Tuesday, January 24, 2012

JH 5

Ok. Ini adalah fakta.

Pertama.

Nama penuh Tsu adalah Noor Tsuraya bt Tajuddin. Dulu masa aku mula-mula kawan dengan dia, aku tanya jugak apasal ejaan tu pelik sangat? Padahal nak menyebutnya sama aja kalau dieja Suraya? Tsu jawab, "Mak bapak aku punya pasal.." Mama Tsu tu berkenan sungguh dengan Suraya, anak kawannya. Jadi, dia nak letak nama Suraya pada anak yang dikandungnya pada waktu itu sekiranya perempuan. Yang si papanya pula, dia nak semua anaknya start dengan huruf 'T', selepas Nurul ke, Nur ke, Mohd ke,.. sempena dengan namanya. Kakak Tsu yang sulung, iaitu ibu Sumayyah, namanya Nurin Tiara. Glemer habis. Abang Tsu yang nombor dua, Mohd Taufiq. Dan Tsu yang ketiga.
Habis fakta pertama.

Kedua.
Nama Tsu yang tak rasmi pula, iaitu bukan seperti dalam kad pengenalan ialah Noor Tsuraya bt Dato' Tajuddin.

Apa???? Tsu selamber gila bila aku tanya, "bapak kau DATO'?"
Dia boleh jawab, "Yelah, datuk Sumayyah. Apa ke tanya cenggitu? Mengong."
Tak pasal-pasal aku pulak yang kena! Dato' Tajuddin?? Cis, Tsu ni aku tak sangka sungguh dia ni anak somebody. Dulu masa aku ice-breaking dengan dia, dia bagitau yang papanya guru pencen. Mamanya surirumah sepenuh masa.. Tinggal pun dekat rumah teres dua tingkat. Tapi besarlah juga sebab mereka beli dua buah rumah kiri kanan dan renovate balik rumah. Tapi sungguh aku tak sangka. Pandai dia simpan rahsia. Itu pun mujur petang tadi terpecah rahsianya. Kalau tak, sampai bila-bila aku tak tahu. Aku akan tulis kemudian bagaimana aku tahu pasal papa Tsu ni.
Habis fakta kedua.

Ketiga.
Che Mukhtar. Ok. Secara lengkapnya, Tan Sri Che Mukhtar. Macam familiar. Lama juga untuk aku cerna nama tu petang tadi.
Diakan pemunya Hani Holdings tempat kau kerja tu, Aimy?
Ok, itu bukan isunya. Isunya sekarang ialah mama Tsu, sepupu Tan Sri. Aaaa, pening. Pening. Kalau begitu, Jiji tu sepupu Tsu la ye? Cis, Tsu. Bila aje aku tahu yang Tan Sri tu pakcik Tsu, terus jantung aku spark. Adalah sekali dua aku bercerita pasal Ahmad Fauzi pada Tsu. Dia boleh layan aku dengan takde perasaan walaupun aku tengah maki hamun sepupu dia? Mati aku :(

Semuanya terjadi petang tadi. Hari ni kan public holiday. Aku dan Tsu tak keluar gi mana-mana pun. Melepak aje kat rumah. Parents Tsu ke Serdang, melawat ibu saudara mereka, kira nenek saudara Tsulah. Petang tadi Tsu ajak aku ambil angin kat laman. Aku on aje. Aku angkut sekali sebuah novel Tsu yang berlambak dalam bilik dia dan Tsu pula angkut dia punya netbook. Aku ralit dengan novel dan Tsu ralit dengan netbooknya.

Masa tulah ada orang datang bagi salam. Tsu ke pintu pagar dan bercakap-cakap dengan orang yang bagi salam. Tak lama lepas tu, Tsu datang ke meja batu tempat kami lepak dan letakkan satu sampul surat mengandungi kad undangan. Aku tak fikir apa-apa terus aje buka dan baca.

"menjemput Dato' Tajuddin, Datin Rahmah dan seisi keluarga..."

Terbeliak mata aku saat terbaca perkataan Dato'. Terus mata aku attack Tsu. Tsu buat dunno aje dengan aku. Bila aku tanya kenapa tak bagitau pasal mak bapak dia, dia cakap aku tak pernah tanya pun! Cis, jawapan lapuk. Tapi Tsu buka mulut juga sikit-sikit. Mama papa dia tak pernah ajar anak-anak supaya bermegah dengan darjat. Tak menjamin kebahagiaan pun. Mmm, betul juga cakap Tsu.

Tapi............. alamak. Sepanjang aku menumpang rumah mereka ni, aku masih dengan perangai aku. Gila-gila. Bila nak berlawak dengan mama Tsu tu, aku bukan kira. Hish, tak boleh jadi. Lepas ni kena control. Ingat tu Aimy. Aku meneruskan bacaan pada kad. Hati aku tertanya-tanya diorang ni dijemput ke mana? Oo, majlis kesyukuran. Erm, siap ada aturcara lagi. Bagusnya. Tapi kat rumah siapa?

"......... daripada Tan Sri Che Mukhtar & Puan Sri Azimahani..."

Tak sempat aku tanya apa-apa, Tsu terus bersuara, "Pakcik aku. Bapak Si Paprik tulah..."

Habis catatan aku untuk hari ni. Sebenarnya aku tak tahu nak letak mana muka aku. Aku jeling-jeling Tsu di sebelah yang dah berbaring. Cis, mulutnya masih senyum-senyum pada aku. Senyum ada maknalah tu. Baik aku pun tidur. Besok confirm aku akan ditorture lagi. Sebab apa? Kenduri kesyukuran tu diadakan sempena Jiji balik Malaysia. Mama papa Tsu pula dah wajibkan aku hadir sama.

Aaaa, apa nak jadi ni??

4 comments:

idA said...

lawak giler citer ni..plot yg slamber simple dan intersting..nak tau juga apa jadi ek..bila Aimy jumpa mamat sengal paprik tu.. ada spark ke yg berlaku antara mereka..

haslinj said...

best citer ni. cepat-cepat sambung ye....

Rasanya si papprik tu ada hati ngan aimy....

NJ said...

best....and lawak... sempoi jek...
xsabarnak tau reaksi si fauzi bila jumpa aimy kat majlis tu...huhu

Cik Miza said...

hohoho... menarik....