Thursday, April 2, 2009

Kisah Di Hati 35

Bismillahirrahmanirrahim… Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.
‘Start upload’ ditekan. Aliah senyum sendiri. Tengok la apa yang jadi nanti…

***

‘Eh, bila masa kau tunang?’ Comment ni dari Nia..
Hari aku bertunang la. Takkan masa aku konvo pulak.

‘Whaatt Lia? Kau dah tunang?!’ Dari Dalia..
Dah. Kan ada gambar mak tunang aku sarung cincin tu?

‘Lia..Lia.. umo kau dah sampai 26 ke?’ Ini dari Lisa.. cit!
26 tak 26. Kalau dah sampai seru, belasah je lah.25 pun ok what?

‘Sape tunang kau Lia? Yang pasti bukan Fauzi kan?’ Yang ni dari Aida.. Aida memang tahu pasal tu.
Of course bukan dia. Dia dah jadi laki orang tau!

‘Congrates Lia.. Dah bertunang rupanya kau. Tapi nape tak tau pun? Korang bercinta diam2 ke?’ Ada jugak yang wish congrates. Sayang Hanim.
Thanx Hanim. Nak kata diam, tak diam jugak kut. Ala-ala silent mode gitu.

Yang paling best.. ‘Baru sekarang kau upload gambar tunang? Bukan masa Lisa kawen dulu kau dah bawak tunang ke?’ Mariam Salma ni la sorang. Cis..
Suka hati aku la, Ma. Gambar aku, tangan aku. Sebok!

Aliah sedang membaca komen-komen dari kawan-kawannya di Friendster. Facebook belum tengok lagi. Memang sebelum ni hal pertunangannya tak dihebahkan. Yang tahu, cuma mereka yang terlibat sahaja. Tak lain tak bukan, Aliah sendiri, Azman, Kak Mawar dan keluarga, Kamil dan keluarga. Kenapa? Kalau la soalan itu ditujukan padanya, memang dia tak ada jawapan yang kukuh lagi konkrit. Yang dia pasti, mungkin dulu tu tak sesuai lagi nak bagitau, tak sesuai lagi untuk dihebahkan. Sape tau, harapkan panas sampai ke Asar, tiba-tiba mendung pulak time Zuhur.

Dia menerima Kamil dulu adalah disebabkan Azman. Aliah mengaku. Azman yang beria-ia nak dia bertunang dengan Kamil. Kalau ikutkan Azman, nak dinikahkan terus. Senang. Ada orang nak jaga adiknya. Tapi Aliah menolak. Sebab masa tu, Aliah masih di Johor. Kontraknya dengan Dr. Faridah masih ada beberapa bulan lagi. Sama sahaja. Kalau dia nikah dengan Kamil pada waktu tu pun, mereka akan berjauhan jugak. Buat apa? So, Azman mengikut sahaja permintaan Aliah supaya dia ditunangkan dulu dengan Kamil.

Mungkin jugak kalau ada orang tanya ‘Kenapa nak bagitau sekarang? Tak nak tunggu lagi setahun dua baru bagitau?’ Aduh, bisanya. Kalau la ada orang tanya dia macam tu, jawapan yang dia ada sekarang rasanya dah cukup kut..

‘Mungkin sebab sekarang dah suka dia..sayang dia.. dah jatuh cinta. Kut?? Then, dah bersedia untuk bagitau satu dunia yang dia tu bakal suami..’ Ermm.

Aduss, Aliah menepuk dahi. Gila, gila. Sejak bila jadi macam ni nih? Dengan Fauzi dulu tak ade la sejiwang ini.. Dengan Fauzi dulu, walaupun bercinta, tapi channelnya tak adalah susah benar nak tune. Moodnya pulak takde la sampai keluar ayat ‘I love u’ ke, atau ‘I miss u’ ke..

Tapi dengan Kamil ni, dah nak keluar tanduk cenggitu dah.

Kamil yang start dulu.. ‘Nite, sayang. Sweet dream. Miss u’. Tu SMS jiwang pertama yang dia dapat masa tengah attend conference kat Equatorial Hotel dulu. Selepas sebulan bertunang. Waktu SMS tu dibaca, dia sedang makan malam di café hotel bersama Dr.Faridah. Terbatuk dia seketika. Merah padam muka menahan malu. Dr.Faridah dah pandang semacam. Gila ke apa? Baru pukul 830 malam, nak dream apanya?

Dan sampai sekarang, SMS tu tak dideletenya. Entah kenapa ye. Walaupun ringkas, Aliah tetap merasakan yang ada ‘something’ di sebalik keringkasan pesanan tersebut. Kuch kuch hota hai kut.

Aliah memandang jam pada skrin laptopnya. 11 malam. Dia memandang handset di sebelah dan terus dicapai. Memikir sejenak apa yang harus ditaip. Sebentar kemudian, Aliah mengukir senyum. Ok kut. Untuk permulaan. Kalau tak sekarang, entah bila lagi..

3 comments:

Hafia Hana said...

hu...hu..

dah fall in love nehh!

aqilah said...

i like it, i like it. nak lagi.............................

aku bukan sape2 said...

suke3...bestnye....next...