baseline. Straight aje macam pembaris. Dah sudah…

Semuanya bermula ketika di negeri cik siti wan kembang. Mereka mendapat berita yang Mira si anak buah tu, bakal mendapat adik. Memang patutla kan, budak tu pun dah besar panjang. Dah nak masuk 5 tahun. Main masak-masak dah khatam pun! Elok benar la sekiranya dia dapat adik.

Tak tahu la pulak bahawa berita tu bakal mengubah hidup mereka berdua ~~~ jeng.jeng.jeng…

“Family Long dah bertambah..” Tanpa sedar, terkeluar ayat sebegitu dari mulutnya.

“Alhamdulillah. Cucu papa pun bertambah la..” Tanpa ada syak wasangka, dia membalas.

“Tak teringin nak ada anak?”

Dia membuka mata yang hampir terkatup. Memalingkan muka ke arah si dia yang masih bersandar di kepala katil. Salah dengar ke? Hish, ngigau ni. Mamai sungguh. Pelik betul.

“Dah ada dah..” selamba dia menjawab sambil kembali menutup mata. Ngantuk ni. Memang la dia tak drive. Dan sepanjang perjalanan tadi pun, dia membuta aje. Sengaja mahu tidur awal untuk elak bala disebabkan menginap sebilik. Gila??

“Dah ada???” Terkejut. Aku kahwin dengan bini orang ke?

“Hmm, anak tekak, anak mata…” Suara semakin layu.

Orang di sebelah mengurut dada. Minah ni laaa. Buat sakit jantung aje. Ooo, main-main ye masa tengah serius ni.. Dia masih ingin bersuara tetapi tak mampu untuk teruskan. Nanti laa..

Akmal ingin menyatakan betapa seriusnya dia sekarang untuk mengembangkan keluarga. Tapi, sejarah mereka tak seindah suria. Itu penghalang utama. Nak tak ndak, dia perlu memperbaiki keadaan supaya masa hadapan yang bakal ditinggalkan kepada anak cucu mereka manis-manis belaka.

Agaknya..

Sungguh bagai dikata. Bila pagi kelmarin si suami menyuarakan hasrat untuk sebilik, dia bagai dipause tanpa timer. Kena guna EEG untuk switch kepada diri yang asal. Hebat gila tu..

Tapi tidakla dia memandang serius perkara tersebut walau kadang-kala terpikir juga akan ia. Seterusnya, semalam! Peristiwa semalam tu lagi la tak tersangka-sangka. Dengan Skype, mereka ber-video conferencing walaupun bilik sebelah-menyebelah aje. Buang karen! Antara intipati video conference mereka adalah:

L: Serius.

P: Ok.

L: Awak fikirla yang terbaik.

P: Tapi kenapa sekarang?

L: Maksud awak, saya dah terlambat ke?? Awak nak tanya, kenapa tak dari dulu lagi?

P: Tak lahh.. Maksud saya, kenapa tak tunggu tahun depan ke, 10 tahun akan datang ke?

L: Ooo.. Kerek ehhh.. Nak saya gi sebelah ke?

Akmal dah mengangkat punggung.

Masa ni, Akmal aka Shu buru-buru bangun menghala ke pintu lalu dikunci pintunya. Uih, bahaya jugak mamat ni. Nak loyar buruk sikit pun tak boleh? Dulu bukan main sombong dia ya..

P: Ehem..ehem [sakit tekak sungguh ni..]

L: So?

P: Em, boleh laa..

L: Boleh laa? Apa maksudnya tu?

P: Boleh. Malaysia boleh! [Dengan tangan-tangan sekali beraksi]

L: Adui!! Migrain la aku macam ni.. Ya Allah, betul ke dia ni isteri aku?

Shu menahan gelak.

P: Ok.. InsyaAllah boleh. Tapi ada beberapa syarat [jari telunjuk digoyang-
goyangkan].

L: Syarat?

P: Sesuai kalau saya cakap permintaan.

L: Permintaan? Apa dia? [menarik pen dan diari, bersedia untuk mencatat ]

P: Pertama…


Dan hari ni, hatinya rasa sungguh-sungguh hampa. Kecewa. Sedih. Dipermainkan. Diperolok-olokkan. Di-segala-kan yang tak baik-baik belaka. Tipah sungguh-sungguh ditipu.

Siapa perempuan tu? Siapa??

Kali ni perasaannya tak sama dengan perasaan setiap kali dia tahu bahawa Akmal~e keluar bersama client, bersama supplier, bersama sape-sape la. Yang penting perempuan. Sebabnya, dia sangat pasti akan batas-batas had sempadan mereka. Tapi tak kali ni. Aura perempuan ni lain macam. Macam terminum air batu di tengah-tengah malam. Ngilu semacam!

Dia inginkan secebis penjelasan. Permintaan-permintaan semalam bagai dipandang tak bermata sahaja oleh si dia. Ingat senang ke ciplak frasa-frasa permintaan tu dari Sari dan tunangnya? Ingat senang?? Kena matikan setem, turun naik mahkamah. Buat akuan sumpah. Ish, Sabrina Mayangsari ni.. gitu la dia.

Pokok pangkalnya, boleh ke dia percaya lagi akan kata-kata si dia…

“Saya nak awak sedia jadi isteri saya. Yang sebenar-benarnya.. Tempoh percubaan dah tamat. Saya betul-betul dah jatuh cinta pada awak. Saya tak pernah bercinta. Awak adalah cinta pertama saya. Cinta terakhir saya..”

Bila ditanya, “Kenapa saya?”

“Sebab awak adalah isteri saya. Dan saya sayangkan isteri saya..”

Akmal memandang skrin laptopnya yang kelam. Sekelam hatinya.

Sayang? Sayang taik kucing!



p/s: Kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah perlu mendapat bimbingan ibu bapa sebelum membaca.

6 comments:

srikandi said...

Alo..lo..lo..nape ni..ape yg akmal buat?.sedih Shu..

iena said...

lamanya menunggu untuk n3 baru...smbg lagi ye...

Unknown said...

thnks for n3..

IVORYGINGER said...

kak plz cepat sambung. 2 more episode. tp nk panjang2 la. xpuas baca. boleh ya??? he.. ;D

Humairah said...

sambung la cpt2...dh nak abis tu

diahperi said...

cian saya bila blh ada n3 baru dari tahun lepas smpai skrang saya masih tertunggu2 smbungan cita ni xkan xda ending kut xsbrlah nak tahu camna kisah selanjutnya. cpt smbung ye